Sunday, November 28, 2010

PAK NGAH DAN ANAK-ANAK SAUDARANYA

penat. jadi orang pangkal kenduri memang letih! sekitar majlis berendoi dan akikah anak saudara terbaru, muhammad zarif adha bin mazni. anak ateh yang nombor 3 menjadikan koleksi anak saudara sebelah keluarga mak, yang terkini seramai 30 orang! dude, anak saudara gua paling besar umur 22. bawah setahun je tapi panggil gua pak ngah!



bila kenduri besar macam ini, barulah semua keluarga sanak saudara dapat bertemu muka. yang dari pahang, johor dan paling nyata dari pelosok negeri sembilan datang berkumpul. riuh semua bila berkumpul. dan paling mencabar bila dah ramai-ramai berkumpul ni adalah komunikasi. laras bahasa daerah atau dialek negeri sembilan; kuala pilah terutamanya diguna pakai secara menyeluruh dalam kenduri kendara macam ni. gagal menguasai, nah melopong tenganga tak faham satu apa!

eh kejap, tahu kah apa itu berendoi? tak tahu? menghabiskan beras mak bapak kau pandai la!

berendoi tu satu keraian terhadap anak yang baru lahir dimana anak itu diaqiqahkan. keluarga akan panggil jiran tetangga untuk dijamu. anak tadi akan dibuai dalam buaian khas dan dikelilingi oleh kumpulan yang akan bernazam, berzanji dan mengalunkan ayat-ayat suci diraikan dengan acara potong jambul. macam tu la lebih kurang ringkas berendoi tu apa. nak tahu banyak lagi pergi cari, jangan jadi pemalas! lempang karang!

aku pun tak lepas peluang untuk turut potong jambul anak saudara terbaru. potong kosong je tak dapat brader! kena letak RM jugak!





inilah anak saudara paling baru, yang comel macam pakngah dia. mata dia merah sebab kena demam kuning hari tu. kesian dia!



ini baru sikit. anak-anak saudara yang comel feat pak ngah dia yang comel!



semua nak berpangku bagai! haihh penat melayan sorang-sorang.


baru perasan anak-anak sedara aku ramai muka jepun! mata nak sepet-sepet je skarang.






ini geng sepang. ayah dia orang perlis mak dia orang kuala pilah. proses asimilasi bahasa berlaku akibat dari percampuran dua bahasa daerah yang diguna pakai dirumah. yang membuatkan kami semua ketawa besar bila si abang(kiri) cakap ketika selesai makan;

"ibu, ayaq dah tak ado!"

kah kah kah. berderai semua ketawa!

lepas tu ada lagi insiden tak disangka berlaku. melibatkan aku dengan si adik, amar.



amar: acik ni sapo? maksud amar pakcik yang hensem baik budi pekerti ni siapa? (dia pandai cakap loghat negeri sembilan, tak macam abang dia faris)

aku: ni pak ngah awak la!

amar: oo pakngah ko? mano mak ngah tak nampak pun?

aku: GULP!

semua mak sedara dan pak sedara ada bawah khemah gelak besar. terkekeh-kekeh gelakkan aku. muka dah merah padam, aku bangun buat-buat kumpul cawan dan pinggan kotor. sambil tu aku jawab dekat amar:
"amar sayang, makan kasi habis ye jangan membazir makan tak habis. sebab sebutir beras tu umpama setitik peluh petani!

***

mana budak kecik ni pandai tanya soalan sensitif macam ni. payah juga kalau anak-anak buah ni pandai dari pakngah dia!



Wednesday, November 24, 2010

THIS IS HEROINE

currently taking this abusive drugs before go to sleep. stimulous gaining heart pain, beware! can be considered as KLMJ stuff too. make sure u got to be heartless before taking this.

ouh, this drugs is always dedicated to jendul. you know u are dude!


