Wednesday, March 31, 2010

MELAHAP NANGKA MADU ITU SANGAT GRINDCORE!



nampak gembira men-toqoq seulas nangka madu yang dah lama didendam dengan wayfarer baru. tapi hati dalam siapa tahu?

buah nangka je pun! kecoh siak.

*gambar hiasan. tiada kena mengena dengan entri.

Monday, March 29, 2010

AWAS! KALAU TAKUT JANGAN TENGOK KLIP VIDEO NI BERULANG-ULANG.

suasana praktikum yang sedikit mambuatkan aku tertekan memungkinkan aku untuk mengeluh panjang. aku rindu budak-budak kelas aku. diam tak diam dah 7 semester bersama. macam-macam benda dah harung. bukan lagi kawan tapi macam bersaudara dah. dalam asyik mengulit kenangan bersama budak kelas, aku tejumpa video ni. video seminggu sebelum keluar praktikum.

inilah jadinya kalau pensyarah tak masuk kelas. semua memekak buat kerja tak ada hala tuju. jadi dari kami buat kerja-kerja meruntuhkan akhlak, lebih baik kami melakukan sesuatu yang agak santai dan menggelikan hati. why so serius?

kalau nak tengok dengan perasaan yang gembira, sila ulang untuk beberapa kali. pastikan anda fokus kepada pelakon utama dan pelakon tambahan di belakang. pastikan juga anda meneliti tiap bait dialog yang diucapkan.

GUA REDHO

ALBUM GAMBAR KITA

di kaki bukit kerinci,
aku siat helai-helai gambar cinta,
dan carik-carik wajah gembiramu,
dari album kenangan,
yang disitu pernah ada kau, aku dan kita,
suatu masa dahulu.

bersaksi bukit bangsar,
aku renyuk-renyukan senyuman,
bergumpal dalam genggaman kecewa,
walau disitu pernah terlukis,
riang tertawa terpotret ,
yang sekarang sudah bertukar hiba.

aku koyak helaian cerita ini,
bab demi bab dan lempar jauh,
dari satu muka ke satu muka lain,
dalam dasar sungai gombak atau sungai klang,
biar dibawa arus, pergi menjauh menghilang,
tak dapat dilihat tenggelam kedasarnya,
kerana aku redha ini bukan cerita aku.


*karya asal disini:
http://hatibisu.blogspot.com/

Saturday, March 27, 2010

GUAAKULUKAU

"kenapa tulis lu-gua dalam entri kau sekarang? tak macam dulu lah. macam ikut trend blog orang je" ada yang berbunyi begitu.

okey macam ini.


aku rasa ada baikya aku kembali menulis entri menggunakan kata ganti nama yang biasa aku gunakan seperti dahulu-dahulu. menggunakan aku dan tidak gua. sebenarnya rasional aku menggunakan gua bukanlah mengikut beberapa blog yang menjadi rujukan utama aku, tapi sebaliknya lebih kepada biasan emosi. aku gunakan gua mungkin lebih santai atau meluahkan rasa marah. pada aku penggunaan gua lebih jujur dalam tulisan-tulisan berberntuk luahan, namun bunyinya agak sedikit kasar. betul?

memang tulisan blog ini serta inspirasi dan rujukan datang dari personel-personel yang bagi aku memang outspoken kata orang negeri sembilan. tulisan mereka jujur, dari hati terus ke jari. luahan mereka dengan susunan ayat memang sedap. ringkas, mudah faham dan kadang-kadang unsur kecindan nya jelas.

seperkara lagi, aku memang menggunakan lu-gua dalam percakapan aku. tapi bersesuaian dengan orang lawan bercakap dengan aku lah. kawan-kawan baik yang rapat memang guna lu-gua dengan aku. kena ikut situasi dan persekitaran lah. pakai mana yang sesuai.

okey. lepas ini aku kembali tulis entri guna aku boleh? dalam pada masa yang sama aku guna lu-gua bila situasi dan emosi yang memerlukan aku berbuat begitu.

minta maaf kalau keterlanjuran kata okey!

