Sunday, January 11, 2009

Mesej Kawan Saya

aku nak post mesej dari seorang teman.tak tahu kenapa aku nak tulis mesej dia dalam entri ini. mungkin saja aku nak tarik perhatian dia. dan mungkin jugak mesej ini pun dipanjangkan dari kawan-kawan dia, entah aku pun tak tahu.

katanya;

Semalam kita jadi kawan,
kerana kisah silam,
hari ini kita masih berkawan, kerana janji semalam,
esok kita akan terus berkawan,
kerana hari-hari kemudian kita akan terus berkawan,
kerana esok kita ada azam dan impian.



* anda sayang kawan anda tak?

Thursday, January 8, 2009

Konfrontasi bukan solusi...

Entah kenapa, aku sedikit terkesan dengan tulisan dalam entri barunya. Berbaur marah, tekanan, benci atau ancaman mungkin barangkali. Aku faham entri yang itu ditujukan khas buat aku, yang pada hemat aku sendiri kini menjadi seterunya. Sadis. Ya sadis dengan aturan kata dirasuk emosi yang pada aku mungkin celaru.

Mungkin padanya aku yang mencetus konfrontasi pada awal cereka ini, dan aku mengaku kesalahanku; sedikit menekan dirinya tidak lama dahulu. Terus, aku mendiamkan diri; tanda berontak dengan kesalahan maha besar aku padanya. Diam. Ya diam tahu? Sepi, bisu dan membatu. Mungkin dia tidak ambil pusing dengan caraku ini. oh lupa, dia tidak kenal dengan caraku; lebih suka diam bila aku marah atau tidak puas hati mengenai sesuatu. Itu hanya dalam isu yang perlukan aku berkompromi.

Bidalanya terhadap aku dalam entri barunya sedikit kasar. Haha sedikit kasar bagi orang yang sensitif seperti aku. Anjing! Ya menyalak seperti anjing! Senyum. Aku tahu hati yang sedang marah ingin berkata-kata. Biarkan mulut kecil yang pipinya tembam itu mencarut seranah keatasku. Haha biarkan.

Aku sudah terbiasa dengan perlakuan sebegitu. Perlakuan seorang perempuan yang sedang marah. Aku pernah melaluinya di waktu sukar dahulu. Dan dia pun tahu! Sekali lagi membuatkan aku begitu lali dengan perangai seperti itu. Sama. Sama seperti mereka-mereka yang pernah aku ceritakan dalam entri dalam blog ini yang banyak sekali komen pembaca.

Mungkin ketika ini, telefonnya panas dengan panggilan dari teman-teman. Dimana dia sedang ditenangkan beberapa sahabat baiknya, mungkin juga sahabat yang tertulis dalam entrinya sebelum itu; supaya tabah, sabar dengan dugaan yang melandanya itu. Aku? Hakikatnya aku masih juga seperti dulu; seorang diri. Masih berseorangan. Mungkin aku seperti Jelita (lihat: sinetron Jelita, 2.30 petang TV3), menghadapi hari-hari malang dan tak putus-putus didatangkan dengan cobaan.

Dan senarai main aku bertukar sekarang. Tiada lagi Bigwig, Hewhocorrupts, atau Hellboms. Sekarang yang menjadi senarai main untuk mala mini hingga pagi eso adalah; Matahariku, Agnes Monica. Ya dalam mod loop, berulang-ulang.

*gua bukan hati plastik!

Kalaulah...

Kalaulah, disini diangkatnya menjadi medan;
Untuk melepaskan segala peluru amarah;
Aku siap menadah dada;
Biar tembus segala busur panah penuh bara dendamnya;
Menusuk tubuh kering ini.

Kalaulah disini ditabalkanya tempat menghambur segala cerca;
Untuk tempias bencinya dihambur;
Siap aku disini membatu susuk tubuhku;
Biar keluar segala buih-buih bencinya dari mulut kecil itu;
Terhadapku, yang amat dibencinya kini.

Kalaulah disini rasmi tempat membunuh segala muaknya;
Untuk menceritakan perihal jeleknya sikapku;
Akan aku hulurkan batang leher ini;
Untuk siap dicantas dengan tajam bicaranya itu;
Biar putus segala kesumat yang membelenggu.

