Tuesday, October 26, 2010

PERADUAN TEKA GAMBAR KEMBALI LAGI



ni gambar masa hari anugerah itu hari. kredit pada Capello yang sudi ambil gambar gua.

lu ingat kenapa gua dengan pengarah maktab gua tersenyum sipu? okey ini kuiz. sila teka sekarang.
































jawapan:

sebab gua tersadung karpet masa nak naik pentas. semua orang nampak. padahal gua dah nampak dan berhati-hati masa nak naik pentas yang rendah tu! sangkut jugak! hampeh betul!

Sunday, October 24, 2010

REZEKI ALLAH BERI. ALHAMDULILLAH

alhamdulillah. rezeki allah beri. syukur dan aku rasa ramai lagi sebenarnya jauh lebih layak dari apa aku dapat hari ini. semua bukan hasil usaha aku semata. mak abah yang selalu beri dorongan. adik beradik yang selalu ambil berat. guru-guru yang tak pernah kenal penat mengajar. penysarah-pensyarah yang banyak membimbing. (UMI KAY terutamanya!) rakan-rakan yang turut membantu. kira semua ni ada saham semua pihak lah.



bagi gambar kasi tengok sendiri. gambar masa majlis aku tak ada. gambar hadiah boleh?


hadiah yang aku dapat;









isi dalam kotak. harap-harap sijil simpanan premium ke asb ke takpun duit tunai rm20 pun tak apa. lepas 4 jam mancing kolam. hehehe


sekali dapat teddy bear dengan mug daaaaa...





keputusan dalam buku program majlis tadi.











kalau ada awek boleh juga bagi teddy ni. haduiiii.


ada cadangan nak bagi nama apa teddy bear ni?

Saturday, October 23, 2010

MERAPU PAGI AHAD

memulakan pagi ahad di kampung yang hening dengan penuh ceria. buka mata dengan senyuman lebar. kepuasan bukan kerana dapat tidur puas hujung minggu tapi dek kerana Negeri Sembilan melayakkan kaki ke final Piala Malaysia malam tadi. ah biarlah aku bukan penyokong tegar bola sepak tanah air atau antara bangsa, tapi aku cukup seronok tengok bola malam tadi, biarpun Negri main macam budak sekolah bawah 18 tahun!


pagi ahad yang indah ini dengan secawan koko panas, roti bakar sapu margerin dengan gula dengan akhbar tempatan yang abah awal-awal lagi sudah beli. baca akhbar pada ruangan yang paling sahih dahulu; bahagian sukan. sebelum beralih pada cerita-cerita klise minggu ini. malas aku nak ulas. baca sendiri akhbar!


cuaca pagi yang baik. tidak panas tidak mendung. redup sahaja. ini yang aku suka balik kampung. suasana yang tenang semuanya menghindar stress jauh-jauh. semuanya bagai satu situasi teraputik bagi orang-orang yang tertekan dengan keadaan hidup dalam tekanan yang menghimpit. tambah bila ahli keluarga semua ada sekali.


mak masak gulai kegemaran aku hari ni. ayam kampung masak lemak cili api.













sebenarnya aku cuma nak bagitahu:


AKU MALAS NAK BALIK MAKTAB! MALAS NAK BALIK BANGI! MALASSSSSS MALASSSSSSSSS!

Friday, October 22, 2010

JANGAN MENYERAH

semenjak dua menjak masalah rasa dan tekanan yang galak membadai hidup aku, macam-macam rasa yang aku hadap. ada kalanya juga sampai pada satu kondisi dimana aku terasa betul-betul tepu. habis ikhtiar dan putus asa.

satu remedi atau rawatan atau intervensi cara aku sendiri adalah melepas tekanan pada jeritan. (karaoke sebenarnya) baik. ini cuma cara aku sendiri. ternyata sebenarnya banyak lagi rawatan yang jauh lebih baik dari yang ini. penyembuh cara spiritual dengan moral agama yang kita anuti adalah paling mujarab!

baik, ada satu sisi positif dari karaoke yang aku ambil. lagu yang selalu teman aku nyanyi. motivasi yang baik jika hayati liriknya. cari dan dengar sendiri okey;

D'MASIV - JANGAN MENYERAH.



baik ini bait liriknya. cuba dengar dan faham sendiri.


JANGAN MENYERAH


tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi


syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa.



*

semoga ada faedah untuk ku dan kamu juga.

