Monday, August 30, 2010

POHON NANGKA LERENG BUKIT

cahaya pelita diesel masih berbalam-balam. yang nampak susuk-susuk tubuh dalam semak cuma yang berbaju cerah. udin, alip, botak, nasir dan aku masih terhendap-hendap sebelah pokok nangka. botak hidupkan lilin lain biar terang suasana malam dilereng bukit biar pun dalam semak lalang yang tinggi.

dalam terhendap-hendap, sesekali pergerakan kami mematung bila ada motor motor yang lalu. cepat-cepat menyorok celah pokok nangka yang jadi markas kami sudah dekat 4 hari. dalam 4 hari lepas semua perancangan projek memang rapi. dari kumpul bahan mentah, bahan terbuang, minyak disel, bekalan air dan api semua dah sedia. malam ni penentu segalanya. nak tengok sejauh mana hebat perancangan botak. dengar kata botak raja area blok rumah dia. semua orang gerun dengan kemahiran tinggi botak dalam bidang ini.memang dari segi penyediaan, pemasangan, modifikasi botak yang jaga. aku, nasir, udin dan alip cuma bantu dari penyediaan bahan mentah, logistik, bekalan dan runner saja.

"dah sedia beb?" botak bersuara. "ingat ini memang risiko besar. kita main area lereng bukit ni. ini bukit paling tinggi dekat area serting ni. risiko memang besar." botak tambah.

"aku tak sedap hati la," udin gusar. "kerja gila ni. maunya semua orang tahu nanti," tambah udin.

tak semena, leher baju putih udin dicekak kuat. tersandar badannya dibatang pokok nangka rendang. sekepal penumbuk betul-betul depan mata kirinya.

"kau gila? hari tu kau paling heboh nak join kan? sekarang dah kecut! kenapa nih!" alip menyeringai. mata dia menyela merah menahan marah. sesekali mengetap bibir.

"kalau nak bergaduh pergi balik. rasa nak tarik diri pun boleh balik. tak paksa punya. yang penting sekarang jangan tak jadi. benda dah depan mata. barang-barang dah siap tinggal nak buat je," aku tenangkan keaadaan.

"nanti kes polis lah!" jawab udin mula gelabah. PANGGGG tamparan ketat di pipi kanan hinggap menimpa udin. cepat-cepat aku, fahmi dan botak leraikan.

keadaan makin tegang. suasana makin hangat, peluh jantan mula menitik. alip dan udin dah mula menggigil nak bertumbuk. udara sejuk malam tu pun tak dapat nak lenyapkan kemarahan yang mula menekan situasi tegang. sesekali dengar burung tukang berbunyi dicelah gelap malam.

sekarang cuma tinggal seram, amarah dan keberanian untuk menempuh semua. benda dah depan mata, tapi masih ada sedikit gusar yang menyelubungi suasana. semuanya akibat tekanan. yang makin menekan semua...

BERSAMBUNG....

Sunday, August 29, 2010

MERIAM KATAK FOR DUMMIES

dah tinggal kurang 10 hari lagi menjelang hari besar umat islam untuk tahun ini. aku masih macam tahun dulu-dulu, masih tak sabar untuk berhari raya. sekejap benar dah nak raya kan? rasa macam raya baru awal tahun dulu, dah nak raya. kalau dulu zaman dekat kampung paling seronok waktu nak tunggu berbuka. aku dengan dua tiga orang kaki lain mesti lepak belakang rumah layan meriam tanah. lu orang tau ke meriam tanah? selalu dengar meriam paip, meriam buluh kan? aku layan meriam tanah.

meriam tanah atau ada orang panggil meriam katak. mari aku kongsi sikit cara nak buat meriam nih. lu budak bandar, tak tahu kot main benda ni.

cara nak buat meriam tanah ni tak rumit pun. amalan kitar semula jimat kos. guna bahan-bahan terbuang je. mula-mula cari tin Dumex atau tin susu ke, Milo ke tin planta saiz paling besar. saiz xxl tu. selalu kalau kedai minum tin-tin macam ni memang ada tak pakai. carilah barang 5 6 biji. dapat tin dalam 6, simpan 1 tin buat tempat mencucuh.