Kalaulah disini tempatnya;
Aku siapsiaga.

Wednesday, January 7, 2009

Sakit...Hati.

Memulakan sesuatu untuk ditulis dalam blog dengan idea yang berada ditakat kering, merupakan sesuatu yang memualkan. Lebih mual dari perut yang penuh dengan rojak mee dan air ice lemon tea bergelen-gelen ditelan semalam. Urgh.. sebu!

Ramai yang bising, sebising ekzos mat rempit malam tahun baru yang minta aku untuk update blog ini. aku tahu ramai yang baca blog sampah ini, tapi kondisi aku bulan lepas memang tak memungkinkan aku untuk update blog. Sakit.

Pernah kamu harap untuk musibah atau penyakit meninmpa kamu? Pernah? Dalam kondisi kamu tertekan dengan sesuatu situasi yang membuat kamu betul-betul tertekan. Kamu harap agar penyakit datang menimpa, dan tuhan betul-betul beri apa yang kamu hajatkan itu.

Berada dalam keadaan tidak sihat amat tak seronok. Dengar Bigwig ambil dari Paan pun tak mampu membuatkan aku menggoyangkan punggung. Muntah tak keluar apa selain dari air hijau, membuatkan aku betul-betul lembik! Tak boleh bangun. Sendi memang sakit sangat. nak bangun memang kena papah. Chikungunya ke denggi pun aku tak tahu. Mungkin keracunan makanan. Biarlah. Benci sangat tak boleh nak aktif sangat.Tak boleh main sepak takraw! emosi memang tak stabil. Cepat marah, senang sangat nak naik darah.Sigh.

Mujur sekarang aku dah kembali sehat, dah mampu menyepak punggung kembali! Dan aku dah mula nak bernafsu blogging kembali. Tapi tak tahu la sampai bila. Aku bukan orang yang terlalu optimis sangat. Bila betul-betul aku ada passion, memang aku akan buat.

Ni kira aku update blog la ni kan. hahaha padan muka kamu aku dah buat kamu membuang masa baca bebelan aku ini. aku pon tak paham apa yang aku tulis. Mereng!

Tuesday, January 6, 2009

POST BARU?

aku tak gila nak post entri baru sekarang.
ada sesuatu yang buat nafsu blogging aku terbantut sekarang.
nanti la, rajin aku post entri baru.

*kau boleh ketawa disitu, aku? dibuang terus!

Monday, December 1, 2008

Apam bungkus yang killer!

Apam bungkus. Pernah rasa? Bukan kuih apam biasa yang boleh jumpa di mana-mana barkery sekarang. Ini apam tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat Negeri Sembilan. Mungkin ia sudah lama ditelan oleh modenisasi sekarang, namun masih ada yang masih meminatinya.

Apam bungkus yang paling popular dalam Negeri Sembilan ini, setahu aku adalah di Johol, sebuah mukim di Kuala Pilah. Dan baru-baru ini aku berpeluang untuk merasai sejauh mana kesedapan apam bungkus ini.

*teh susu dengan apam killer!

Aku sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang pandai memasak masakan tradisional. Tak kira lauk pauk atau kuih muih. Baru-baru ini ibu kesayangan aku telah membuat apam bungkus ini. Sangat sedap! Bayangkan minum petang di bawah pokok rambutan, bersama keluarga. Teh susu panas dengan apam bungkus yang masih baru diangkat dari pengukus. Selak daun pisang yang membalutinya, nah; isi apam yang berwarna perang kecoklatan sambil haba keluar dari dalamnya. Aroma wangi daun pisang yang membaluti apam merewang ke hidung kamu.. Ahh wangi!

Sekali pandang, apam bungkus ini fizikalnya kelihatan seperti kuih koci atau lepat kerana susuk apam ini dibaluti daun pisang. Tapi saiznya besar sedikit. Kalau di Johol, ia dibalut dengan daun rambai. Tapi apam bungkus buatan ibu dibalut dengan daun pisang. Ibu sedikit membuat inovasi dengan meletakkan inti kelapa didalam apam. Lagi sedap! Bila kita cubit apam gebu yang berinti kelapa itu dan suap didalam mulut, ummhh, kunyah ya kunyah lagi apam yang lembut lagi gebu itu, sedikit panas tapi teruskan kunyah dan telan. Hirup sedikit teh susu panas. Fuh memang sedap.


