Monday, July 27, 2009

Pakaian Formal Hari Ini.

Pagi tadi macam biasa bangun awal, mandi tunaikan kewajipan pakai baju seluar sarung jaket capai helmet tunggang motor terus ke sekolah. Setiap kali berhenti di lampu isyarat mesti mamat-mamat bawak motor berani daring sekali sahaja. Tak tahu kenapa.

Sampai di sekolah, guru senior tegur. “ bro lawa jacket!”. Aku hanya angguk tanda setuju. Pelik, kenapa hari ini baru mereka perasan jaket aku yang satu ini. Ah persetan semua, terus ke pejabat untuk tandatangan kehadiran harian. “cikguu..” Dua orang budak nakal sekolah lalu sebelah aku sambil menyengetkan badan seolah mengelak dari ditempeleng oleh aku. Hairan! Aku tidak berniat langsung hendak buat apa-apa serangan fizikal pada mereka.

Letak beg, aku terus ke perhimpuanan. Gaya macam cikgu disiplin ‘malam tadi tak dapat’. Muka aku buat-buat garang jalan macam bagus. Di perhimpunan murid sangat bising umpama bertawar harga dengan pemborong ikan dipasar. Diatas pentas seorang guru perempuan sedang kalut menyuruh murid-murid diam jangan bercakap. Namun segala teguran cikgu itu tak diendahkan. Murid perempuan tetap bergosip tak berhenti di belakang, yang lelaki siap ada battle shuffle kaki cacat di sudut kiri sebelah belakang dekat dengan kantin sikit.

“cikgu tolong sikit suruh budak-budak ni diam,” kata cikgu senior tadi yang gagal mengawal murid untuk diam. “boleh,” aku jawab selamba. Aku capai mikrofon, “ehem…” aku betulkan kotak suara yang agak parau ini. Tiba-tiba budak-budak semua diam. Yang bersembang terus berhenti. Yang berkumpul buat battle shuffle terus beratur masuk dalam barisan. Semuanya senyap sunyi. Semua mata tertumpu pada susuk tubuh aku. Aku pelik. Aku serahkan kembali mikrofon pada cikgu perempuan tadi. Lalu turun terus pergi bilik persalinan untuk tukar baju untuk pendidikan jasmani. Kepala masih kebingungan.

Sampai depan cermin masa hendak tukar baju, aku lihat diri aku sendiri. Hahaha aku ketawa sendiri. Patutlah pun mereka-mereka macam tengok makhluk asing tadi.






29 comments:

qishie said...

waaah~che'gu kiut seh...


*muntah*muntah*

faqhrule said...

qish:
u baru tau ke chegu ni kiut?
berapa bulan anak saruk skarang? wawawawa

LuVidA^^ said...

wahwah...cm stylo je bju tu..kehkeh :P

faqhrule said...

luvida:
hahaha stylo ke?

qishie said...

duh~
perasan betul la che'gu ni.
ini cuma hyperbola..
realitinya tidak~
hehehe...


mana la saya tau anak saruk berapa bulan.
bukan saya yg buat saruk mengandung!
che'gu tny la perut saruk sendirik~

hahahaha..
bangang sungguh che'gu ni.

faqhrule said...

qish:
ini nyata bukan ilusi tahu?

qishie said...

tak.

che'gu saya berpendapat nape murid2 tu senyap tem che'gu buat bunyi kahak tu.
dorg saspek cekgu H1N1.

so semua dalam hati,"im dying...omaigod!"

heee

faqhrule said...

qish:
bunyi kahak macam ni----> hakkkk tuihhhhhh. chegu berdehem je

Lionel Azry said...

cikgu nak pergi gig ape?

faqhrule said...

saruk:
osman tikos

Azri Rotten said...

skola ko ni xde ustad brutal2 ke. skola aku dulu ustad lagi ganas dari cikgu disiplin. sape yg pandai2 shuffle dlm surau tu nnt masuk class mate merah. jatuh saham dpn awek. ade sekali cikgu2 mude panas2 motor dlm skola, esok dorang nak balek, tayar kene padlock.

WaNnY said...

rupenye cekgu faqhrule sangat stylo.
eh, correction, baju cekgu yang stylo sebenanye ;D

lalala~

sharamli said...

murid2 baru nak pehimpunan..cekgu dah kalut nak salin baju pj..mna b0leh..

dobot said...

cekgu hc, satu dalam seribu kott.
;P

**suzenisme** said...

i xphm la.. u lupe bukak jacket tu ye? explain2!!!

faqhrule said...

fifa:
tak ramai yang taw chegu mcm ni..

shu zen:
haha u interpretasi la sendiri

Freeviolence said...

Punk mmg akan selalu dipandang sinonim dengan keganasan.. mungkin penampilanya yg nampak ganas..nampak jer ganas tapi hati lembut huhu

faqhrule said...

akhda:
hehe biasalah tu. punk sangat stagnant dimata masyarakat kita. tak semua punk itu negatif kan, ada juga yang positif ada juga yang baik,cute, comel macam tuan punya blog ni kan kan?

qishie said...

che'gu kenapa kalau saya pakai pakaian cam che'gu ni kat rumah,tak ada siapa yang takut?malah saya mungkin dilempang?
huhu

faqhrule said...

qish:
sebab ayah kamu mufti selangor
anak2 mufti mana bleh jadi punk haha

Kasut Pink said...

Takut nk komen.. klu komen ikhlas nnt takut ade yg terguris.. so, duk cnie dediam... tp chekgu nmpk stylo..

faqhrule said...

kasut pink:
elehhhh ayatt

qishie said...

woi!delete la sengal komen ko tu!

DIK AN said...

"Yang berkumpul buat battle shuffle terus beratur masuk dalam barisan." - parah budak sekolah skang.

giGGLe said...

cikgu rock...
dtg tuan syed time 2 abes...
hahaha

Pais Chaos said...

gi skolah buat rambut mohawk la bru stylo..

dobot said...

ahahah
ter-baeekkkkk !
;)

Rajuna said...

macam setan.
kalau aku cikgu senior, siap ko. aku terus bagi 2steps siap dengan tangan helikopter sekali.

ZARA 札拉 said...

pergh!

gila ahh!

serius pakai camtu pergi sekolah?

aku sudah kekaguman nih~