Sunday, July 15, 2012

KEMBALI JANGGAL

ianya suatu yang sukar untuk memulakan  semula  semuanya yang telah kita tinggalkan. janggal barangkali perkataan paling sesuai menggantikan klausa malas dengan nada helah bela diri paling mudah.

ya ianya suatu yang janggal untuk kembali menulis menjadikan medan ini tempat curah rasa sepertimana sebelum-sebelum dahulu. menjadi medan menempias rasa, membujuk rindu dan ataupun mengukir tawa dengan cuma hanya tulisan tulisan pada aku cuma menjadi bayang lisan aku untuk ditelaah. (?) (siapa saja membaca blog personal ini). heh

akan kembali, dengan izin maha kuasa.

ouh, mungkin juga beberapa perkara yang tidak akan senormal dahulu. tidak lagi kembali kepada asal ataupun berubah terus. mungkin.

nah lagu tema. gua tak tipu, ni  nada dering telefon murah gua. gua bukan macam lu orang pakai tablet, gua makan ablet bila perut gua meragam.


Wednesday, June 6, 2012

IRONI

satu saat kena belajar sesuatu dalam hakikat hidup ini. lumrah, manusia bila sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi. kan masih namanya manusia, sering lupa. lupa saat dahulu susah, lupa saat senang. seperti sudah tahu hujung ceritanya. hehe aku ukir senyum sahaja,





untuk apa kita berkawan?

"atau pelepas sepi cuma?"

Monday, May 7, 2012

MAAF, AKU RINDU

aku rindukan bulan penuh mengambang, tiada awan litup menghurung indahnya sinar bulan. langit jelas biru, bintang gemerlap bertebaran di angkasaraya. cuma temannya bayu malam, hadir bersama deru ombak di pantai pasir tambak yang jelas putihnya walau malam kiat larut. biar malam ini, bayu laut jadi teman, bunga api jadi akrab dan kita jadi seperti dulu. bila rindu memusnah ego. bila rindu menghapus marah. bila rindu jadi air pemusnah api benci. dan bila kata maaf terbit dari rindu. menghapus dosa dan khilaf.

dan malam ini, kita jadi saksi bilamana emosi, marah dan benci larut dengan untaian kata "maaf, aku rindu."


Friday, May 4, 2012

CURRENT DRUG

untuk bulan ini rasanya sudah dua minggu berturut aku gagahkan diri memandu seorang dari johor bahru ke kampung halaman di serting, negeri sembilan. dari skudai ke yong peng, ke labis, ke chaah, ke segamat, ke gemas, ke bahau dan terus ke serting. 4 jam paling lengah atas jalan raya.

penat dan stress hilang bila mana menjejakkan kaki dirumah keluarga tercinta. antara yang buatkan aku berkobar untuk balik ke kampung adalah; nur attiyah alisya. anak buah kesayangan.

dan baru hari ini aku tahu yang sebenarnya memangku atau mendukung bayi ini suatu cara untuk melegakan stress. bila mana bayi yang kita dukung, kita ajak berbual (walhal dia tak langsung faham), kita dodoikan sampai dia terlena merupakan saat yang paling indah. serius, aku teruja dengan pengalaman sebegini.

dan paling aku rindu bila mana aku berjauhan dengan keluarga dan pada attiyah adalah bau semulajadi bayi itu sendiri. natural dan menenangkan. haha mungkin pada orang ia suatu yang pelik. tapi inilah yang aku rasa sekarang. aku suka bau baby. 

*jangan tanya bila aku nak kelek bayi aku sendiri, sebab kau juga tahu aku tiada jawapan untuk soalan itu.


 tiyya masa tiga minggu ;)

Tuesday, April 10, 2012

NUR ATIYYAH ALISYA



pakngah sayang tiyya.

anak buah hati pengarang jantung gua.

Sunday, April 8, 2012

PINGGAN PORSELIN CORAK HATI

hati ini macam pinggan porselin. nampak cantik kuat dan utuh. hakikatnya ia tak seperti yang tergambar pada jasadnya. materialnya cumaan porselin. kalau dilambung tinggi tidak disambut kembali pasti jatuhnya berderai. bersepai.

tapi, yang bagusnya hati pinggan porselin ini, banyak manapun kali jatuhnya. akan selalu dikutip sisa serpih yang tadinya pecah merata, dicantum-cantum kembali. biarpun serpihnya halus, kalau dikumpul kemudian tampal dengan pelekat, pasti bercantum. tapi jasadnya sudahlah berubah. nampak cacat dengan sumbingnya serta kesan-kesan pelekat supaya terus bercantum.

tapi ruhnya, masih kental sperti dulu. masih lagi mahu menjadi penampung pada isi yang sedia berada diatasnya. biar apa pun yang mahu ditampungnya seperti gulai lemak cili api, pengat pisang, kuih kelepung sekalipun sanggup dia jadikan alas. biarpun pahit peria, basi makanan atau apa juga yang tidak enak diatasnya, selagi masih diperlukan. masih ia tetap menjadi sebuah pinggan porselin.

hinggalah riwayatnya suatu hari nanti berhenti bilamana jasadnya tidak lagi mampu menampung ruh dan jiwanya yang besar.

mungkin bila satu hari nanti, bila tak ada lagi pinggan porselin ini, orang akan berbicara, "kalaulah ada pinggan porselin dulu..". mungkin pada masa itu, hanya jasanya jadi kenang-kenangan.

atau, langsung tidak dikenang? manusia berubah bukan? siapa tahu kan?

Monday, April 2, 2012

PATAH HATI

gua dah berhenti menulis blog. gua patah hati dengan orang-orang sekeliling yang berpura-pura dalam kehidupan mereka. yang tidak mahu berterus terang dengan persoalan jelas memerlukan jawapan. jawapan yang ringkas tepat. ya atau tidak, mahu atau tidak, gua atau dia.

gua cari jawapan pasti,tahu?

dan gua juga patah hati dengan celcom. sama dengan gua patah hati dengan awak, you, dan semua yang pernah ada kena mengena dengan gua.

patah hati juga dengan orang yang tiba-tiba tanpa usul periksa buat tuduhan. kalau tak tahu tanya, jangan tuduh. ya kadang-kadang gua kejam, tapi kejam gua bersebab. takut nak tanya kenapa, renung-renung balik kenapa sampai gua jadi macam ni? kalu bukan sebab lu?

dah cukup. baik. gua berhenti.

fine.