*apam merekah! perghhh

*set minum petang yang lengkap!

Pernah kamu lihat atau makan apam bungkus ini? Aku sangat merekomendasi kamu untuk mencubanya! Cuba dahulu baru beri komen. Kuih tradisional yang ‘rare’ begini memang payah dijumpai dijual di kedai-kedai sekarang. Kamu ada kuih tradisional yang ‘rare’ untuk dikongsi? Atau kamu memang tidak makan kuih tradisional sebegini? Oh saya terlupa, kamu hanya mengkonsumi makanan syarikat multinasional kapitalis itu kan. Betul? Patutlah kamu tidak faham apa yang saya coretkan ini. Sigh….

Saturday, November 29, 2008

Saya di tag?

Saya di tag? Ini tag pertama yang saya terima semenjak berjinak-jinak denga dunia blog ini. soalannya bahasa inggeris, tapi saya rasa selasesa menjawabnya dalam bahasa Melayu yang mudah. Kondisi tatabahasa bahasa inggeris yang agak terabur membuatkan saya lebis selesa menjawab dalam bahasa melayu sahaja. Tag ini dijawab setelah saya selesai menyeselasaikan kewajipan saya pada pukul 8.45 malam. Nah; ini jawapan saya.

1. The last person to tag you was ?

Mia maisara


2. Your relationship with him/her ?
Best friend. Tak pernah jumpa pun. Kenal melalui myspace dan jadi kawan baik! Tapi dia tulis saya scandal dia dalam blognya! Hehe dan ada orang cemburu dengan status itu! Percayalah tak pernah ada pun ungkapan cinta yang serius antara kami..kan mia kan?

3. Your 5 impressions towards him/her ?
1. Dari gambar dia dalam myspace tu, dia comel dan chubby..hehehe
2. Pandai menasihat
3. Pendengar yang baik
4. Suka buat orang ketawa
5. Tak banyak cakap tapi snagat mesra bila dah kenal dengan dia

4. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
Memberi nasihat untuk terus hidup dan bangun dari kekecewaan / frustasi yang agak teruk

5. The most memorable words that he/she has said to you ?
“tak ada apa lah.” Bila kita suruh dia explain semula apa yang dia cakap

6. If he/she becomes your lover, you will...
Hehehe..dia nak ke? Let say if la, akan cuba buat dia gembira lebih dari ex-bf dia dulu

7. If he/she becomes your enemy, you will...
Macam mana dia boleh jadi musuh, sedangkan dia selalu menyokong di belakang saya sewaktu saya mahu rebah?

8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on....
Hmm… yeah, kena banyak cakap! Hehehe

9. If he/she becomes your enemy, the reason is...
Dia kawan dengan bekas kekasih saya!

10. The most desirable things to do for him/her are..
I want to meet her someday. I hope it will come true!

11. Overall impression towards him/her is..
Seorang yang amat memahami orang lain.

12. How do you think the people around you will feel about you ?
Entah. Saya tidak peduli dengan apa yang mereka rasa terhadap saya. Saya lakukan apa yang saya rasa betul, hormat orang disekeliling saya dan tidak mengganggu hak mereka.

13. Who is your ideal ?
myself

14. What do you hate about yourself ?
Boros. Ya saya sangat boros dalam menguruskan kewangan sendiri!


15. For the people who care for you and like you, say something about them
terima kasih kerana masih menyayangi/suka diri saya. Ada ke? Saya rasa miss jawa musham denyut paling ‘care’ pada saya. Selepas tu baru mia. Hehehe. Saya juga menyayangi orang yang masih mempercayai kasih sayang dalam kehidupan yang semakin hari terhakis moral kemanusiaannya.


16. 5 people to tag answer;
siapa-siapa boleh buat.. Yang penting jangan terasa dipaksa dalam membuat sesuatu! Cadangan personel untuk jawab tag ini:

1. Rafi
2. Maryam
3. Hawa
4. Suzanna nor azmi
5. Timmy cacat