Monday, November 22, 2010

SEPAK TAKRAW PUNYA CERITA

habis pusingan kumpulan, semua pasukan berhenti rehat. ada yang makan, ada yang solat. ada juga yang resah takut-takut pengiraan mata buatkan pasukan mereka terpaksa pulang awal. pasukan aku mungkin pulang awal. kalah semua 3 perlawanan dengan semuanya rubber game. ada satu lagi perlawanan, tapi tak menjanjikan apa-apa makna, kalah pun tak layak- menang pun tak layak ke pusingan seterusnya. jadi pengacau kata brader-brader sini.

"der, awak tengok game malaysia semalam?" tanya brader Gan, seorang otai takraw tempat aku. "tengok der, teruk kena ayam dengan siam!" aku balas. "banyak menari dari cari mata," aku sambung. "dia orang (malaysia) sibuk nak saiko siam, tapi siam tak makan saiko. tengok siam punya tackling, break ball dengan attacking, sikit tak goyang!" bersungguh brader gan sambung.

"pair first malaysia tu main bawah kemampuan sebenar, tengok macam mana arif kena drop dengan kriangkrai dekat 5 point direct! siam dah 18 baru masukan hafizi tu, tapi dah 18 der! mana jalan dah!" brader Gan sambung. makin ramai datang mendekat nak borak isu takraw malaysia kalah dengan siam final berpasukan. rata-rata semua respon negatif tentang perihal kekalahan pasukan kebangsaan. rasa aku, kalau ada pasukan negara dekat kejohanan liga tengkorak hari tu memang masak kena basuh lah jawabnya!

"dengan china pun lemas nak menang!" luah seorang lagi peminat takraw yang kecewa. "sebenarnya misi skuad takraw negara kita ni cuma nak balas dendam dimalukan korea masa piala emas raja thai haritu. bukan nak menang emas kalahkan siam sukan sea ni!" lagi sorang beri hujah. perbincangan makin hangat. semua keluar hujah-hujah masing-masing.

"eh der, pair awak amacam?" brader Gan tanya. "haduh, tekong tak jalan la der, servis banyak buang!" aku jawab. "pair awak ni macam malaysia. tekong laju, killer pukul baik, awak pun setting bola semua salur-salur." puji brader Gan. "wah malaysia ke der?" sedikit bangga. "macam malaysia dekat tournament dalam negara. masa main dalam negara, semua servis manjadi, killer pulak garang meletup-letup kalau pukul. tapi bila main game luar, jumpa pulak siam, mental dah jatuh. moral dah lemah. hati jadi kecik. servis pun suam-suam. killer pukul pun dapat petik. awak hantar bola pun liar je." sindir brader Gan. mendalam maksud dia!


trivia:
laras bahasa untuk enrti ini banyak digunapakai oleh pemain sepak takraw tegar.
perkataan "DER" merujuk kepada perkataan brader. contoh kau orang nak main takraw tempat baru yang kau orang tak kenal siapa dekat situ. contoh ayat macam ni;
"assalamualaikum der. saya tompang main sini boleh der?" sambil pergi salam orang yang ada dekat situ. kalau kau orang biasa pergi kejohanan sepaktakraw besar-besar memang biasa perkataan ni.
penggunaan perkataan der ni dah lama digunapakai oleh pemain sepak takraw sebelum dikomersilkan oleh cerita Adnan Sempit tu. lepas cerita tu ramai la yang nak pakai der-der ni. geli siot!

informasi dunia sepaktakraw:

BOLAROTAN

PENINAT SEPAK TAKRAW MALAYSIA

Sunday, November 21, 2010

MANIFESTASI SEBUAH APRESIASI

bukanlah berbangga dengan pujian yang diberikan. kerana layaknya pujian-pujian itu hanya pada Allah S.W.T. mungkin lebih sesuai diangkat sebagai satu apresiasi. manisfestasi kepada satu perkara yang padanya patut diberikan penghargaan. biarpun cuma pada kata-kata dalam entri, namun ianya merupakan satu penghargaan yang tinggi bagi aku. entri berkaitan tentang suatu persahabatan yang terjalin dari sebuah rahmat yang allah sembunyikan di sebaliknya. padahal mulanya cuma salah faham timbul angkara insan tidak bertanggungjawab, namun semuanya menjadi satu titik tolak pada sebuah hubungan mesra. dari tidak pernah bertegur sapa bertukar rancak bicara. dari cuma berbicara bertukar bergurau seloroh. dari cuma batas senior-junior bertukar seperti adik-abang. semunya rahmat allah yang diberikan pada hambaNya.

