Thursday, March 31, 2011

DEFINISI CINTA TIMMY FAHMI

okay personel yang menulis ini adalah seorang sahabat aku. aku ambil tulisan dia dengan izin. ini facebook dia, ini blog dia . rajin rajin singgah dan baca okay. dia nampak cacat tapi hati dia baik :P
selamat membaca definasi cinta timmy fahmi.

***

tentang cinta atau apa yang lu orang definisi cinta tapi dalam pemikiran gua itu bukan cinta. tapi….

mari kita lihat dari satu-satu keadaan!

****

bila lu ada nak ada pasangan sebab lu tengok kawan-kawan rapat lu ada pasangan: itu bukan cinta , itu lu takot lonely.

bila lu nak ada couple tapi lu dah set, lepas nie kalau dapat makwe, lu nak dia dressing harajuku ker, dye rambut macam hayley williams ker: itu bukan cinta, itu lu nak show off dekat orang sebab awek lu cagher.

bila lu nak ada couple, tapi lu pertahankan walaupun perangai dia macam babi, tak pernah hargai lu walaupun dah banyak kali lu kena: itu bukan cinta. itu lu dah buta hati part 1

dan lu tetap pertahankan dia baik depan orang lain walaupun setiap kali lu gaduh dia tengking lu macam tak ingat dunia dan belum kawen berdua lu dah macam punch bag dia. itu bukan cinta. itu lu buta hati part 2.

dan bila setiap kali lu gaduh. lu terpaksa telan dan admit kesalahan semua adalah salah lu walaupun terang-terang itu salah dia sebab lu sayangkan dia. itu bukan cinta dia. itu lu buta hati part 3. dan lagu bagi dia ego makin hari makin tinggi

dan setiap kali gaduh. lu nangis macam mati laki. tapi dia lek-lek main guli (amacam? rhyme tak?) haha. tapi dia buat2 macam takde pape bila bangun tido esok pagi. tapi lu masih lagi makan hati. hati dihiris-hiris macam roti. itu bukan cinta. tapi pasangan lu buat-buat tak reti menghargai, sampai bila lu reti sedar diri berpijak nyata di bumi dan belajar pentingkan diri dan angkat kaki?

dan bila lu ada awek hot macam heather joy tapi lu muka macam kapal pecah. tapi lu tetap nak simpan 2-3 orang skandal lagi dan lu tak pernah belajar menghargai. itu bukan lu tak belajar menghargai saja. tapi sebenarnya hati lu dah gelap. baik sekali lu baring dekat jalan tebrau supaya senang di gilis lori.

dan bila lu ada seorang awek yang sanggup susah senang, bangun jatuh bersama. tapi ending dia lu buat endah tak endah. tak reti jaga perasaan. baik lu pergi cermin diri. ayat pertama lu kena tanya diri lu

” kenapa gua tak reti hargai awek gua. kalau dia tinggalkan gua nie. ada tak awek lain yang boleh susah senang dengan gua macam nie sekali”

awek cagher-cagher senang nak cari brah. modal besar dapat awek cagher. makin besar dapat makin hot. tapi lu kena ingat. hati yang baik tue ingat senang nak cari.

bak kata member gua. Berapa lama kecantikan luaran boleh tahan, setahun, paling lama pun 15 tahun. tapi hati yang baik tue. yang tak penuh hasad dengki. kekal sampai ke akhir hayat.

ingat tue!

walaupun cinta itu penuh pembodohan, macam lu sanggup sakiti hati lu sebab lu gagal lupakan awek lama lu. bangunlah berdiri. kadang-kadang tuhan bagi lu waktu susah nie supaya nanti time waktu senang lu akan menghargai dan lu takkan melakukan kesalahan lagi.