Thursday, October 21, 2010

RUMAH HATI

aku tahu kau orang tak berapa baca sangat cerita takraw mengarut aku bawah sana. Suriyan Peachan pun bukan kau orang kenal. yang mahu aku kongsi, dan mungkin ada yang tidak pernah perasan sisi gelap aku yang satu ini. mungkin juga yang sudah sedia maklum tentang satu lagi kegemaran aku untuk tulis puisi.

jadi, rumah satu lagi ini, yang pasak tiang serinya bertunjang pemikiran otak kanan. seninya halus tapi tak termampu dizahir dengan indahnya susuk rupa. cumanya, penilaian pada nilai seninya terletak pada persepsi dan interpretasi kau orang yang membacanya.

tak pernah ikut serta sayembara puisi pun, manakan lagi kerap muncul di acara-acara deklamasi puisi. tapi atas sandaran pada gelojak nafsu ingin menulis sesuatu yang pada aku itu adalah mutiara jujur yang keluar dari hati aku sendiri.

mengolah bait-bait nahu yang biasanya tertutur pada kombinasi lidah, gigi, atau mulut kepada sesuatu yang tertulis dengan rasa hati. yang aku harapkan bila kau orang baca akan terlintas pada kotak imaginasi kamu sesuatu yang indah yang cuba aku garapkan.

kau orang pandai tulis puisi? tak perlu pandai. cukup dengan luahan kata jujur yang keluar dari hati. seperti hati aku yang berkata-kata di sini;




*sebenarnya gua nak beritahu, blog satu lagi tu dah update!

Wednesday, October 20, 2010

INI CERITA CINTA MATI.


siapa pemain sepak takraw yang engkau orang semua kenal? berikan aku 4 nama sudah cukup. janggal bukan? atau tak tahu langsung siapa pemain sepak takraw negara sendiri. itu bukan salah kau orang. itu salah orang yang menganaktirikan sukan tradisi negara sendiri.

yang nak aku cerita ini adalah satu benda yang betul betul aku jadi passion dari kecil sampai sekarang, dan dah macam darah daging aku adalah sepak takraw. mula main masa sekolah rendah sampai dah umur 23 sekarang aku belum berhenti main sukan tradisi ini. dan masih belum jemu.

mungkin tak sama dengan muda-mudi lain yang begitu menggilai sukan seperti futsal, paintball, bolasepak,badminton, tennis dan apa jugalah sukan yang ada, takraw tetap dihati. memang tak pernah sampai pada satu pencapaian yang betul-betul konsisten pada tahap tinggi, namun apa yang aku ada sekarang maksudnya kemahiran dalam sepak takraw yang aku ada memang padan dengan tempoh aku main takraw ni. cuma bakat yang ada ni belum dapat melayakkan aku untuk ada nama dalam arena takraw ini.

mungkin salah satu sebab kenapa susah untuk aku dapat kekasih hati yang betul-betul faham dengan jiwa takraw aku. petang jarang lekat dengan telefon. petang jauh pada internet, petang tak akan lekat dirumah. tahu cari aku dimana? gelanggang takraw. ada kalanya hujung minggu masuk liga takraw. sebab itu bagi aku susah untuk jumpa perempuan yang faham dengan minat aku yang satu ini.

pernah ada bekas kekasi cakap "nanti kahwin la dengan takraw tu,". "makanlah jaring dengan bola takraw tu," huh, itu aku sudah biasa dengar.

tapi ramai tak tahu takraw ni kaya seni dan falsafahnya. juga kaya dengan adab. nampak kasar tapi lembut permainannya. nampak sakit tapi nikmat puasnya. ramai orang boleh meyepak bola atas padang atau tanah atau lantai, tetapi belum tentu orang boleh menyepak bola di udara.


ajaklah aku borak cerita takraw, pasti tak diam hilang modal untuk bercerita.


mungkin ada yang mencebik bibir, mengatakan aku kolot. main sukan tak boleh pergi jauh. tak apa. hanya jauhari mengenal manikam. aku akan terus main sukan tradisi ini selagi ada kudrat sebabnya aku cintakan sukan ini.



yang paling kiri itu idola aku dalam sukan ini. Suriyan Peachan nama dia. bukan aku mengagungkan orang luar dari pemain negara sendiri. tapi aku kagum dengan cara permainan dia. bagaimana dia kawal mental dia dan regu dia. sudah berumur tapi masih lekat dalam skuad senior kebangsaan thailand. kemahiran dia memang pada tahap terbaik! salute!

