Wednesday, August 26, 2009

KANAK-KANAK TIDAK PANDAI BERBOHONG

salam semua...
agak lama tidak update blog ini. agak sibuk sekarang kerana berada di kampung halaman tercinta menghabiskan seminggu cuti rehat berpuasa bersama keluarga. semua ini tidak memungkinkan aku untuk duduk mengahadap komputer riba, menari-narikan jemari diatas papan kekukci lantas menulis sesuatu yang indah untuk dibaca dan difikirkan.

pendek kata, aku agak malas untuk berfikir lantas membuatkan aku berat tangan untuk menulis.

tapi, untuk entri ini aku lampirkan blog anak murid aku yang mula pandai berjinak-jinak dalam blogging ini. haha pengaruh..pengaruh!

baca entri ini, aku amat tersentuh. serius, betul-betul tersentuh.

SYAZWINA

Saturday, August 22, 2009

ENTRI KHAS UNTUK MURID-MURID CHEGU


Mungkin agak lewat tulis pasal entri ini. Mungkin kebanyakan bloggers mesti tulis entri puasa. Tapi aku bukan nak tulis pasal puasa, tapi tulis entri pasal hari terakhir berpraktikum di SK SAUJANA IMPIAN 2, Kajang.

Setelah genap dua bulan aku berpraktikum di SKSI 2, jadi hari jumaat lepas merupakan hari terakhir aku mengajar disana, lepas ini kembali berkuliah di institusi pendidikan guru di bangi. Sesungguhnya aku paling terasa dengan praktikal kali ini, sedih sangat. Dekat perhimpuanan pagi tu, geng-geng praktikum lelaki diberikan peluang untuk bernasyid. NASYID okey! Jangan ingat gua tak boleh NASYIDcore? Lagu pulak memang tangkap sedih lirik dia. Aku paling tak sampai hati tengok budak menagis bila tengah nasyid tu. Memang syahdu la.

Jadi, lepas tu memang sesi besedih-sedihan berterusan hingga ke tengah hari. Macam-macam la hadiah yang aku dapat . kad ucapan, surat, minyak wangi, teddy bear, lampu, jam loceng, lilin aroma terapi, collector series punya stuff dan banyak lagi. Tapai paling aku terharu ada satu hadiah yang budak-budak bagi. Yang bagi ni pulak budak-budak yang baca blog aku. Diorang bagi kucing. Memang aku sangat terharu waktu ni. Diaorang cakap “cikgu jangan sedih lagi tau, ni kami gantikan kucing cikgu yang mati tu.”


Okey di kesempatan ini aku nak buat satu pengumuman khas:

cikgu nak ucapkan ribuan terima kasih khas buat murid-murid SKSI 2 terutamanya tahun 5 Adil, 5 Bestari, 5 Cemerlang, 5 Dedikasi, 4 Adil, 4 Cemerlang. Maafkan salah silap cikgu sepanjang dua bulan cikgu mengajar kamu semua. Pada yang cikgu marah, cubit, starlight pipi dan yang kena balun tu, cikgu mohon maaf sangat, itu semua cikgu buat sebab cikgu sayang kamu semua. Halalkan masa yang cikgu terlewat masuk kelas. Dan doakan cikgu. Cikgu sayang kamu semua. Selamat berpuasa juga. Chegu kat kapung seminggu ni, nanti2 cikgu update blog lagi okey.

Monday, August 17, 2009

EMPAT HARI KIRI

Tinggal empat hari lagi aku akan habis berpraktikal di sekolah SK Saujana Impian 2, Kajang ini. Minggu ini dijadualkan tiada sebarang interaksi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilangsungkan. tambah pula, minggu akhir ini adalah minggu peperiksaan. jadi aku tidak berkesempatan untuk bertemu murid untuk majlis perpisahan. cukup dengan hanya memohon maaf secara terbuka dan sedikit cendera hati ikhlas dari aku untuk mereka-mereka yang pernah aku ajar ini.

jadi, sebagai satu kemestian bagi aku, memberi cendera hati kepada murid-murid ini, aku berikan mereka fancy ball pen dengan penanda buku d.i.y yang aku buat dari malam semalam. aku mengajar enam kelas, purata satu kelas empat puluh orang, jadi totalnya aku kena bagi dua ratus empat puluh batang pen fancy dengan penanda buku. ini baru tahap kedua, tahap pertama cetak atas kertas warna, gunting, liminate, siap! jadi, dari semalam, aku bermain gunting, pisau dan kertas sahaja










engkau semua ada cadangan lagu yang boleh buat budak-budak ni touching bila dengar waktu majlis perpisahan? cadangan?

