Friday, June 21, 2013

BICARA ABAH

Cuti sekejap aku manfaatkan untuk pulang ke kampung halaman untuk tujuan pokoknya berbincang perihal yang serius dengan keluarga. Alhamdulillah ada kata putus diambil dan sepakat menunggu langkah seterusnya. Bila orang tua tua berkata-kata lebih baik pasang telinga dengan cermat ambil betul betul mana sendi, mana inti mana yang boleh disuai pakai dalam kehidupan. masin garam mereka dulu rasa, pahit peria awal lagi mereka rasa manis madu lidah mereka awal dah merasa. tua - padanlah dengan perbidalan melayu lama. makin tua kelapa makin banyak santannya. sebolehnya aku cuba untuk memperoleh secangkir santan tua berlemak pekat dari abah malam ini.

Bermula dari perihal amalan dalam kehidupan hinggalah ke tahap yang serius menjurus hal hal kerohanian yang abah sentuh. Aku cukup pasang telinga kalau abah berbual sebegini. Kalau abah nak beri sesuatu dalam lisannya kadang-kadang tak secara langsung. Tinggi kiasnya mendalam tersuratnya. perumpamaannya mudah. contohnya ringkas. ruang lingkup bicaranya pun sekeliling kita. pendek kata berbicara dengan abah memang senang bila dikupasnya sekali bersama contoh. tak susah nak hadam tak payah nak mencerna.

Malam makin larut. Semahunya aku cuba panjang lebarkan tinta lisan abah berbicara. Ada saja yang aku persoalkan. Ada saja yang aku minta pendapatnya. Ada cerita yang pernah abah ceritakan sengaja aku buat seperti tidak pernah kedengaran. Hanya untuk mahukan celoteh abah larut bersama kelamnya malam melewat. selang seli ada cerita kecindan disambut kekekan kecil kami. terkadang ada juga yang cukup membuatkan bulu roma berdiri dan juga ada yang seumpama paku tajam abah tanamkan dalam perasaan. cukup serba serbi dalam bicaranya.

kemuncak perberbualan  mata makin layu, perbincangan juga menjadi makin longgar kian tenang bersama malam dan grafnya kembali menurun tidak seperti awal-awal tadi. cukuplah apa yang abah beri malam jauh lebih bermakna sudah ini. sebelum akhirnya abah sempat berpesan sesuatu. dalam maknanya. tinggi kiasnya. setuju rasionalnya. kata abah;

"Jangan merendah-rendahkan orang yang berbuat kebaikan dan berpesan kepada kebaikan, walau akhlaknya tak seindah perbuatan. Boleh jadi, dia lebih mulia dari kita ini yang perasan sentiasa berbuat kebaikan,"


abah bahasakan aku ke apa ni?

Saturday, June 15, 2013

MENCAPUBMUR

kalau suatu masa bergelar murid sekolah dahulu aku sentiasa terdetik untuk menjadi yang lain dari kebiasaannya. sentiasa ingin menjadi ganjil dari yang biasa-biasa. selalu meninginkan yang istimewa dari yang lain-lainnya. mencari perhatian barangkali paling sesuai dalam ungkapan frasa yang lebih tepat. menjadi perhatian bila mana berbeza dari pelbagai segi. bukan bersikap anti-sosial tapi lebih kepada perhatian sosial yang lebih. istilah kejinya mencapub (mencari publisiti)

ssalah satunya yang selalu aku suarakan pada mak dan abah adalah bertukar sekolah. kalau masa sekolah dahulu, selalu yang menjadi perhatian adalah murid yang baru berpindah ke sekolah dari sekolah lamanya. menyesuaikan diri pada persekitaran baharu sebenarnya suatu yang agak janggal namun, pada perspektif aku ketika itu ianya suatu platform yang boleh dikira sebagai batu loncatan untuk mencari publisiti. lucu tapi itulah yang selalu aku utarakan pada mak dan abah.