Tuesday, October 19, 2010

NGERTI NGAK?



hmmmmm. kamu tak pernah mengerti. dan tak mungkin tahu. dan tak ambil tahu. ya, itu pasti!

Monday, October 18, 2010

TERBUANG ATAU DIBUANG



pernah kau rasa terbuang? rasa jauh dari apa yang kau selalu ingin dekatkan. rasa rindu pada apa yang selalu dambakan. rasa sunyi dari apa selalu yang kau bisingkan. rasa kosong dari apa yang selalu kau isikan. rasa sugul dari apa yang selalu kau gembirakan. rasa sebak dari apa yang selalu kau tertawakan. rasa kecewa dari apa yang selalu kau bahagiakan.


*

*

*

dan

*

*

*


aku


*

*

*

sedang

*

*

*
merasainya.

*

*

*
sakit

*

*

*

TERBUANG ATAU DIBUANG?

Saturday, October 16, 2010

KEREMPENG

gambar masa seminar penyelidikan kelas aku itu hari. sebagai jurutera bunyi (bidan terjun) majlis, aku agak sibuk main dengan amplifier, mixer, wire, microphone, stand mic dan apa juga istilah dengan perkakasan bunyi pada majlis tersebut.

bila kelibat aku nampak macam penting kedepan, betulkan pembesar suara, kasi laras bunyi pada amp dekat depan mestilah ada yang kata aku nampak macam orang penting majlis. itu fakta, kalau aku tak buat nak suruh siapa buat? dah aku kene lantik AJK persiapan tempat!

okey, abaikan gambar lelaki sebelah aku berbaju hitam. teman sekelas ni.






emmm, berdasar pengamatan kau orang semua melalui gambar, gua kurus sangat ke? ramai sangat tegur hari tu, nampak kurus lah sekarang!

hey bila masa pulak aku gemuk nih? berat aku tak pernah jejak 60kg bhai!

Friday, October 15, 2010

CERITA SAHABAT



ada cerita sebalik gambar. cerita tanpa ada layar, tanpa ada dialog khusus. cerita erti susah senang bersama. cerita tentang penghargaan. cerita tentang kebersamaan. cerita tentang perkongsian. cerita tentang susah senang. cerita tentang gelak tawa, cerita tentang sedih duka. cerita jenuh dan perih. cerita tentang seorang teman. cerita tentang seorang rakan. cerita tentang seorang kawan. cerita tentang seorang sahabat.

ini sahabat aku dunia akhirat. banyak membantu bila aku buntu, banyak memberi bila aku perlu, banyak nasihat bila aku musibat. dia seorang sahabat.

dedikasi khas buat sahabatku ustaz shahril.

Thursday, October 14, 2010

SILA BERHATI-HATI DENGAN INFLUENZA AHMAD DURRAH ENFLIETIES (TERBARU)



tahap satu.

ahmad durrah (bukan nama sebenar) ketika masih normal, bergaya dan agak hemsem ketika menjadi orang kuat jaga sistem bunyi seminar penyelidikan.




tahap dua.

mulai merasa tekanan, yang pada dasarnya boleh diatasi. namun asalnya normal. semuanya stabil. belum gila babi, belum sawan dan belum serabut bertukar menjadi sebaliknya. tapi masih boleh dirawat. tanda awal adalah mingrain kerap menyerang.




tahap tiga

mula serabut dengan masalah-masalah teknikal yang meruncing. kesannya? muncung memanjang kerana kelernjar asrtsogratifs membengkak dek rangsangan tak terlazim akibat dari tekanan perasaan. sekali pandang dah macam muncung itek! tanda awal bibir mula memberat kadang-kadang bibir menebal.





tahap empat

mula bertindak agresif. keadaan main tak terkawal bila banyak masalah menimpa. kopetensi kecerdasan emosi tak lagi dapat membendung waras akal untuk bertindak dengan fikiran yang rasional. cepat marah tak tentu arah. mengamuk tak tentu hala secara spontan adalah gejala normal tahap ini. mulut herot ke kanan merupakan petanda semakin meruncing.




tahap lima

muka dah nampak pucat. muka mulat herot. lidah mula terjelir. tahap kronik. menunggu beberapa jumaat sahaja lagi jika tak mampu pulih seperti sediakala. hantar hospital tawakal pun dia pasti suruh bawak balik rumah dan tawakal saja lah. buih mula keluar dari mulut.


ANDA DINASIHATI BERJAGA-JAGA, KERANA VIRUS INI KIAN MENULAR. TERBARU 41 ORANG KAMPUNG LADANG GELENDER DIDAPATI MAUT DEK KERANA VISRUS INI!