Monday, March 22, 2010

KENANGAN MENGUSEK JIWA - A.RAMLIE



gua tengah stim tahan sebak layan ini. ada satu lagi video tapi tak boleh letak pulak. gua letak yang ini. lu orang tak layan tak apa. yang gua nak cerita, dia punya lirik. memang mengusek jiwa gua sekarang ini.

gua tak perlu lagu rock cintan untuk layan rasa gua sekarang. tak perlu lagu emo rabak macam from autumn to ashes untuk layan rasa sedih kelopak mata gua. tak perlu telan ubat batuk macam dulu-dulu nak hindar frustasi. jauh sekali perlukan orang konon boleh jadi bahu bila gua perlu disokong waktu-waktu begini.

macam biasalah, hakikatnya gua tetap sorang-sorang. macam mula-mula gua bermula dulu, seorang-berdua-dan kembali seorang. gua tak kisah. memang dah nasib gua agaknya kena main-mainkan dengan perempuan. gua redha. sebab gua tahu, gua bukan lelaki baik.

gua dah berhenti berharap. tak mahu mengharap dan jauh sekali mengharapkan yang lama datang semua dalam hidup gua. gua boleh move on macam dulu, jadi gua akan buat. gua tak perlu nak melatah macam dulu-dulu, sebab semua ni jadi gua dah jangka. tak apalah. biar ambil masa lama pun, gua sanggup.


gua perlu seorang wanita istimewa yang boleh faham diri dan dunia gua dan tahan kerenah gua. lu orang ada jumpa? kasi kenal dekat gua lah. gua nak buat stok isteri. gua serius!

Friday, March 19, 2010

GUA TAK MAHU BALIK BANGI!! APA NAK JADI LANTAKLAH!

baik. ada banyak kemungkinan yang buatkan gua berat punggung untuk angkat kaki kemas baju dan berambus pulang menghadap hari-hari penuh tekanan di bangi. praktikum yang masih berbaki enam minggu buatkan hati gua masih resah dan tertekan dengan kerja-kerja yang melambak-lambak.

kemungkinan utama dan sebab utama gua tak mahu balik bangi; masakan mak yang tiada boleh dilawan! gua cerita masakan mak gua hari ini saja. tengah hari tadi mak masakkan juadah yang buat nafsu makan gua rabak. kecur air liur tahu? mak masak gulai lemak cili padi burung puyuh salai. kalau dah namanya pun orang negeri sembilan kalau tak makan masak lemak memang tak true! bagi gua seminggu tanpa masak lemak semacam tak lengkap. semacam ada facebook tapi tak update status, macam ada twitter tapi bila lu update status orang bolayan! ha macam tu lebih kurang analogi gua kaitkan.

makan malam pula, gua sengaja suruh mak tak payah masak lain, panaskan gulai tengah hari cuma tambah telur dadar ayam kampung. campur cili padi dengan bawang dan tabur sikit daun sup. memang buatkan peluh memercik halus dari ruang-ruang roma. kalau lu orang tak tahan pedas, jangan berani cuba. silap meleleh air mata tak pun air hidung sambil mata lu orang merah!

usai makan malam, aku dengan abah saja duduk dekat laman rumah. ambil angin malam. mood malam memang layan, abah bakar rokor surya sambil layan radio malaysia negeri sembilan. lagu retro zaman A.Ramlie. abah memang layan. tengah duduk-duduk layan angin malam sambil berborak dengan abah, mak gua datang. datang bawa bubur jagung! pekat! jangan cerita dia punya lemak. air teh panas siap asap-asap.

amacam? dapat lu orang bina imaginasi dengan entri tanpa gambar kepil gua? nak cuba mari ikut gua balik rumah. rumah gua sentiasa terbuka pada tetamu!

sebenarnya, inilah sebab utama gua malas balik bangi! air tangan mak gua ni memang lain macam. penangan mak gua pun boleh tahan juga. gua kecik-kecik selalu jugak berbirat kena dengan mak gua.

gua rasa kalau tiga bulan terus-menerus gua duduk rumah makan tido dengan masakan mak gua yang semacam ini, yakin dan percayalah perut gua kan memboroi kehadapan sambil pipi gua berisi daging gebu yang membuatkan gadis-gadis hangat mahu mencubit manja!

***
perhatian pada gadis-gadis hangat luar sana:
GUA NAK CARI CALON ISTERI YANG PANDAI MASAK MACAM MAK GUA.

Thursday, March 18, 2010

TANGAN YANG MENGAPAI

solidariti buat kanak-kanak kecil yang tidak berdosa didera dan dibunuh kejam kebelakangan ini. gua titipkan bersama lirik lagu yang berkisar tentang penderaan. masa gua kecik dahulu selalu dekat televisyen RTM main lagu ini. ramai artis yang nyani lagu ni. yang gua ingat rohana jalil, bpr, to'ki kalau tak silap. gua puas cari mp3 dia tapi tak jumpa. jadi gua letak lirik saja.

solidariti buat kanak-kanak tidak berdosa bernasib malang.

***
Tangan Yang Mengapai
Artis : N.S.R
Lagu : Dennise
Lirik Terbitan : S.C.A.N.

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai

Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh luka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang
Peri kemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan

Atas kesedaran
Mari kita pastikan
Kisah yang sedih
Tidak berulang