dan bila lu rasa sedih. sebab hubungan lu dengan pasangan macam anjing dan kucing. baik sekali. gaduh 10 kali. tapi lu tak mampu berdiri dan tak mampu berjauhan. lu kena ingat, berapa lama lu sanggup dalam keadaan macam gini. berapa lama lu sanggup menyakiti diri. lu kena cekal hati. dan bawak berfikir, kalau lu kawen. sanggup gaduh hari2? tak sanggup? oke. sila carik lain dan angkat kaki

dan bila lu baru bercinta 2-3 minggu tapi macam nak bagitau semua orang. lu ada pakwe. dan lu cakap dialah yang satu. dia lah yang paling lu cintai. tapi lagi 2 bulan. lu tulis blog penuh kesedihan. sebab dah clash. dan lu sangat terluka. tapi bila lu jumpa orang lain 2-3 bulan, orang tu pulak jadi yang satu dan lepas tue jadi putaran kehidupan. ini bukan cinta adik-adik. ini complete set. ada nak show off + ada takut lonely dll. hidup tak akan berhenti mencari pasangan selagi tak jumpa. tapi kena fikir masak-masak ye adik2. itu hanya suka atau crush semata.

+++

bila lu jumpa seseorang yang lu tak sanggup berjauhan dengan dia sebab dia sentiasa buat lu happy. itu cinta

bila lu duduk dengannya tak kira di mana berada. walaupun lu tengah berada dekat pasar malam. tapi lu rasa cuma lu berdua dengan dia. itu cinta

dan bila lu rasa setiap detik moment yang indah itu kalau boleh lu nak hentikan. atau lu harap masa lambat berjalan. itu cinta.

bila lu tak kesah keluar dengan dia walaupun dia tak mekap atau dia pakai selipar jamban. tapi spend masa berkualiti yang itu paling penting. itu cinta

bila lu tahu dia akan sentiasa berada di samping lu. waktu senang. waktu sedih. waktu lu tahan senggugut. waktu lu rasa lost dan down. itu cinta.

bila lu rasa rindu macam nak mati. even dengar suara dalam telefon. itu sebahagian dari cinta

bila lu rasa setiap hari lu bangun tidur. lu nak tengok dia senyum. sebab senyuman itu dah cukup buat lu membahagiakan setiap hari untuk 40 tahun selepas berkahwin selepas kecantikkan di mamah usia. itu cinta.

bila lu tau dia bila lu rasa nak cheer up dan lu pejamkan mata nampak wajah dia. itu cinta

bila lu rasa lu boleh share semua perkara dengan dia even rahsia paling rahsia. itu cinta

bila lu tau masa lu rasa paling down. tapi dengan tengok dia senyum atau bersuara. lu dah rasa tenang. itu sebahagian cinta

dan bila masa lu rasa dunia nie tak adil. tapi dia cakap dengan lu. “relaks sayang. i ada sentiasa dengan u. kita try hadapi masalah bersama. itu pun cinta

dan ada 1001 cara cinta itu dinikmati. dan cinta ini gua kecilkan skop dekat pasangan hidup. tak kira sesama jenis atau berlawanan jenis.

dan mungkin ada yang tak bersesuai dengan lu. tapi macam tajuk entri gua. ni kan definisi gua. definisi lu. lu tulis lah sendiri

+++

kalau cinta penuh dengan penyiksaan. dan berkorban serta menyakitkan hati.. baik lu hidup lonely dan terus mencari,

tapi kalau lu jumpa yang paling terbaik. tak kiralah lu rasa lu hot dan pasangan lu pecah rumah tapi hatinya baik dan lu rasa hidup bakal happy. jadi bersyukurlah dan belajarlah menghargai.

mungkin cinta yang membahagiakan sudah kamu miliki.

xxx

Artikel ini gua buat lepas 2-3 orang kawan baik gua menghadapi krisis percintaan yang kronik dan separa kronik. semoga tabah dan tidak bersedih ya!

cinta bukan untuk dipertahankan berapa lama menjalaninya walaupun 90% daripadanya adalah macam hell. kerana cinta harus dijalani dengan keindahan. bukan penyiksaan!


entri sebenar;

http://timmyfahmi.wordpress.com/2011/03/30/definisi-gua/

Wednesday, March 30, 2011

CHAN MALEE CHAN

video

okey ini sebenarnya situasi semasa mengganti guru yang tidak dapat hadir mengajar ke kelas 4 Gigih. kelas yang berada pada urutan terakhir dalam kelompok kelas di sekolah. murid-murid ini baik dan perlukan perhatian lebih untuk mereka lebih maju dalam pelajaran khususnya.