Wednesday, October 13, 2010

BARAN

cik jan nampaknya begitu bersemangat berceloteh. mak pula beri tumpuan penuh pada tiap bait kata yang keluar dari mulut cik jan. sesekali cik jan menepuk nepuk lengan mak. mungkin menegaskan apa yang dikatanya pada mak. mak mengerutkan dahi kadang-kadang air muka mak berubah.

aku perhati dari sudut tangga batu tanpa ada marmar cantik menghiasinya. aku capai bola takraw celah tangga merah. aku timang kaki kiri kanan. sesekali aku imbang bola takraw dengan kepala. "masih ada bakat. boleh pergi jauh ni," getus hati bermonolog sendiri.

"angah, minat nak tanam pokok mangga?" jerit mak dari bahu jalan yang baru diturap. "ada benih mangga siam di sponsor ni," sambung mak lagi. cik jan mengangguk tanda mengiyakan apa yang mak beritahu tadi.

aku paling pandangan dari mak dan cik kiah. aku timang bola takraw tinggi-tinggi. aku lonjak keudara dan libas bola takraw sekuat hati. aku geram.

prakkkkkk..pasu bungan bouganvilla cik jan pecah terkena libasan kuat tadi. mak dan cik jan terperanjat. terjegil mata lihat respon pantas aku. serpih pasu seramik yang berderai tak aku endahkan. tanah terabur mengotori kaki lima simen rumah cik jan.

aku masuk kedalam rumah meniti anak tangga. satu demi satu. sampai di anak tangga kelima aku tolehkan pandangan. perhati tepat mata cik jan. semahunya cik jan takut untuk bertentang mata dengan aku. di lemparkan pandangannya pada jalan tar yang hitam kusam.

aku keraskan suara. mata merah beruraat aku jegilkan pada cik jan!



"kalau benih mangga siam tu subsidi dari kerajaan, angah tak nak mak!" aku terus masuk menuju kedalam rumah.





























***

DEMM! APA PUNYA MIMPI LA AKU PAGI NI?

Tuesday, October 12, 2010

JAHAT

tak apa. tuhan tu maha kaya maha berkuasa. aku takkan tunjuk dah a loser part of me anymore. aku dah turunkan ego ke tahap paling rendah, kau tak kesah kan? baik tunggulah. aku kembali jahat!

Saturday, October 9, 2010

BILA RINDU MEMBADAI, MENGHANYUT EGO.

boleh kah,

ajarkan aku erti untuk menjadi kuat.
ajarkan aku erti menjadi tabah.
biarpun secubit cuma,

kerna,


hari-hari berlalu, menjadikan aku begitu;















rapuh.

Friday, October 8, 2010

BERHENTI BERHARAP

" camnilah.... awak teruskan kehidupan awak untuk masa depan awak... jika ada jodoh pasti kita bertemu jua..."

***

akhirnya apa yang aku cari selama ini dah aku jumpa. pengorbanan dan usaha selama ini untuk betulkan semua yang khilaf nyatanya sia-sia. semua usaha hanya disandarkan pada "JIKA". ada dua kemungkinan bila ada kalimah JIKA itu, ya atau tidak.

tak apalah, mungkin dia tak sampai hati untuk cakap;
" hey aku rimas la dengan kau" atau "hei tak faham-faham ke aku dah tak mau tengok muka kau??"

atau lebih lembut untuk menyatakan tak mahu seperti ini;
" aku tak boleh nak terima kau semula" atau "aku tak boleh maafkan kesilapan kau" atu juga "tak ada peluang untuk kali kedua buat kau"

mungkin pada dia nak menjaga hati biar sakit yang aku dapat tak tinggi darjah kesakitannya. hakikatnya tetap sakit bukan.

mungkin ramai yang takut untuk berterus terang soal hati dan perasaan. tapi bagi aku soal hati dan perasaan ni kena terus terang. kalu suka cakap suka, kalau benci cakap benci.

tak apa, akhirnya aku jumpa jawapan yang aku cari selama ni.

usaha aku untuk bina balik hubungan ini sia-sia.

faham tak? SIA-SIA.

tak faham juga? tak apa;






SIA-SIA LA SIAL!