pada firdaus, terima kasih atas entri tersebut. abang jang rakamkan kalungan terima kasih kerana usaha itu. pada abang jang itu sudah cukup jadi sebuah hadiah bermakna pada abang jang. terima kasih banyak.

oh lupa. sila KLIK SINI untuk baca entri tersebut!
p/s: lagu dekat blog dia memang sedap! memang kena tepat atas dahi gua!

Thursday, November 18, 2010

DIMENSI

"dia datang cuma nak berkawan, dia ni jenis tak mengacau." itu kata yang keluar dari mulut haji rahmat. seraya matanya merenung tepat anak mata aku. masih aku buntu apa yang mahu berkawan sebenarnya? siapa yang mahu berkawan ni? aku diamkan saja semua persoalan yang bermain dalam kepala. semuanya aku matikan bila haji rahmat terus menyambung bicara.

"dia suka dengan kau. tak ada tuan. bila dia tengok kau selalu sorang-sorang tak berteman, dia hendak berkawan." tambah haji rahmat. betul semenjak-dua menjak memang aku suka bersendiri. memang tak ada yang meneman bila nak kesana kesini. memancing pun aku redah sorang-sorang. "dia jumpa kau masa kau memancing tepi hutan sana. masa tu dah nak maghrib ikan dan udang tengah galak ragut pancing kau. betul minggu lepas kau pergi jelebu, memancing di sana?" terlopong aku dengar kata-kata yang keluar dari mulu haji rahmat.

betul. tiap apa yang dikatakan haji rahmat memang betul. memang minggu lepas masa orang beraya, aku redah sorang-sorang memancing. memang hasilnya lumayan. makin hari nak gelap, makin umpan aku diragut-ragut. lampam, baung, udang penuh dalam karung ikan yang aku bawa. umpan habis, aku gagahkan juga gali cacing tepi paya. bila hari dah gelap baru aku pulang. bila haji rahmat buka cerita ni, baharulah aku teringat. aku tak dengar azan maghrib padahal masjid kariah kampung tu dekat saja dengan lokasi memancing.

waktu pulang, memang bahu aku rasa berat. kepala pening berdenyut-denyut. mata berat sangat. dan aku hairan sepanjang perjalanan pulang kerumah bau wangi memang semerbak. bau bunga-bungaan floral bukan bauan seperti wangian berjenama. tapi semuanya aku sandarkan pada alasan; aku kepenatan. bila tiba dirumah, mengemas alatan pancingan, bersihkan diri dan solat. aku terus tidur. semenjak malam itu berbagai mimpi datang. mulanya dengan hurungan lalat dan langau yang amat banyak. bunyian hurungan itu amat kuat. muka dan seluruh badan dilitupi lalat dan langau yang amat merimaskan. tubuh tak boleh bergerak, kaku seperti dihempap batu besar.

dalam pada itulah segala ayat suci kukerah baca. mulut tidak bergerak cuma hati yang mengaji. syahdu mahu dilepaskan dari terperangkap dari mimpi buruk. aku sedar itu cuma mimpi, tapi usaha untuk keluar dan sedar dari mimpi itu gagal. kuasa tuhan, khateep kucing kesayangan yang tidur disebelah menggesel ke pipi aku. terus aku terjaga, tercungap menyedut udara! seperti orang lemas yang dapat timbul permukaan air. dada berombak-ombak, ada titik-titik peluh yang terbit di segenap tubuh.

aku istighfar panjang. kepala memikirkan apa makna mimpi tadi. buntu dan aku makin runsing. bila mata mulai melayu ingin lelap. bauan wangi yang pernah aku hidu itu kembali merona semerbak. aku gusar.

ya allah, apakah dugaan yang bakal ku tempuh ini?