Wednesday, August 12, 2009

BELASUNGKAWA NONET (27 FEBRUARI 2006- 12 OGOS 2009)







Mungkin yang ramai mengikuti blog aku sejak dari tahun lepas, pernah baca pasal cinta hati aku Nonet. semalam ibu hantar mesej ringkas

"mak pesan; kalau nak mati net, matilah. Nonet dah tak ada Ngah."


aku telefon ibu untuk kepastian. den
gar suara ibu sebak. tanpa sedar mata aku bergenang air. kucing kesayangan aku sudah mati. dari kata ibu, mungkin disembur bisa ular.bagai mengerti kata-kata ibu, Nonet mati atas kain batik yang ibu letakkan sebagai alas tidur nonet di tepi pintu belakang.

nonet memang sudah uzur beberapa bulan ini, tidak lagi aktif bergurau dengan aku, mahupun anak saudaranya Chuie. lahir pada tarikh sama dengan aku. pada aku dan keluarga, Nonet adalah sebahagian keluarga kami. membesar bersama keluarga kami. aku sendiri menyanyangi Nonet seperti adik aku sendiri.

tiada lagi yang akan makan ikan kembung rebus bersama Chuie.

aku rindu Nonet.kucing jantan gemuk yang comel, manja dan pandai tidur terlentang.






aku
menangis...



Tuesday, August 11, 2009

Minggu-Minggu Akhir

dah dekat dua bulan aku dekat sekolah saujana impian ni. dan dekat nak habis jugak praktikal mengajar untuk fasa 2 ni. ada lagi satu fasa sem depan. 3 bulan! cet..

macam biasa dah nak habis praktikum ni aku bagi la no telefon, email, facebook, myspace,ym apa jugak laman sosial yang aku ada untuk terus berkominikasi dengan anak-anak murid yang advance-advance belaka ni.

semalam ada budak tanya aku,

"cikgu farok ni punk ke?" aku tercengang!
"ha?? ishh pandai-pandai je awak ni, bukanlah!" aku menepis tohmahan liar murid-murid.
"alahh saya tahu cikgu farok nipandai main gitar, selalu jamming kan?"dia tanya lagi
"ishh mana lah saya tahu main isntrumen" aku jawab.
"cikgu farok ni penyanyi ea? kenapa lagu dalam page cikgu farok lagu jerit-jerit je?"tanya lagi
"tak lah, yang awak tengok tu tipu helah internet saja"
budak tu terus pergi sambil jerit.
"elehhh cikgu farokk tipuuu, kitorang dah tengok blog cikgu farokk, bwekkk!" jelir lidah dekat aku pula.

aku kerut dahi. apahal budak-budak ni. rasa macam menyesal je bagi email, facebook, myspace,ym apa jugak laman sosial aku pada mereka-mereka yang belum mengerti ni. haih macam-macam!

ha lagi satu, ntah bila pulak aku jadi CIKGU FAROK? gua fakrul bukan farok!

Monday, August 10, 2009

Pergi Jahanam Dengan Status Kau

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________GUA DELETE ENTRI NI

Wednesday, August 5, 2009

Pelajaran Hri Ini: Hang Tuah Dapat Result SPM

tadi mengajar murid-murid tentang kegemilangan empayar kesultanan melayu melaka. antara faktor kegemilangannya adalah pemimpin yang bijak. tapi bila aku fikir-fikir balik bijak ke pemimpin melaka zaman tu? zaman dahulu ada ujian macam SPM tak? kalau ada lah, macamana hang tuah lima bersaudara dapat result agaknya kan?

Tuesday, August 4, 2009

Kenangan Lalu Mengeletek Jiwa (KLMJ)

aku bosan habis mengajar hari ini. bosan. tiada apa nak buat aku meluncur laman sesawang guna musang berapi. tiba-tiba di laman sesawang "ruangan gua" aku, aku terlihat KLMJ aku sedang atas talian. jadi dengan sedikit teruja aku buka laman sesawang "ruang gua" kepunyaan KLMJ aku itu.

buka-buka saja, tu diaaaa dia punya wording, macam aku kenal. memang sindir aku. walaupun pernyataan dia tu umum tapi aku tahu memang ditujukan pada aku. ah aku bolayan dengan pernyataan dia tu. aku intai lagi laman sosial "ruang gua" milik KLMJ aku tu.

tengok dia punya blog, ada satu cerita kiasan. memang tuju kat aku lagi. aku baca sampai habis. memang cerita pasal marah dia dekat aku. aku tak tahu kata apa. aku pernah jelaskan pada dia dulu tapi tak tahulah. aku pangkah laman sesawang sosial "ruang gua" KLMJ aku. aku padamkan laptop. aku angkat kaki. terus solat zuhur. aku doakan KLMJ aku maafkan aku dan bahagia dengan hidup dia.

aku pun pergi makan. perut lapar. nasi lemak sotong dekat SMAP Kajang memang sedap. burppp..Alhamdulillah..

Monday, August 3, 2009

BERIKAN AKU BREK..

i

angin tiuplah pipi,
lembutlah jarimu yang mulus membelai,
ruang kosong, horizon tiada sempadan buatlah iris mataku mengecil,
redup tidak terik,panas tidak membahang,
biar penat beban dibahu,
masalah merantai ini biar terbuka,
berlari aku tiada henti,
mencungap udara sepuasnya,
bebas biar sementara..