Wednesday, October 6, 2010

DIARRHOEA

bila aku buka mata, aku atas katil wad. tiada orang. tiada pesakit, tiada misi cantik denyut berdarah hidung pun dalam wad. langsung seorang tak ada. aku pandang katil sebelah, pun kosong. setahu aku malam semalam ada pesakit. tak tahulah sakit apa. aku lihat dia masih berselubung masa aku bangun solat subuh tadi. mungkin sudah meninggal atau dah boleh keluar agaknya. matilah aku! semuanya dah berakhir. terbayang kena bedah sekejap lagi!

aku cuba bangun, tapi tak larat. perut memulas-mulas, senak sangat. aku pandang keliling, cari punat nak tekan panggil misi datang. mesti misi berdarah hidung datang layan. boleh juga nak mengada-ngada. paling kurang boleh minta add di facebook.

aku pun hairan kenapa aku masih dalam wad, aroma ubat seperti dalam hospital tak tercium langsung. mungkin sebab dek hidung aku tersumbat. bila bangun pagi mesti bersin punya. lepastu mula berair. demmit resdung!

aku makin buntu. aku capai jam tangan, 9.11 pagi. semuanya sunyi sepi. seolah tak ada orang dekat sini sekarang. perut masih memulas, senak. sakitnya tuhan saja yang tahu. ke tandas dah beruang alik. sampai sudah tak larat subuh tadi. pedih hujung tempat nyahtinja tu masih terasa. panas seperti makan nasi berkuahkan sambal cili merah tanpa masak.

ubat tak ada. pemalas punya doktor. misi pun tak datang jenguk, aku punya sakit nak mati tak ada orang endah langsung. kalau aku keluar wad ni mesti aku saman punya, biar keluar sukat khabar yang hospital ni layan teruk pesakit. bila menang saman, ada duit banyak baru boleh mengorat awek-awek denyut berdarah hidung!

jauh sangat merawang ni.

penyudahnya aku capai losyen mustajab halia dunia herbs. atas tu ada tulis; beik untuk kembung perut, membakar lemak, sesuia untuk wanita lepas bersalin dan baik untuk sakit perut dan melegakan senggugut. kira ni sapu untuk legakan sakit perut. cretttt. losyen putih atas tapak tangan. sapu lebih kurang atas perut yang 'six pack' ni. rasa panas sikit, tapi sakitnya makin lega. kalau macam ni tadi lagi dah aku sapu. nak harapkan doktor dengan misi denyut sampi bila entah nak datang.


eh, dekat wad pun boleh jumpa losyen mustajab pati halia ke? wad apa ni? aku lari ke pintu wad. cari informasi dekat pintu. ada tertulis situ;

B301


demmm!

gua dekat bilik hostel rupanya. ingatkan dekat wad hospital pakar.



oh lupa, patutlah lah gua tak pergi kelas hari ni!

CINTA ITU KETAWA DAN AIR MATA

kata orang cinta itu ketawa dan air mata. tapi yang ini ketawa sampai pecah suara! kata orang bila depresi teruk ada remedi terbaik untuk tiap keserabutan itu, jadi tadi petang aku pergi menjahanamkan diri bersama rakan-rakan sekepala.

aku menyanyi lepaskan semua kusut masai dalam kepala hotak yang semakin serabut. nyanyi semua nak jerit-jerit. semua picth tinggi aku bedal.

paling penting, playlist; lagu pop cintan. dari e.y.e, slash, hattan, olan, qiarra, lestari dan kasim slamat la o be. semua aku henjut semacam. janji boleh jerit.

padahnya? aku serak, tekak luka. suara tak keluar. video bawah cerita sebelum sesi lepas tekanan tamat. lagu terakhir aku jahanamkan. dengar baik-baik, ada beberapa bahagian terkucil Justify Fullteruk dan ada satu trivia;

ada satu insiden misteri berlaku sepanjang video tu dirakam. cuba lihat betul-betul.







video

Tuesday, October 5, 2010

SUDAH

telefon sinar.fm buat ucapan dalam segmen cetusan hati dan dedikasi sudah. siap ganda 23!.(3 kali jugak gua berjaya tembus talian)

hantar sms dekat sinar.fm dalam segmen sama pun sudah.(lebih dari 5 kira banyak kan?)

hantar sms minta maaf dan mahu tebus kesalahan pun sudah.(dekat 3 minggu belum berhenti)

telefon? banyak kali sudah tak pernah angkat.

hantar mesej dalam facebook pun banyak kali sudah.

tulis entri pasal rasa hati? banyak sudah!

tulis puisi pasal rasa hati juga sudah.





sudahnya?

gua masih menunggu apa sudahnya. samaada usaha gua selama ni sia-sia atau sebaliknya. gua pasrah. gua tunggu dengan lagak sabar. dalam hati sebenarnya mahu luah rasa tak mampu lagi bertahan, gua tetap kuat bersabar.

