Tuesday, January 26, 2010

PANTUN KECHUNDANG

Aku ada empat rangkap pantun untuk dijual. Silalah asah bakat mengarang berpantun dengan beli mana-mana rangkap yang aku jual. Untungnya membeli pantun ini tak nampak dengan ukuran jasadnya, tapi sebaliknya kamu kaya dengan kehalusan budin dan ketajaman fikiran. Kamu harus mempunyai perasaan yang indah tetapi melahirkannya dengan pertimbangan fikiran yang tajam. Selamat mencuba.

beli di sini ya:

http://hatibisu.blogspot.com/

Monday, January 25, 2010

KEHILANGAN; CERMIN KEHIDUPAN

memang dah lumrah kehidupan, bila kita kehilangan sesuatu berharga atau yang penting, baru kita sedar atau betul-betul terasa dengan erti sebenar kehilangan itu. menghargai sesuatu itu akan lebih dalam rasa apresiasinya bila kita mengalami kehilangan. secara tidak langsung, refleksi tentang kehilangan akan semacam timbul pada kotak minda. punca, sebab, faktor dan apa juga istilah dimana bermulanya satu kehilangan itu akan terzahir dengan sendiri. sama ada secara sedar atau tidak, kehilangan pasti buatkan kita begitu sensitif dengan perkara itu sendiri.

emosi pastinya campur baur. semuanya jadi kacau dek kehilagan itu sendiri. kehilangan itu sendiri sebenarnya membuatkan emosi terkesan dengannya. emosi pula semestinya akan mempengaruhi tindak tanduk jasad itu sendiri. negatif atau positifnya tindakan jasad yang mengalami kehilangan itu bergantung pada akal yang mengawal emosi itu dan bagaimana tindakan yang dilakukan itu menzahirkan emosi yang mempengaruhi diri.

tidak hairan kalau dilihat banyak perubahan yang berlaku selepas kehilangan itu berlaku. tindak tanduk, emosi, penampilan, apa juga yang boleh menzahirkan rasa kehilangan yang dialami.

hakikatnya, kehilangan itu sendiri memberikan pengajaran berguna dalam bentuk-bentuk pengalaman. pengalaman ini pula yang bakal membina pengetahuan baharu dan akan dijadikan contoh untuk masa mendatang. bagaimana mengawal tindak tanduk serta emosi dalam tempoh trauma kehilangan itu, bergantung kepada sejauh mana seseorang itu bijak mengawal dirinya dari dipengaruhi emosi.

***
aku sendiri sedang dalam laluan menghadapi kehilangan. macam mana mahu melangkah keluar dari keadaan sekarang, cuma aku sahaja yang mampu buat. orang lain hanya mampu bagi kata-kata manis saja. tak apa, macam mana payah pun jalan ini, aku tetap tempuh. sebabnya ini jalan yang aku pilih...

Sunday, January 24, 2010

TERAPI SENI ORANG TAK FOKUS DALAM KELAS



kelas bimbingan kaunseling minggu lepas, semacam satu benda berat untuk otak aku hadam. bosan dan aku sendiri hilang tumpuan. jadi aku capai 'magic pen' dan kertas catit nota dan mula melakar. aku tak pandai melukis, apatah lagi mewarna. aku langsung tak ada bakat melukis dan mewarna, tapi subjek minor di sekolah nanti pendidikan seni visual. jadi aku cuba-cuba lukis apa yang aku bayangkan.

semester ini dalam subjek bimbingan dan kaunseling kanak-kanak ada belajar tentang terapi seni, jadi sebagai satu hujah bela diri sebab tak dapat beri tumpuan penuh dalam kelas, ini adalah hasil terapi seni aku. menang tak cantik tapi makna dia memang mendalam, abstrak! hahaha. sila beri markah dan komen.

P/s: siapa nak beli, harga boleh runding!

