Sunday, November 11, 2012

MULA SEMULA

bila dah lama tak update blog ni rasa kekok pulak nk menulis. bila jenguk jenguk entri lama rasa aku tak mampu nak tulis dengan kualiti macam dulu dulu.


nnantilah ila rajin rajin angin tengah baik,aku mula semua balik. ya dari mula.

Sunday, August 26, 2012

dah ada TEMAN PENGGANTI DI SENAI eh?

salam seminggu syawal.

semalam dari kampung terus balik ke johor menempuh sesak sesak lebuh raya aku diteman dengan halwa telinga yang aku dengar ulang-ulang, loop mode. exit jasin terus ke exit senai. tak berhenti ulang putar. tak tahu mana sedapnya, tak semena aku juga terbuai dengan indah puisi kata karya malique ni. 

rapnya sungguh melayu. bahasa dan susun katanya cantik. maksud mendalam. eh sedap la!



NICE ONE!

Friday, August 17, 2012

PERUTUSAN AIDIL FITRI

salam lebaran buat semua. minal aidil wal faizin. di kesempatan ini gua ingin menyampaikan ucapan selamat hari raya khusus buat semua yang singgah dan baca apa yang gua karutkan dalam sini. mohon ampun sepanjang gua tulis blog ni ada perkataan ada entri atau apa saja yang menyinggung siapa-siapa, gua dengan hati tulus ikhlas mohon ampun dan maaf.

tak lupa juga salam aidilfitri ini ditujukan khas buat emak yang sibuk masak rendang didapur, abah yang sedang jaga api lemang dan adik beradik yang sedang sibuk mengemas rumah, dengan ucapan;

tengah buat apa tu?



hehehe.
insyaallah sepanjang cuti gua ada dekat kampung, serting, jempol negeri sembilan. kot kot la singgah beraya rumah sedara mara dekat sini roger gua awal, boleh kita sembang panjang. baik, raikan kemenangan kita di bulan syawal dalam kesederhanaan dan keembiraan.
salam aidil fitri, 

chegu fakhrull & nur atiyyah alisya



* mak dia kemas rumah nenek, pak ngah dia kena suap susu la jawabnya.

Wednesday, August 1, 2012

SENTIMENTAL KE GUA NI?



gua tak tau kenapa gua boleh tertengok benda ni dan gua boleh melekat tengok sampai habis. tapi part 3:57 sampai habis ada buat gua rasa sebak sikit. eh ?


haih.. engko dah kenapa rul?

=_="

Monday, July 30, 2012

KUALA LUMPUR - SEPANJANG JALAN KENANGAN

saat-saat menyusur jalanan di kuala lumpur dua hari yang sarat dengan cerita lama memang suatu yang sukar. tambah bila mana, bila setiap kali jatuh tempat pandang gua, disitu pernah ada cerita. berbekas.
 
lebuhraya persekutuan, NPE, bukit bangsar, bukit kerinci, midvalley, gardens, monorail, lrt bandar tasik selatan, danau kota, kepong, sentul komuter seremban rawang. banyak lagi kalau gua nak letak.

 rasa bercampur baur. antara marah mencarut, kecewa, nasib baik, menyesal, kalau lah, dan ada jugak baiknya semua bercampur baur. 

soal kesetian, soal salah laku, soal kemaafan, soal curang, soal ragu, soal curiga, soal kemaafan dan soal peluang dan soal kenangan paling menjerat. air mata tak pernah tumpah, tapi kenangan tu pedih.

bila gua kenang-kenang balik, kenapa semua jadi macam ni, gua salahkan gua sendiri. Allah dah beri, gua yang tamak, tak pernah puas masih nak yang lain. bila dah dapat yang lain, gua tetap tamak mahukan yang itu sedangkan gua sendiri dah dapat apa yang gua nak. betul lah manusia tak pernah puas dan tak akan bersyukur dengan apa yang dia ada selagi bila dia tak hadapi kehilangan.
 
semua ni jadi sebab lu tak reti bersyukur fakhrul. lu kufur nikmat allah taala.mungkin juga balasan Allah taala. kalau ini takdirnya, gua terima dan berlapang dada.

gua menyesal dengan semuanya? 

tidak.

sebab gua percaya pada hikmah Ar-Rahiim.

allahurabbi.

pedih.

Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN #2


lagi sejam sebelum masuk waktu berbuka puasa bagi daerah jempol. antara nikmat sebelum berbuka puasa yang pertama untuk tahun ini.

dia punya rasa gembira tu ada lain macam sikit.

alhamdulillah.

;)

Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

ahlan wa sahlan ya ramadhan.

alhamdulillah ramadhan datang lagi. semoga bulan penuh barakah ini memberikan seribu satu kebaikkan pada semua.

moga tetap teguh dengan iman dan istiqamah dengan segala isi barakah ramadahan.

dan antara yang pastinya, insyaallah ramadhan akan menjadikan gua kacak dari kebiasaanya. sebab? sebab inysaallah petang petang gua akan sibuk memasak juadah berbuka tidak seperti selalunya lewat maghrib baru pulang dari gelanggang takraw.