Tuesday, November 16, 2010

TENTANG KITA

ya aku mengaku. aku dah lambat post entri ini.

5 tahun dulu, aku antara yang paling tak redha masuk institusi ini. peraturan ketat macam sekolah. layanan pada pelajar pun macam sekolah juga. serba serbi gaya seperti sekolah lanjutan pada pejar-pelajar lepasan SPM. hidup cara asrama! huh semumur hidup aku, tak pernah orang atur buat ni buat itu! aku berontak!

5 tahun dulu, aku antara yang memberontak dalam institusi ini. rak boleh keluar waktu sekian, aku langgar, aku keluar ikut pagar. tak boleh masuk waktu sekian, aku masuk secara haram, panjat pagar. waktu maghrib-isya kena dengar kuliah di masjid. tak! aku tidur dekat atas masjid. hari rabu ada usrah. tak. hari rabu petang aku dah keluar.

5 tahun dulu, aku paling benci ada roll call malam-malam. tak tahu ke kerja melambak? bila masa nak buat bila ada perhimpunan bagai. alasan cuma mahu cari siapa tak hadir ke masjid waktu maghrib, atau siapa tak ada kad keselamatan. hey!

semua serba serbi tak kena. itu salah ini salah! semua nak ikut itu kena ikut ini. melawan? nahas!

tapi semalam, berderai juga ego jantan. berkecai juga kental hati. bila melihat seorang demi seorang sahabat bakal bawa haluan masing-masing. sahabat yang 5 tahun dulu tak kenal satu sama lain. sahabat 5 tahun dulu ada prasangka. sahabat 5 tahun dulu yang panjat pagar sama-sama keluar beli makan. sahabat 5tahun dahulu kongsi makan satu cawan megi. sahabat susah senang sama-sama.

aku akan rindukan semua ini. semua yang aku tentang semua yang aku benci 5tahun dulu, itulah yang aku paling rindu. aku rindukan adik-adik yang rapat dengan aku. aku rindukan kawan-kawan di padang. aku rindukan meriah gelak tawa di cafe. aku rindukan semuanya.


semalam, berderai-derai air mata bercucuran. berpelukan tak mahu lepas. luahkan semua yang tersimpan. mohon ampun atas segala dosa. mohon halal semua perkara. inilah benda pailing aku benci. melihat seorang demi seorang teman pergi dalam keadaan tidak redha. tak dapat menerima hakikat 5 tahun sudah berlalu dan sekarang masa untuk haluan masing-masing. semuanya tinggalkan kenangan yang akan sukar dilupakan.

allahumma sollualaihiwasalam..Ya allah rahmati adik beradik dan sanak saudaraku di bumi IPG KPI ini. sesungguhnya aku terlalu lemah untuk melambaikan salam perpisahan dengan mereka. air mata yang gugur ini adalah kerana rasa cinta dan kasih yang engkau berikan kepadaku dengan mereka. bila aku tidak di depan mata mereka lagi, mohon janganlah kau hilangkan ingatan yang telah terbina dengan mereka ya allah. aku mencintai mereka adalah demi redhaMu ya allah. mungkin inilah pengorbanan yang perlu ku tempuhi. bertemu keranamu Ya Allah dan berpisah kerana Mu jua. walau berat untuk tinggalkan semua ni, redhakan jua kerana Allah pasti letakkan hikmah sebalik semua ini.

semoga kita akan jumpa lagi. terima kasih buat semua yang mengenali, bersahabat dan ber saudara. SELAMAT TINGGAL Maktab Perguruan Islam, Institut Perguran Islam dan IPG Kampus Pendidikan Islam. (2005-2010)

Friday, November 12, 2010

BETUL TAK TIPU! ENTRI NI COMEL KAN?

baik. ini entri pendek tapi penuh makna.

terima kasih kerana berkongsi sesuatu yang indah dengan saya. terima kasih kerana menghilangkan debar mula kita bertentang mata. mungkin saya tak seperti yang awak impikan. tak sehebat seperti ahmad durrah sebenar, atau sekacak aaron aziz, atau bibir tak menawan daniel craig, atau rupa tak seperti taufik batisah; tapi satu yang awak perlu tahu, saya jujur dengan semua yang saya pernah beritahu. saya ikhlaskan semuanya. sebab saya tahu, mencintai tak semesti memiliki kan? (yang ini budak selang dua bilik saya cakap).

saya mahu awak tahu,

sebenarnya saya.....