selalunya murid baharu sering jadi perhatian. serba serbi orang nak tahu. dari segala hal jadi perhatian. ramai kawan baru cuba nak bina hubungan baik, nak kenal-kenal. perhatian khusus bila waktu belajar. murid baru akan bangun dan diminta perkenalkan diri. bab tarikan berlainan jantina pun suatu bonus. haha sungguh! pasti ada yang minat dan beri surat layang intipatinya mahu berkenalan! ini realiti. pernah ada rakan sekelas juga budak baru yang berkongsi meja dengan aku.

mungkin semuanya mampu bertahan dalam bulan bulan awal perpindahan sekolah tersebut dan ianya makin berkurang dari hari ke hari. tapi yang akan kekalnya gelaran budak baru tu. "oohh Razip budak yang baru pindah tu ke?" kan? masih juga lekat gelaran tu!

dan tiap kali hujung tahun persekolahan aku akan selalu bertanya pada mak dan abah.
"kalau tahun depan, tukar sekolah amacam, mak?"

dan tiap kali itulah mak akan jawab;
"banyak ringgit den nak tukar kau keluar masuk sekolah?"

dan setiap kalinya mendengar jawapan mak. aku akan selalu pasrah yang aku tak akan jadi murid yang baru bertukar dari sekolah lama. namun angan -angan untuk jadi budak baru yang sentiasa menjadi perhatian tetap utuh dan kental dalam kepala aku.

Sunday, March 3, 2013

PERUTUSAN HARI LAHIR KE 26

terima kasih atas ucapan dan ingatan sempenan ulang tahun kelahiran yang ke 26. tak banyak benda gembira yang dapat dikongsi sempena 27 februari yang lepas. namun, setinggi penghargaan buat insan-insan yang masih cuba menggembirakan kala umur meningkat lagi setahun.

ya, ramai yang mengungkapkan "tua" dari celah-celah ucapan mereka. tak kurang yang mendoakan semoga cepat ketemu jodoh, nikah-kahwin dan perkataan-perkataan lain yang membawa maksud jelas rumah tangga dan hal berkaitan dengannya. terima kasih atas doanya!

terima kasih juga atas kejutan yang tak terduga, baik yang manis baik juga yang tidak. dan akhir sekali penghargaan khas buat personal dan satu entiti penting dalam kehidupan aku; Mak dan Celcom. Mak telah memperkenankan permintaan pulut kuning dengan sambal tumis ikan bilis sempena hari lahir gua dan Celcom seperti biasa masih memberi panggilan dan sms percuma kepada 15 nombor yang dipilih. terima kasih atas hadiah. (walaupun aku tak guna langsung panggilan percuma tu)

semoga allah memakbulkan doa teman teman yang mendoakan dan allah memberkati kita semuanya. terima kasih atas ingatan, ucapan doa dan harapan. allah sahaja mampu membalasnya. maaf jika ada wallpost yang tidak berbalas, mesej tak berjawab, panggilan tak berangkat, mungkin terlepas pandang. makin besar umur kita, makin dekat kita ke alam kubur. semoga kita semua mendapat umur yang barakah. amin.

p/s: maaf tak ada gambar kek dan hadiah mahal nak letak. kalau la ucapan tu berbentuk pepejal atau punyai jisim pasti aku abadikan disini, tapi nilai esensial ucapan itu sendiri yang tinggi cukup meninggalkan kesan dalam hati sanubari aku ini.

Sunday, February 24, 2013

SELALU & JARANG

kita selalu saja persoalkan apa yang orang buat untuk kita. tapi kita jarang persoalkan apa kita buat untuk orang lain. kita selalu cakap apa kebaikan kita dah buat dekat orang lain tanpa memikirkan apa kebaikan orang dah buat kepada kita. kita selalu cakap, kata-kata orang mengguris hati kita, tapi kita jarang renung semula kata-kata kita mengguris hati orang lain. kita selalu minta orang lain untuk jaga hati kita, tapi kita sendiri jarang untuk jaga hati orang lain. kita selalu persoalkan kelebihan orang lain, tapi kita jarang melihat kekurangan diri kita sendiri. kita selalu mengaku berkorban untuk membahagiakan orang lain tapi kita jarang lihat apa yang orang lain korbankan untuk melihat kita bahagia.

mana satu yang banyak? 



SELALU atau JARANG?