untuk menghilangkan sedikit tekanan belajar mereka ini, aku gua sebenarnya; aku bawa mereka ke bilik muzik. ajarkan isi pelajaran yang patut mereka terima dan berikan sedikit token untuk mereka dengan beriang ria bersama chegu fachrule.

haha kerja gila sebenarnya. aku mahukan mereka gembira setelah belajar tadi. jadi aku pasangkan lagu kanak-kanak dan berikan mereka peluang untuk meneroka ruang dan irama. menyanyi dan gembira.

aku juga turut gembira, semacam aku yang terlebih teruja dari anak-anak ini bukan? kah kah kah

duduk, dan hayati. jangan konfrontasi boleh? :)

Sunday, March 27, 2011

GUA DAN LU; KITA.

dia: tak nak publish entri baru ke?
gua: tak ada idea lagi la bos.
dia: bos. tak ada benda nak buat tu sebenarnya ada benda kene buat.
gua: hehehe
dia: minggu busy bakal bermula. gua mungkin berpergian dari fb. nah pesan gua untuk lu. (sambil beri dedikasi satu lagu)
gua:bos kalau lu takde, gua rindu camne?
dia: ingat aja pesan gua untuk lu bos. gua tak jauh. dekat sangat. dalam hati lu bos.
gua: memang lu dah mula da dalam hati bos, tapi gua rindu cam mana nanti?
dia: belajar bertahan. kita tak serapuh tu kan bos ;)
gua: bos, awal sangat ke kalau gua minta nombor lu?
dia: bos, jangan sesekali sayang gua lebih dari sekadar kawan, sebab gua tiada perasaan .mahu berkawan mahu sayang sebagai kawan
gua: baik, gua tak mengharap.
dia:gua cakap awal-awal supaya bos tak mengharap. sedia buka hati untuk gadis-gadis yang datang. maaf. hati gua sudah lama beku.kerna jantan sial itu
gua: dan gua harap, lu tak tutp hati lu kerana dek sorang jantan. tak semua jantan macam tu.
dia: terima kasih atas nasihat bos.
gua: terima kasih kembali bos.


.......dia is offline

Saturday, March 26, 2011

JUJUR UNTUK DIRAGUI


aku cuba menjadi jujur. meluahkan perasaan terpendam secara berterus terang, melukiskan gambaran rasa hati pada kanvas yang warnanya terang dengan tona jujur dari hati. mengungkapkan kata rindu yang terang. tanpa ada kias bahasa aras tinggi, dan kira aku, kanak-kanak kecil pun tahu makna nya.

tapi bila rasa jujur ini diragui. ada detik curiga sebalik satu rasa ikhlas yang aku zahirkan, baik, aku berhenti untuk menjadi jujur dengan rasa hati aku sendiri. aku tanamkan segala rasa yang terdetik. aku pastikan agar tiada cambah-cambah rasa yang akan diragui ikhlasnya bila aku luahkan.

hakikatnya, rasa rindu ini, aku sahaja yang rasa dan aku sahaja yang tahu. dan kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa sekarang.





rasa rindu.

Thursday, March 24, 2011

TERTUMPAH KUAH PADA NASI

25 mac lepas, sekolah tempat aku mengajar menganjurkan kejohanan sepaktakraw majlis sukan sekolah daerah kulaijaya zon selatan. hari yang aku tunggu-tunggu setelah 2 bulan mengharung hujan panas bersama anak didik bertimang tatih dengan sepaktakraw.