Wednesday, January 20, 2010

GUA RASA GUA NAK BERSARA.



gua rasa gua dah boleh bersara dari menyanyi untuk mynightville. gua rasa orang dah tak ambil tau lagi pasal band yang gua jadi tukang jerit ni. gua rasa personel-personel dalam band gua dah jumpa jalan yang mereka-mereka ni cari selama ni. gua rasa gua dah tak boleh bagi komitmen lagi untuk band ini. gua rasa gua patut undur diri sebab gua dah tak berapa into lagi dengan band gua sekarang. dan gua rasa jugak, yang sekarang ni, sound band gua dah tak macam sound yang gua nak masa mula-mula gua form band ni dulu. dan gua sedar sekarang budak-budak dah tak dengar fastcore. gua sedar hardcore sell out tengah trend sekarang. dan gua rasa gua patut bersara sekarang.

*ada siapa-siapa nak form band powerviolence ke sludge ke?

Tuesday, January 19, 2010

HATI BISU



http://hatibisu.blogspot.com/

lu orang jangan tengok. blog fitnah ni! dahla fitnah gua ni jiwang. gua bukan jiwang okey! gua sentimental je. tak payah la nak fitnah-fitnah gua! gua menci!

Sunday, January 17, 2010

DEDIKASI KHAS UNTUK BONDA


Dedikasi khusus untuk wanita yang paling aku cintai dalam dunia. Orang pertama yang aku letakkan sebagai orang yang aku cintai dulu kini selamanya. Wanita yang banyak berkorban untuk aku. Kasih sayang yang tak ada tolok banding. Mencintai aku semenjak 22 tahun lepas. Mencurahkan cinta semenjak roh ditiup pada jasadku. Mengendong 9 bulan 10 hari aku kemana larat kakinya. Apa yang aku mahu, semua pasti diturutinya. Melahirkan aku sewaktu ayah sedang bergegas memanggil bidan. Perit jerihnya hanya ditemani arwah nenek.

Orang yang memberikan aku peluang menghirup nyaman udara dunia, memberi susu badannya tanpa kira masa laparku. Terkenang cerita arwah nenek, aku semasa bayi kuat menangis malam, wanita ini yang tidak pernah jemu mendodoi hingga lena lelapku. Jarinya halus menyuap makanan sewaktu telapak tanganku hanya sebesar dua jarinya.

Bisa tangannya tak pernah lekang dari tubuh nakal aku. Tajam lidahnya marah dek kerenah aku semuanya aku ingat. Tapi belai manjanya paling aku tak dapat lupakan. Berumur 22 tahun ini pun aku masih boleh berbaring di ribanya. Tidak pernah mengeluh dengan perangai aku. Koleksi baju hitam aku dengan gambar menakutkan masih dilipat dan disimpan baik olehnya. Material audio bising kental-tepu juga tidak pernah dibakarnya. Sebaliknya disusun kemas dalam bilik aku.

Mulutnya penuh dengan kata nasihat. Itu ini semua diingat, supaya jangan sesat. Air tangannya jangan cerita. Masak lemak cili padi daging salai memang dia ahlinya. Asam pedas dia juga juara. Pesannya, kalau kahwin nanti biar selalu makan air tangan isteri. Jangan ada isteri cantik, mengurus rumah, memasak, mengasuh anak tak pandai.

Untuk bonda yang sangat dicintai, ampunkan dosa angah sejak angah lahir sampai besar panjang sekarang. Banyak sangat air mata mak tumpah sebab angah ni. Allah sahaja dapat balas pengorbanan mak selama ini. selamat hari ulang tahun kelahiran ke 47. Semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dibahagiakan dunia dan akhirat. angah sayang mak.

*menangis (T_T)

Lagu tema: ibu kau ratu hatiku.



Thursday, January 14, 2010

HARI JUMAAT HARI BAIK UNTUK PULANG KE RAHMAT TUHAN.

beberapa jam saja lagi, akan pulang ke rahmat tuhan. tempat dimana aku bermula. akan pergi jauh dari semua masalah, jauh dari semua tekanan. jauh menemui kebahagiaan mungkin. biar diluar mendung gelap berawan, sedikit tidak patahkan niat untuk pulang menemui rahmat tuhan. aku akan pergi jauh, jauh dari kamu. jauh dari hidup kamu. satu tempat yang tak mungkin kamu sampai. simpati sedikit pun tidak aku harapkan. ini yang terbaik mungkin. selamat tinggal. doakan aku gembira bertemu rahmat tuhan.




***

sayu



* lagu latar: pak long- selagi ada rindu