Thursday, February 21, 2013

KARMA

"buat baik berpada-pada rul," detik hati aku jauh dari sudut paling dalam.

membantu orang dalam kesusahan itu suatu yang dituntut. bantulah dengan apa mampunya. - itu pesanan yang aku pegang selama ini. biarpun telah pernah ditipu dan diambil kesempatan beberapa kali, hati kecil ini mudah sangat memberi bantuan pada orang yang memerlukan. mungkin hati ini mudah simpati. 

tak apalah, bukan rezeki aku.

mengharapkan bila aku susah nanti, ada fadilat bantuan aku dahulu datang membantu. umpama becucuk tanam untuk simpanan hadapan.

kalau sungguhpun tak dapat membantu, cuma aku harapkan ada yang menguruskan jenazah atau mengusung jenazah aku atau paling tidakpun sedekahkan aku doa untuk bekalan di dalam sana.

Sunday, February 10, 2013

KERJA, KAHWIN DAN SETAN DALAM DIRI

cuti tahun baru cina bermula. alhamdulillah seminggu ini bakal diisi dengan benda bermanfaat rancangannya dan sebagai permulaannya hari ini (ahad) memenuhi undangan perkahwinan anak jiran belakang rumah mak abah ni. tinggal dalam kelompok satu blok, duduk di tanah rancangan felda ni memang seronok sebab serba serbi masih dibuat secara gotong royong, walau anak muda kian menjauh meninggalkan felda bumi permata ini.

biasalah bila jarang balik kampung dan hadir pada kenduri kendara sebegini, ramai yang bertegur sapa. lama tak jumpa panjang juga cerita. di negeri sembilan, jika anda diberikan bunga duit dan tuala good morning, tandanya anda 'orang pangkal' atau orang tuan rumah atau sesetengah tempat digelar kendarat atau penanggah yang bertungkus lumus menjayakan kenduri pada hari berkenaan. ya aku awal-awal mak dah ketipikan sekuntum bunga duit dan pesan mak "tolong-tolong sikit apa yang patut, jangan curi tulang,". aku anggukkan saja.

dua cerita yang menjadi tajuk utama bila aku bertegur dengan pakcik makcik jiran sekampung waktu waktu kenduri begini. pertama, perihal perkahwinan dan kedua perihal penampilan. jarang jumpa memang panjang cerita! kenduri kahwin ni aku pilih untuk bertugas di departmen air. siap-siap tuangkan air untuk tetamu dan kemas gelas gelas yang sudah dipakai.

"cuti lama jang?" tanya seorang pakcik. oh lupa di kampung aku digelar Ujang. "ada dalam seminggu cik, hari jumaat aritu sampai," jawab aku ringkas. "kerja kat mana sekarang ni jang?," berbual makin rancak. "saya di skudai sekarang pakcik, 3 tahun dah kerja kat sana." berbalas bual. "tulah, untunglah kerja cikgu. anak pakcik yang baru habis belajar ijazah tu tak dapat kerja lagi, sekarang kerja jual kereta dekat bahau. kalau tak kerja hutang belajar macam mana nak bayar kan," sambungnya lagi. "insya allah, ada rezekinya tu nanti pakcik," aku jawab ringkas. tak tahu apa motif soalan pakcik ni. ingat kerja gomen ni sedap sangat ke? jagi besar sangat ke kerja gomen ni? atau nak aku patahkan hujah dia dengan hujah-hujah politik? detik setan dalam diri. aku lemparkan senyuman dan teruskan lap gelas.

"bila nak kahwin jang?," tanya sorang lagi pakcik. "insyallah bulan 6 nanti pakcik," aku jawab serius. "bulan 6 ni?" jegil matanya persis tak percaya. "tahun tak tahu bila cik, hahaha," aku seloroh. "kalau dah ada jangan tunggu lama-lama. apa nak lagi. jangan tak jadi." katanya lagi. aku balas dengan senyuman meleret. jodoh tu aturan Allah, kalau bercinta bagai nak rak gebang sana sini akhirnya tak jadi, macam mana? mana nak sorok muka? Anak pakcik dengan pakwe dia yang bergambar laga pipi dekat facebook bila nak bernikah? tanya setan dalam diri aku lagi. aku zahirkan dengan senyuman lagi.