2 regu sekolah berjuang pada hari tersebut. aku selaku jurulatih hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk regu yang aku telah didik 2 bulan ini. marah ketawa air mata dan luka darah semua telah kami harung bersama-sama 2 bulan ini.

aku sedikit kecewa kerana dilantik sebagai pengadil pada hari tersebut. tak dapat berada di tepi gelanggang untuk berikan kata perangsang dan nasihat semasa mereka berjuang. tapi sempat juga setempik dua aku laungkan bila mereka bermain sambil lewa. bila sudah sedar baru nak main betul-betul.

alhamdulillah akhirnya satu regu sekolah kami berjaya menempatkan diri ke perlawanan akhir, dan syukur kehadrat ilahi regu kami menjadi johan mssd kulaijaya zon selatan. seterusnya menamatkan kemarau emas sepaktakraw yang dinanti-nanti selama ini. cuma aku sedikit kecewa kerana cuma satu regu sahaja mara ke final. target asalnya aku mahukan satu lagi regu untuk layak ke separuh akhir sekurang kurangnya. apapun, alhamdulillah rezeki allah dah beri.


regu a dan b bersama jurulatih.


regu johan bersama juru latih dan pengurus.


p/s: terima kasih khas buat izyan husna atas hadiah baju FBT biru sempena hari lahir ;)

Monday, March 21, 2011

FRISCO SETELAH SEBULAN


peluang untuk kembali ke kampung halaman bertemu orang-orang tersayang dalam hidup aku tidak aku sia-siakan. jumaat petang aku sudah terpacuh dirumah dan disambut mesra oleh mak dan abah. bermacam cerita baru berkelana tempat orang aku kongsi dengan mereka. semuanya gembira dan baik-baik sahaja.

antara mereka yang amat aku rindu adalah yang satu ini. dahulu masa sebulan sebelum ambil dia, mukanya tak cantik, comot dan tak terurus. dan kini, setelah sebulan setengah meninggalkannya, aku berpeluang untuk bermanja dengannya.

yang aku rindu



sebelum




sekarang.


(abaikan lengan yang semakin berotot)

subahanallah. perut dia sekarang. bulat! lepas makan-makan lagi! nasi, ikan rebus, frieskies semua dia bedal. mana tak gumuk! sekarang ni memang kaki bergurau. pantang ajak! tapi dia bergurau tak ada berpada. sekali dia punya gigit fuh lagi sakit dari kucing biasa. mak panggil dia anak rimau!

aku rindu frisco sangat.

Saturday, March 19, 2011

STALKER MALAM MINGGU

gua jadi stalker sebelum tidur. gua buka facebook seorang awek cun. gua tengok dia punya senarai rakan sikit punya banyak. ribu-ribu bhai. rata-rata lelaki. almaklum, perempuan cantik. ramai yang menghimpit kan?

gua buka dia punya gambar profil. sampai pada satu gambar. pergh! tergoda gua kejap. komen jangan ceritalah. memang panjang berjela. macam biasa lelaki punya komen majoriti.

ada satu komen, paling gua tak boleh tahan.

"cantiknyer awak. bila tengok awak sayer teringat dekat seseorang..ermm"

awek tu pun balas komen atas ni;

"eh ye ker? macam siapa tu?"

lelaki tadi balas;

"macam ex sayer. tapi dah lama putus wak, hurmm :("


***

macam haram punya komen.


ceh!

Friday, March 18, 2011

MENGHARGAI

Kadang-kadang kita perlu sedar yang kita perlu menghargai sesuatu. Mungkin pada kita menghargai itu sesuatu yang sukar. Sukar pada perbuatan juga sukar pada lisan kita. Tetapi pernah kah kita sedar yang kita perlu menghargai sesuatu. Tak kira lah sesuatu itu suatu yang baik atau yang buruk sekalipun. Ianya tetap memberikan kesan pada diri kita. Kesan itu juga akan menjadi ingatan untuk kita supaya menghargai apa yang terjadi.

Menghargai seseorang yang pernah singgah dalam hidup kita merupakan suatu yang amat penting. Seseorang yang pernah meninggalkan kesan dalam hidup kita tentu mempunyai cerita disebaliknya. Mungkin cerita epik yang seronok mencabar, atau semacam dongeng rakyat yang lucu tak kurang juga seram seperti telefilem Kekasihku Seru dan semestinya sedih seperti novel cinta bacaan remaja masakini. Semuanya ada cerita sendiri dan kita sahaja yang dapat merasakannya. Bagaimana rasa cerita itu, bergantung kepada bagaimana kita menghargai cerita hidup kita itu.