5 tin tadi tebuk lubang diameter dalam 9 ke 10cm. gali lubang macam gali parit dalam anggaran sekaki. bila dah gali parit agak-agak boleh tanam tin tadi, susun tin memanjang dalam parit seolah nak buat pembentung. pastikan lebihkan panjang sedikit untuk tin peledak satu. kemudian timbus dengan tahan atau pasir atas 'parit pembentung tin' tadi.

nak lagi tekankan ciri keselamatan, cari guni besar, isi pasir padat-padat kemudian letak atas pembentung tadi. rasionalnya bila meriam tin ni meletus, taklah menghambur tin yang ditanam tadi keluar. bila rasa dah boleh selamat, bolehlah mulakan acara meletus meriam ni.

tin yang dijadikan peledak yang spare satu tadi, tebuk kubang ditepi bahagian bawah. jangan tebuk bahagian buntut tin pulak. lubang dalam setengah sentimeter cukup dah. isi air dalam sebelah tapak tangan dalam tin. letakkan karbaid secukup rasa. lebih baik air jangan banyak. cukup untuk membuatkan tindak balas kimia antara air dengan karbaid menghasilkan gas sudah kira lulus. bila sudah agar bergas, cepat-cepat rapatkan tin peledak berisi karbaid dan air tadi dengan pembentung yang sudah ditanam. sebaiknya himpit sedikit tin peledak dengan benda berat bagi mengelakkanya melenting ketika meletus.

sekarang part mencucuh api pada lubang tin peledak yang dah berwap gas. pastikan menggunakan kayu dalam sedepa bagi pemain meriam amatur. cucuh api betul-betul pada lubang yang gas karbaid sedang keluar. KEBABOMMMMMMM.. pasti menggegarkan sekitar kampung. AMARAN: kalau tak meletup, menyala api macam pelita dekat lubangtin peledak, jangan memandai pergi buka tin pakai tangan! memang tak putus jari tapi kemungkinan untuk berdesing telingan meriam kau meletup sendiri memang ada! sila congket tin peledak dengan kayu pencucuh.

sila eksperimen sendiri komposisi air dengan jumlah karbaid dalam tin peledak bagi megelakkan meriam anda tidak meletup atau cuma menjadi pelita sahaja. benda ni teori memang tak faham. kalau praktikalnya baru nampak benda ni tak rumit mana.

aku nak buka kelas meriam tanah ni. siapa berminat boleh letak nama. tempat terhad. yuran kita bincang lain.

Sunday, August 22, 2010

MALAS



aku agak sibuk sekarang nih. belum ada masa nak tulis entri baru. baru kebah dari demam teruk. nak buat kerja melambak-lambak tapi masih belum ada kemahuan. idea makin kontang nak tulis entri macam dulu-dulu.

haih..kenapa la aku nih.

Sunday, August 8, 2010

ADA BAU WANGI LA DEKAT SINI.

selalunya kalau blog dah lama tak update, tuan punya blog mesti kata dah bersawang lah dah berhabuk lah blog diaorang. tapi kenapJustify Fulla blog aku yang dah lama tak update ni tak berhabuk bersarang dan bersawang?

itu sebenarnya sesuatu yang pelik. sebabnya aku memang jarang tak update blog. tapi bila tak update blog, sawang dan habuk sikit pun tak ada. siapa yang tolong bersih-bersihkan blog aku ni?
tu lagi aku musykil.

tapi yang paling buat aku muyskil ada aroma baru dalam blog aku. ya aroma. bahasa melayu dia BAU. sesuatu yang berkaitan dengan pancaindera membau; hidung! kalau kau orang perasan blog aku ni dah ada bau. kira macam signature sendiri untuk blog ni.



ada perasan tak? ada bau-bau pes pandan, strawberi, yogurt, mauripan, santan, dan ada bau dedak ikan. ada bau tak? ni semua ada kena mengena dengan sebab aku jarang update blog sekarang.

tak apa aku payung gambar dulu. nanti rajin aku tulis etri baru. sibuk memancing sekarang beb!