"anak pakcik sekarang kerja dekat luar negara, alhamdullillah sebulan dia bagi pakcik rm3000. ni nanti bulan 3 dia nak hantar pakcik pergi umrah. kau kerja apa sekarang jang?," tanya seorang pakcik berkopiah hisap rokok elektronik. mungkin anak kerja luar negara belikan agaknya. "saya kerja makan gaji dengan gomen je cik. alhamdulillah murah rezeki anak acik," jawab aku ringkas. rezeki masing-masing lah, eh anak pakcik lelaki kerja luar negeri mana? tak datang tolong kenduri jiran sendiri ke? setan dalam diri gua bertanya lagi. gua masih zahirkan pertanyaan itu dalam bentuk senyuman.

"wahh jang, lama tak jumpa. duduk mana sekarang?," seorang pengurus ladang menurut kata emaknya yang sibuk menceritakan perihal anaknya yang seorang itu kepada  mak aku. "aku kerja dekat skudai, ni balik cuti seminggu." jawab aku lagi. "wah sekarang dah berjambang bagai, dah macam bangla ke taliban ni," nada sinis sambil cuba meraba jambang aku. "sunnah nabi bang, jambang kemas tak apa, tak serabai," aku jawab sambil tepis-tepis tangan miang pengurus ladang tadi. setan dalam diri berkata lagi; aku bela jambang bukan bela bulu pubis, bukan aku mintak duit kau hantar jambang ni servis tiap-tiap bulan, ada aku mintak kau tolong trim jambang ni tiap pagi sinin dengan jumaat, ada? bulu aku, aku jaga, bulu kau kemaskan sendiri! aku kembali senyum.

banyak lagi kisah siri berbual perihal setan, pakcik dan kenduri kahwin ni. tapi inilah tajuk utama yang buat aku terkemam-kemam bibir tahan setan dalam diri masa tuangkan air untuk tetamu majlis tadi. dalam hati setan bakar-bakar balik terus dan update blog. tapi waras akal aku menyatakan jika aku balik, mana aku letak air muka mak abah aku. ada anak jantan bujang, tapi kenduri jiran tak tunjuk muka tak buat kerja atau muncul cuma bila waktu makan? dan realitinya banyak lagi cerita menarik boleh dikongsi dan diborak panjang lebar selain perihal belajar, kerja, kahwin dan politik yang pada aku secara peribadinya mengundang jalan malap untuk berbual rancak. serius, isu tepu!

Thursday, February 7, 2013

PROFESYEN KEGURUAN KIAN MENCABAR. BERITA HAIRAN - 8 FEBRUARI 2013


JOHOR BAHRU - peredaran zaman yang semakin maju kini membuatkan tugas guru hari ini kian mencabar, tidak hanya tugas hakiki, tugas pengkeranian juga tugas dalam kelompok masyarakat. ketahan fizikal dan mental menangani pelbagai dugaan dan masalah mendatang amatlah dituntut dalam profesion keguruan.

fakhrull razak, 24, guru muda yang baharu sahaja 3 tahun berkhidmat dan masih menunggu pengesahan jawatan kini didapati mengalami masalah kemurungan melampau tahap kedua. beliau ditemui ketika majlis akikah sempena sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dekat sini.

"saya sedih dah lama tak dapat balik kampung selalu, lagi ni lembu kena lapah pula, tapi demi sambutan maulidur rasul peringkat SK kangkar pulai, saya gagahkan jugalah," ujar beliau lagi juga bekas penyanyi kumpulan thrash-hardcore tidak terkenal, mynightville.

fakhrull juga merupakan jurulatih sepak takraw sekolah menegaskan lagi kehidupan sebagai guru baharu bukanlah mudah seperti yang disangkakan. gaji yang tidak seberapa dan kerja lebih masa juga bukan lagi suatu masalah bagi guru-guru masa kini ujarnya. Fahkrull yang masih bujang dan masih mencari teman hidup juga menegaskan kerjaya guru yang mencabar kini menjadikan beliau tidak sempat untuk mencari pasangan hidup secara konsisten. - BERNAMA