Mengungkapkan penghargaan kepada sesuatu mungkin suatu yang dirasakan amat berat. Timbangan ego yang berat amat menyukarkan mulut untuk menguntai kata-kata yang yang bertekstur penghargaan. Tingkahlaku juga begitu. Semua orang ada cara untuk menghargai suatu tapi sejauh mana kita ikhlas menghargainya. Sejauh mata kita betul betul menghargainya.

Belajarlah untuk menghargai sesuatu yang masih da di depan mata berbanding menghargai sesuatu yang telah tiada. Tetapi kita hanya kan menghargai sesuatu itu bila ia sudah tiada lagi. Baru kita akan berasa sesal kerana tidak pernah mengambil peluang untuk menyatakan penghargaan kepadanya. Ntatakanlah penghargaan kamu..

Thursday, March 17, 2011

GRADUASI


ALHAMDULILLAH.


GEMBIRA.


TERIMA KASIH ALLAH

TERIMA KASIH MAK ABAH

TERIMA KASIH GURU-GURU

TERIMA KASIH SAHABAT

TERIMA KASIH SEMUA.

Wednesday, March 16, 2011

MENJELANG ESOK

tak sabar menanti mentari esok bersinar. seperti juga rasa hati dalam ini. terujanya perasaan untuk menikmati detik-detik yang aku dambakan suatu yang indah esok. tibanya saat yang dinanti-nanti, secebis warkah jadi bukti untuk 5 tahun penuh dugaan dan cabaran. impian semua yang belajar untuk merasai saat-saat graduasi. alhamdulillah, jangka aku, esok adalah harinya.

keterujaan sebernarnya sedikit reda semalam. bila mana berjumpa dengan rakan-rakan yang seperguruan yang kini mencurahkan bakti diseluruh negara sewaktu sesi raptai. bermacam cerita suka duka yang terpacul dari mulut masing-masih. suasana ceria terpapar pada pelukan dan hlai tawa berkongsi cerita 2 bulan sudah berada di sekolah.

sesungguhnya, aku sendiri teruja untuk menantikan esok hari. bukan cuma hari keramat untuk majlis graduasi, tapi hari untuk bertemu mata dengan kawan-kawan baik yang sudah terpisah dek tanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan. tak sabar untuk bergambar bersama-sama seperti dahulu. bergurau senda dan bersama seperti tak akan berpisah seperti dahulu. aku sayang mereka.


***
tahniah pada rakan-rakan yang sudah melangsungkan perkahwinan dan mengikat tali pertunangan. dan esok mungkin datang bersama orang-orang tersayang, aku datang dengan abah, mak, kak long dan bakal abang ipar. inilah mereka yang tersayang yang meraikan aku esok. itupun sudah mencukupi tanpa ada orang lain yang berada disisi.

Friday, March 11, 2011

WALIMATUL URUS

dan akhirnya semuanya sudah terlerai. gua tidak lagi cuba menggapai bintang jauh. tidak lagi mengejar cinta lama. gua sudah berhenti berharap. semuanya gua serahkan pada ibu dan ayah. jodoh pilihan mereka dan gua ikutkan sahaja.

hei pada umur 24 ini, gua tidak mengharapkan kebahagiaan gua sendiri, sebaliknya gua letakkan kebahagiaan ibu ayah pada hadapan pertama. kerana, redha allah itu terletak pada ibu dan ayah.

gua serius. gua akan tamatkan zaman bujang gua dengan pilihan hati keluarga.




maaf kerana gua rahsiakannya selama ini.

RELIEF HARI JUMAAT

dalam keterujaan untuk jumpa yang tersayang tadi. gua sempat buat ini. eleh lu ingat lu je boleh buat video-blog ke? gua pun nak cari publisiti jugak! ah lantak la ni blog gua bukan blog lu!


video

eh lantak lah!

Thursday, March 10, 2011

CINTA ESOK UNTUK AKU

dan esok merupakan hari paling riang untuk aku. dalam hati suda ada riak-riak gembira terlonjak-lonjak. bakal bertemu yang tersayang. sesungguhnya aku merindui semuanya. sungguh aku teruja. semoga allah beri perlindungan dan keselamatan pada dia, agar dapat aku bertemu dengannya buat ke sekalian kali.