..

..

..

..

..

..

..


..

..

..

..

..

..
..

..

..

..
..

..

..

..
..

..

..

..

SAYA RINDU DEKAT AWAK!




BWEKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 10, 2010

BIE, MENGAPA HARUS KITA JUMPA DAN BERPISAH!


aku tinggalkan cerita cinta tak kesampaian di belakang. puas dan pelbagai cara aku buat, namun jawapannya tetap sama. tak ada peluang untuk betulkan kesilapan dulu. bila aku nyatakan rindu dia masih tak peduli, itu tanda cintanya telah mati. mati bersama khilaf yang pernah tertulis dalam cerita cinta dahulu.aku campakkan semua kisah duka cinta hampa bersama kenangan jauh dibelakang.

dan sekarang aku dah jumpa cinta baru. cinta yang baru singgah dalam hidup aku. kenal tak lama tapi rasa cinta dah mula berputik. dulu cuma putik sekarang dah mekar menguntum. betul, tempoh perkenalan yang singkat. tak sampai sebulan, tapi rasa kasih dan sayang tu lahir dari hati jujur dan ikhlas tanpa sebarang sandaran nafsu semata!

dia manja, pandai, cantik semua ada pada satu kayu ukur yang aku tetapkan untuk seorang kekasih. biar kadang-kadang dia suka mergam atau perangai seolah kanak-kanak tapi aku tak kisah. biarkan janji rasa cinta yang berputik ini akan membahagiakan aku.

tak kisah apa orang mahu herdik. biarlah kata mereka cinta terlarang. namun pada aku, hadirnya dia dalam hidup aku sekarang, bawa sinar baru. sinar untuk aku tinggalkan kisah sedih yang lama membendung tak berarak menjah dalam hidup aku sekarang.

tapi kenapa sekarang baru dia muncul? kenapa bila aku nak tinggalkan tempat ini setelah 5 tahun bermastautin di bangi ini? kenapa? kenapa setiap bahagia yang aku mula kecap pasti berakhir dengan kesedihan dan perpisahan? siapa yang temankan dia bila dia mahu bermanja? siapa yang akan suapkan makanan bila dia lapar? siapa yang akan tenangkan dia bila dia sakit dan resah nanti? siapa?

untuk bie, jang harap bie tabah dengan semua ni. sabarlah mungkin bukan jodoh untuk kita bersama. jang harap bie akan teruskan hidup bie dekat bangi ni dengan baik. maafkan jang kerana tak dapat bahagiakan bie. terima kasih sebab bie datang dalam hidup jang bawa sinar baru, biarlah sekejap tapi jauh lebih bermakna dari mengharap kasih orang tak sudi. biar jang banyak kekurangan bie masih boleh terima jang. biar jang ni penipu, bie sanggup terima jang. biar jang ni cakap kasar, bie sanggup terima jang. terima kasih bie. jang sayangkan bie selama-lamanya!












ini dia cinta hati gua yang baru;

GARETH BALE @ BIE- L






ha bukan ke comel dia ni! eeeee geram!





siapa nak bagi dia makan frieskies lepas ni? nak harap cleaner? kena hamput pakai penyapu ada lah! :(





bie suka buat sepah atas meja aku.




lepas tu buat sepah atas kotak pulak!





bie termenong jauh bila aku cakap aku dah nak habis belajar dan tinggalkan tempat ni.
:(

gareth bale ni seekor kucing jantan, gemuk dan manja dan bersih cuma tak ada yang nak jaga.
:( u will be missed bale @ bie!

Sunday, November 7, 2010

MEMOIR 1994-1999

semuanya sebab aku baca blog amy. dan idea untuk tulis entri pasal trivia waktu persekolahan dulu tu macam membuak-buak pulak. pasti memang banyak cerita zaman sekolah yang aku, kau mereka lalui bukan. macam-macam ragam macam-macam kaarenah bukan? baik aku cuba senaraikan apa peristiwa seronok yang aku ingat pasal zaman persekolahan dulu.

1. masa tahun satu (1melur) aku sangat fobia dengan seorang cikgu bahasa inggeris. teacher zuraidah nama dia, tu diaa punyalah garang. pembaris kayu sedepa tu dia rembat budak tak siap kerja sampai patah pembaris panjang tu! ada satu kisah dia rembat kawan aku, nama dia zaki. zaki ni kategori murid lemah la. masa tu peperiksaan akhir tahun, bila pungut kertas ujian si zaki punya kertas tak ada. lepas ujian esoknya baru perasan. boleh pulak kertas ujian bawa balik rumah minta mak dia tolong buat. bila teacher zuraidah ni tahu, apa lagi dia pelupuh si zaki ni depan kelas. orang lai pucat lesi seriau dengan insiden tu.

2. tahun dua.(2 aminudin baki) masa tu sekolah petang. aku pernah kena hantuk dengan mak dekat pokok kelapa sebelah rumah. sebabnya? selamba balik dari sekolah aku cakap "mak tadi masa ujian matematik kan angah tak jawab dua muka surat belakang tu," cepat je tangan mak aku sampai. dicekaknya belakang kepala aku, dihantuknya dekat pokok kelapa. hahaha sampai hari ni kalau mak cerita dekat anak sedara pasal belajar, mesti cerita ni mak ungkit balik!

3. tahun tiga. sekolah petang jugak. masa ni masuk kelas depan balik. (3 zaba). zaman ni aku jadi ketua pengawas petang. perhimpunan aku la yang bagi arahan. tangan angkat! tangan jatuh! senang diri, jaga sedia! ketua pengawas petang bhai! jangan buat hal dengan gua! biasalah bila jadi ketua pengawas, adalah adik-adik tahun 2 yang minat. bagi suratlah, bagi bunga lah. paling best aku dapat hadiah dari secret admire. sabun 3 buku dalam paket tu, dia balut dengan kertas minyak kaler coklat tu. hahaha sampai hari ni aku ingat! budak tu pun dah kahwin anak dah 3 skarang!

4. tahun 4. (4 zaba) sekolah pagi balik. masa ni aku tak berapa ingat sangat apa yang seronok. cuma kali pertama aku tengok public canning dekat sekolah. kes curi duit cikgu. dapat tangkap; perempuan. mengaku bersalah. masa perhimpunan hari khamis budak sesi pagi berhimpun sekali dengan sisi petang pukul 1.00 tengah hari panas terik!. budak perempuan tu berdiri dekat atas pentas, buat pengakuan, pilih rotan dan piapppp piaaappppp piaaaaaaaaaaapppppp. sadis jugak masa tu. tapi insaf jadinya!

5. tahun 5(5 zaba). masa ni aku ingat kelas tepi tandas perempuan betul-betul depan tangga naik bilik guru. dekat dengan kantin. tahun 5 mula nak jadi remaja kot. masa ni aku dah mula minat dengan budak perempuan. adalah seorang dua yang aku minat. budak kelas sendiri. tapi yang melayan ada sorang budak tahun 6, liza nama dia. lawa. tapi tak berani nak terus terang. masa ni gua beranikan diri tulis surat cinta. tulis ayat bunga-bunga sikit, letak bedak pastu bila hujung surat tu siap tulis "sorry tulisan tak cantik, tangan sakit." mana entah liza tu sekarang lama tak jumpa dah.