*
harap usia, umur dan ajal gua sempatlah melihat hujung ikhtiar dan usaha gua ni sebelum allah taala SUDAHKAN nyawa gua.

Monday, October 4, 2010

MENGAMOK

aku sedang tekun dengar praseminar kajian penyelidikan kelas. dengan harapan besar dapat banyak input untuk aku betulkan kajian aku. tapi hakikatnya aku merawang, tambah bila pula kecanggihan teknologi ada depan mata. hilang tumpuan!

masih lagi, orang bentang aku dengar teliti. tiap hujah aku dengar. sesekali ada catatan aku buat. mana yang kurang aku buat catitan. orang tepuk aku pun tepuk. semua masalah nampaknya setakat ni mampu aku tolak tepi.

paling seronok, bila aku dapat beri sumbangan sedikit dalam perbincangan. tak apa sedikit pun jadilah dari tak ada langsung. ada rasa yakin dibina dekat situ.

tretttt... trettt.. treeetttttttt.... (nada bunyi telefon bimbit) ada mesej masuk.

aku tekan punat-punat untuk buka mesej tadi.



"RM0.00 - CINTA TIDAK SEMESTINYA AKAN BERAKHIR DENGAN KEBAHAGIAN. IKUTI KISAH-KISAH CINTA YANG TIDAK KESAMPAIAN. DAPATKAN MMS CINTA KILAT SEKARANG! HANTAR ON CK KE 22228."

"PUNDEKKKKKKKK!!!"

gua jerit kuat. macam mana mesej ni boleh masuk dalam telefon gua! tak pasal-pasal gua putus mood. rasa marah. nak mengamuk tendang rusuk kiri orang, rasa nak cekik batang leher orang yang hantar mesej ni.

demm!

Sunday, October 3, 2010

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSIONAL

setakat ni aku masih belum tidur 17jam. semua angkara menyiapkan pelaporan kajian. dan tadi aku ada pra seminar bentang kajian tindakan. bersengkang mata, berair mata, kepala berpinar. bentang juga walau aku sendiri tahu banyak silap aku masa bentang nanti.

ya, jiwa aku masih kacau soal perasaan dan hati.

nah, belum habis pembentangan dah nampak riak-riak buas nak terkam aku lepas ni. betul, bertubi-tubi kena. hati aku keraskan, muka kasi tarik masam. aku tadah dengan terbuka.

tapi, rasa-rasa kau orang lah, dengan keadaaan melawan fitrah biologi aku, mata belum lelap, nikmat lena belum dikecap, mampu aku kah aku bertahan dengan rasa marah atau hentaman yang diterima tadi. aku risau kalau tak dapat kawal emosi, ada jugak yang bertumbuk dengan aku kejap lagi.

aku harap tak ada yang buat hal dengan aku. kalau esok lu orang baca berita ada gambar aku, tu maksudnya ada orang buat hal dengan aku la tu!

EMOSI GUA TAK STABIL! JANGAN NAK MACAM-MACAM!

LU ORANG TAU BACA PUISI?

teman: rul, lu pernah baca puisi?
aku: maksud lu baca puisi depan audien?
teman: ya lah. deklamasi puisi.
aku: tak pernah gua. baca masa sekolah rendah pernah la. itu pun sajak kemerdekaan.
teman: gua ada lubang, lu nak baca sajak lu dekat FR****?
aku: pergh! biar betul ni?
teman: betulah! gua ada member, pengurus event dekat situ. lagipun sekarang dekat situ cari muka baru.
aku: eh, tapi puisi gua tak sedap. semua cerita rasa hati gua, cerita perasaan gua. jiwa-jiwa semua tu.
teman: tak apalah, lari sikit dari kebiasaan. gua baca puisi lu, ada sedap juga!
aku: mengarutlah lu. puisi gua syok sendiri.
teman: sendiri syok sebab sendiri rasa, mana tahu orang syok baca puisi lu.
aku: hahaha yelah, nantilah gua fikir-fikirkan.


berfikir tentang tawaran teman untuk membaca puisi di depan audien membuatkan aku sedikit ralat dengan apa yang aku tulis di hatibisu. ada ke orang suka puisi aku? kalau baca puisi boleh buat tambah pendapatan, mahu juga aku.

lu orang baca puisi tak?