Tuesday, March 8, 2011

HEY, SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!

okey hari ini dedikasi ini tertuju khusus untuk ciptaan tuhan paling indah yang diciptakan dari rusuk Adam.

WANITA.

selamat menyambut hari wanita sedunia, macam biasa, aku rasa tak perlu satu hari khusus untuk memperingati jasa atau apa juga bentuk pengorbanan wanita, cukuplah tiap daripada kita sentiasa menghormati dan menghargai wanita-wanita sekeliling kita, walaupun kamu sendiri seorang wanita.

selamat hari wanita sedunia. wahai wanita di luar sana, ketahulilah bahawa aku ini menyayangi kamu semua!


jangan moody tak tentu pasal tau! hehehe


khas untuk kamu:


kasi faham betul-betul dia punya lirik dowh;

Woman I can hardly express,
My mixed emotion at my thoughtlessness,
After all I'm forever in your debt,
And woman I will try express,
My inner feelings and thankfullness,
For showing me the meaning of succsess,
oooh well, well,
oooh well, well,

Woman I know you understand
The little child inside the man,
Please remember my life is in your hands,
And woman hold me close to your heart,
However, distant don't keep us apart,
After all it is written in the stars,
oooh well, well,
oooh well, well,

Woman please let me explain,
I never mean(t) to cause you sorrow or pain,
So let me tell you again and again and again,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah) now and forever,
I love you (yeah, yeah)...

Sunday, March 6, 2011

MENDUGA part 2


hari ini cikgu baru tak menduga lagi. kali ini dia bawak rotan. tadi gua mengajar kelas sebelah dengan kelas cikgu baru tu. hari ini dia bawak rotan. sesekali bila murid bising digertaknya anak-anak kecil itu dengan rotan besar.

pang!

dilibasnya meja guru. semua muridnya diam menikus. menyorokan anak mata dari bertemu pandang dengan cikgu baru yang garang (comel) itu. diam sunyi kelas yang tadi hiruk pikuk dengan suara anak-anak murid mengomel-mengadu apa saja yang teragak dari fikiran mereka.

aku perhatikan saja dari jauh. lucu pun ada. terkekeh kecil sewaktu lewat di depan koridor kelas cikgu baru itu. gua saja lalu, mana tahu hari ini cikgu baru itu masih MENDUGA anak muridnya seperti minggu lepas.

jangan sampai gua pulak menduga hati lu! kah kah kah

SI MUKA CANTIK DAN HELAH BODOHNNYA

kalau setakat lu cari gua semula untuk lu betulkan atau ingin buat gua percaya kata lu, lu silap besar. helah lu dengan kata-kata pujuk manis biar gua percaya bukan? lu takut musuh lu akan bongkar semuanya pada gua?

kah kah kah.

sebab gua takkan lagi tertipu dengan muka cantik dan perwatakan lu yang plastik. suatu hari tuhan akan bongkar segala apa yang lu cuba sembunyikan selama ini. masa itu akan tiba perempuan cantik!

Saturday, March 5, 2011

ABANG SHIDI, KAK NOR DAN FAMILI

" tak apa lah rul, yang lepas tu jangan dikenang. nanti depan kaabah kakak dengan abang sidi doakan yang terbaik untuk rul" - kakak angkat aku bila ditanya hal peribadi. segan sebenarnya menjaja cerita cinta haprak aku. tapi pada dia juga aku luahkan rasa yang terbuku hingga sekarang. dia dah anggap aku macam adik dia.

semoga allah berikan perlindungan kepada abang sidi dan kak nor yang bakal mengerjakan umrah esok. semoga allah permudahkan segala urusan mereka dan makbulkan hajat mereka.

biar baru sebulan kenal. layanan keluarga mereka pada aku macam aku ini sebahagian keluarga mereka. bila ada orang perihal aku pada mereka, pantas jawab abang sidi "adik saya,"

mak abang sidi bahasakan dirinya mak dengan aku. panggil aku anak. layan aku seperti sebahagia keluarga mereka. alhamdulillah bahagia rasa bila ada keluarga sudi layan aku macam anak sendiri.

