Sunday, January 17, 2010

DEDIKASI KHAS UNTUK BONDA


Dedikasi khusus untuk wanita yang paling aku cintai dalam dunia. Orang pertama yang aku letakkan sebagai orang yang aku cintai dulu kini selamanya. Wanita yang banyak berkorban untuk aku. Kasih sayang yang tak ada tolok banding. Mencintai aku semenjak 22 tahun lepas. Mencurahkan cinta semenjak roh ditiup pada jasadku. Mengendong 9 bulan 10 hari aku kemana larat kakinya. Apa yang aku mahu, semua pasti diturutinya. Melahirkan aku sewaktu ayah sedang bergegas memanggil bidan. Perit jerihnya hanya ditemani arwah nenek.

Orang yang memberikan aku peluang menghirup nyaman udara dunia, memberi susu badannya tanpa kira masa laparku. Terkenang cerita arwah nenek, aku semasa bayi kuat menangis malam, wanita ini yang tidak pernah jemu mendodoi hingga lena lelapku. Jarinya halus menyuap makanan sewaktu telapak tanganku hanya sebesar dua jarinya.

Bisa tangannya tak pernah lekang dari tubuh nakal aku. Tajam lidahnya marah dek kerenah aku semuanya aku ingat. Tapi belai manjanya paling aku tak dapat lupakan. Berumur 22 tahun ini pun aku masih boleh berbaring di ribanya. Tidak pernah mengeluh dengan perangai aku. Koleksi baju hitam aku dengan gambar menakutkan masih dilipat dan disimpan baik olehnya. Material audio bising kental-tepu juga tidak pernah dibakarnya. Sebaliknya disusun kemas dalam bilik aku.

Mulutnya penuh dengan kata nasihat. Itu ini semua diingat, supaya jangan sesat. Air tangannya jangan cerita. Masak lemak cili padi daging salai memang dia ahlinya. Asam pedas dia juga juara. Pesannya, kalau kahwin nanti biar selalu makan air tangan isteri. Jangan ada isteri cantik, mengurus rumah, memasak, mengasuh anak tak pandai.

Untuk bonda yang sangat dicintai, ampunkan dosa angah sejak angah lahir sampai besar panjang sekarang. Banyak sangat air mata mak tumpah sebab angah ni. Allah sahaja dapat balas pengorbanan mak selama ini. selamat hari ulang tahun kelahiran ke 47. Semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dibahagiakan dunia dan akhirat. angah sayang mak.

*menangis (T_T)

Lagu tema: ibu kau ratu hatiku.



7 comments:

Rajuna said...

ko menyebabkan aku nak balik kampung lagi. padahal baru sehari aku balik dari batu pahat.


dem. aku homesick pulak dah tua2 ni. dulu tak macam ni pulak.

sharamli said...

angah jangan nakal2

dobot said...

kim salam peluk cium kat mak.
:)

sue said...

sebak...

faqhrule said...

juna:
kita punk sayang mak bapak

maksusha:
angah baik-baik saja

fifa:
okey nanti chegu sampaikan

sue:
chegu pun

chekgu alan said...

mak ko masak sedap, nanti ley ajak gua g umah ag k bro..huhuhu

chekgu alan said...

mak ko masak sedap, nanti ley ajak gua g umah ag k bro..huhuhu