6. tahun 6(6 zaba). aku ketua pengawas sekolah bhai! ketua murid! hahaha untungnya jadi ketua pengawas ni, kalau ada aktiviti luar macam kem ke, perkhemahan ke, pameran ke, kursus ke, ketua pengawas la yang kena ajak pergi dulu kan. tapi paling aku ingat masa tahun 6 ni aku jadi paranoid dengan cikgu matematik. Hj zaidi nama dia. bagi latihan tak hengat punya banyak! lepastu denda nauzubillah punya seksa. aku ingat lagi macam mana satu kelas kena jalan itik satu kawasan sekolah! gila kappa? lepas jalan itik, semua orang kejang peha! sebabtu tiap kali waktu matematik aku akan pastikan cikgu zaidi ni datang ke tak. jadi paranoid dengan dia ni. selalu marah aku, siap sekeh kepala aku! tau la aku tak berapa sangat dengan matematik nih! dan UPSR pun dapat 4A 1B matemtik la B tu.

tapi alhamdulillah semua tu jugak buat aku jadi orang hari ni. terima kasih pada guru-guru yang pernah didik aku. semoga allah yang balas jasa dan budi cikgu-cikgu semua.



ni masa menteri besar nak rasmikan sekolah, punya la dah bertahun guna baru nak rasmi. awek-awek dalam gambar semua dah berjaya. ad cikgu, ada jurutera, ada doktor gigi, ada belajar dekat luar negara, ada bakal peguam, ahli zoologi pun ada.



okey sekarang carik mana satu gua. ni saja gambar masa tahun 5 aku ada. itupun seorang kawan tag dalam facebook.


sila klik pada gambar untuk lebih jelas. bukan main teka je! (gua marah)

Wednesday, November 3, 2010

LAMBAIAN QASEYH

okey mungkin cerita ni sudah agak basi untuk aku gebangkan. mungkin dah ada blog-blog adik-adik junior yang buat laporan ringkas tentang cerita ni. jadi sebagai penyedap hati, aku pun nak post entri bergambar jugalah.

satu majlis mesra sempena meraikan senior semester 8 pengajian sains sosial di intitusi aku belajar telah berlangsung. majlis bertujuan meraikan senior-senior semester 8 yang bakal mengakhiri pengajian setelah 5 tahun setengah menimba ilmu di sini. majlis juga bertujuan merapatkan silaturahim antara pelajar sains sosial dan para pensyarah.

cakap banyak tak guna, layaan gambar yang ada gua sahaja. hehehehe









tema hitam putih petang tu





sesekali dapat bergaya bhai~~





aku, pashtun dan boi





bersama isteri-isteri tersayang hehehe :P




pose dulu sebelum majlis



mamarazi yang snap pic ni :P



insane brothers hahaha~~



la sistas



les' machos brados



la familia


banyak lagi gambar sebenarnya gambar. tak larat aku nak muat naik semua. apa pun aku merakam setinggi penghargaan kepada junior-junior yang meraikan kami senior. ingat kita ni bukan kawan, kita ni dah umpama bersaudara okey!


Monday, November 1, 2010

CINTA ITU KETAWA DAN AIR MATA

kata orang cinta itu ketawa dan air mata. tapi yang ini ketawa sampai pecah suara! kata orang bila depresi teruk ada remedi terbaik untuk tiap keserabutan itu, jadi tadi petang aku pergi menjahanamkan diri bersama rakan-rakan sekepala.

aku menyanyi lepaskan semua kusut masai dalam kepala hotak yang semakin serabut. nyanyi semua nak jerit-jerit. semua picth tinggi aku bedal.

paling penting, playlist; lagu pop cintan. dari e.y.e, slash, hattan, olan, qiarra, lestari dan kasim slamat la o be. semua aku henjut semacam. janji boleh jerit.

padahnya? aku serak, tekak luka. suara tak keluar. video bawah cerita sebelum sesi lepas tekanan tamat. lagu terakhir aku jahanamkan. dengar baik-baik, ada beberapa bahagian terkucil Justify Fullteruk dan ada satu trivia;

ada satu insiden misteri berlaku sepanjang video tu dirakam. cuba lihat betul-betul.







video