semoga allah pelihara keluarga angkat aku ini dengan barakah. amin

Thursday, March 3, 2011

MENDUGA

hari ini hari jumaat. sebagai guru bertugas hari ini gua kena pusing satu sekolah untuk periksa kebersihan kelas. gua guru bertugas minggu ini. satu kelas ke satu kelas lain gua ronda. gua perhati baik-baik segenap inci kelas. keceriaan, kebersihan dalam kelas, keadaan luar kelas dan disiplin murid dalam kelas. semua ada markah.

sampailah gua ke bangunan tahun satu. semua kelas nampaknya teratur dan kemas. baik-baik saja. hinggalah pada satu kelas; keadaanya agak kecoh sedikit. ada guru mengajar di depan cumanya anak-anak murid comel itu tidak berikan sepenuh perhatian pada isi pengajaran yang guru itu sampaikan.

gua masuk ikut belakang kelas. buat tanda mencatit ke arah guru tadi yang terus mengajar. subjek bahasa melayu gua teka dalam hati. sebabnya guru tersebut ada menyebut perkataan menduga. seraya satu suara nyaring dari belakang bertanya kepada guru. " menduga itu apa cikgu?" "menduga tu maksudnya menguji," balas guru tadi. "macam kamu menguji kesabaran cikgu la, cikgu mengajar kat depan, kamu bising-bising kat belakang tu," sambung guru tadi.

gua senyum dalam hati. terkekeh gua gelak - tapi dalam hati. selamat guru tu comel sebab itu gua tak gelak depan dia. dia luahakan perasaan pada murid yang tidak mendengar arahanya dengan contoh yang buaatkan aku tercuit. haha comel sungguh itu!

gua tuliskan markah untuk kelas itu lalu gua beredar dari kelasnya, dalam hati gua masih ketawa melihat dan mendengar situasi tadi. lebar sunyuman gua.



"cikgu baru, jangan sampai saya menduga cikgu pulak!" gua jerit kuat dalam hati.

kah kah kah!

HALIMUNAN

"Gua tau.


Sebenarnya gua ni halimunan. Sebab tu lu tak nampak gua.
Betul tak?
Kan? kan? kan?"



master of KLMJ merangkap mentor KLMJ gua.

Tuesday, March 1, 2011

INSYALLAH

tadi aku mengajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan kelas 4 dedikasi. aku beri penerangan, tunjuk gambar dan bersoal jawab dengan anak-anak mengenai topik yang dipelajari. setelah yakin mereka ini dapat menguasai objektif pembelajaran, aku berikan mereka kerja. salin jadual dan lengkapkan dengan maklumat yang betul.

satu kelas tekun menyalin dan menyiapkan kerja masing-masing. bila kelas mula sunyi aku keluarkan telefon bimbit. aku pilih tetapan muzik dan putarkan lagu. niat asalnya sebagai terapi supaya anak-anak ini tidak bosan semasa aktiviti pengukuhan -menyalin jadual dan lengkapkannya.

hinggalah pada satu lagu, INSYAALAH- MAHER ZAIN versi bahasa melayu. anak-anak ini ada yang mula tersengih-sengih bila intro lagu berkumandang. ada yang hafal, semua bait lirik meniti dihujung suci mereka. terdengar suara-suara kecil menyanyikan lagu ini.

hinggalah pada bahagian korus;

INSYAALAH, INSYAALAH, INSYAALAH ADA JALANNYA...

satu kelas bergema dengan alunan suara korus lagu ini. yang paling meruntun hati aku, bila bukan pelajar muslim turut sama menyanyi bersama. insyaallah, semoga allah beri hidayah islam pada mereka. mata aku berkaca-kaca, ada titis-titis air jernih bakal gugur. aku gagahkan supaya ianya tidak kelihatan depan anak-anak kecil ini.


***
aku mengharapkan adalah jalan dan sinaran baharu yang menerangi hidup aku untuk umur yang meningkat; 24 tahun ini. kerana aku sentiasa percaya allah sentiasa mebantu kau, aku, mereka; semua hambanya. insyaallah.


"Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu"