Monday, November 22, 2010

SEPAK TAKRAW PUNYA CERITA

habis pusingan kumpulan, semua pasukan berhenti rehat. ada yang makan, ada yang solat. ada juga yang resah takut-takut pengiraan mata buatkan pasukan mereka terpaksa pulang awal. pasukan aku mungkin pulang awal. kalah semua 3 perlawanan dengan semuanya rubber game. ada satu lagi perlawanan, tapi tak menjanjikan apa-apa makna, kalah pun tak layak- menang pun tak layak ke pusingan seterusnya. jadi pengacau kata brader-brader sini.

"der, awak tengok game malaysia semalam?" tanya brader Gan, seorang otai takraw tempat aku. "tengok der, teruk kena ayam dengan siam!" aku balas. "banyak menari dari cari mata," aku sambung. "dia orang (malaysia) sibuk nak saiko siam, tapi siam tak makan saiko. tengok siam punya tackling, break ball dengan attacking, sikit tak goyang!" bersungguh brader gan sambung.

"pair first malaysia tu main bawah kemampuan sebenar, tengok macam mana arif kena drop dengan kriangkrai dekat 5 point direct! siam dah 18 baru masukan hafizi tu, tapi dah 18 der! mana jalan dah!" brader Gan sambung. makin ramai datang mendekat nak borak isu takraw malaysia kalah dengan siam final berpasukan. rata-rata semua respon negatif tentang perihal kekalahan pasukan kebangsaan. rasa aku, kalau ada pasukan negara dekat kejohanan liga tengkorak hari tu memang masak kena basuh lah jawabnya!

"dengan china pun lemas nak menang!" luah seorang lagi peminat takraw yang kecewa. "sebenarnya misi skuad takraw negara kita ni cuma nak balas dendam dimalukan korea masa piala emas raja thai haritu. bukan nak menang emas kalahkan siam sukan sea ni!" lagi sorang beri hujah. perbincangan makin hangat. semua keluar hujah-hujah masing-masing.

"eh der, pair awak amacam?" brader Gan tanya. "haduh, tekong tak jalan la der, servis banyak buang!" aku jawab. "pair awak ni macam malaysia. tekong laju, killer pukul baik, awak pun setting bola semua salur-salur." puji brader Gan. "wah malaysia ke der?" sedikit bangga. "macam malaysia dekat tournament dalam negara. masa main dalam negara, semua servis manjadi, killer pulak garang meletup-letup kalau pukul. tapi bila main game luar, jumpa pulak siam, mental dah jatuh. moral dah lemah. hati jadi kecik. servis pun suam-suam. killer pukul pun dapat petik. awak hantar bola pun liar je." sindir brader Gan. mendalam maksud dia!


trivia:
laras bahasa untuk enrti ini banyak digunapakai oleh pemain sepak takraw tegar.
perkataan "DER" merujuk kepada perkataan brader. contoh kau orang nak main takraw tempat baru yang kau orang tak kenal siapa dekat situ. contoh ayat macam ni;
"assalamualaikum der. saya tompang main sini boleh der?" sambil pergi salam orang yang ada dekat situ. kalau kau orang biasa pergi kejohanan sepaktakraw besar-besar memang biasa perkataan ni.
penggunaan perkataan der ni dah lama digunapakai oleh pemain sepak takraw sebelum dikomersilkan oleh cerita Adnan Sempit tu. lepas cerita tu ramai la yang nak pakai der-der ni. geli siot!

informasi dunia sepaktakraw:

BOLAROTAN

PENINAT SEPAK TAKRAW MALAYSIA

10 comments:

Paan Ovrtd said...

Der...gua tak goyang der takat lu der.

Apa ke taiknya 'der'2 ni...

sharamli said...

b0leh tahan jugak ENRTI kali ni.
kah3

faqhrule said...

paan:
tu der adnan sempit. gua ber-der dengan geng takraw je

maksu:
eleh tulis la blog balik kalau berani!

dobot said...

Masa tengok match takraw kat tv hari tu, automatic teringat chegu as chegu byk cerita pasal takraw. Its your life nah? :)

faqhrule said...

fifa:
it's my flesh and blood :)

CHEKGU ALAN said...

tggl gua jela der fidder thun dpn

CHEKGU ALAN said...

tggl gua jela der fidder thun dpn

syafiqxsaifullah said...

bapak gua cakap pulak der,
"tula ajar org main takraw lg, tengok! jepun pun dah makin terel."

faqhrule said...

alan:
fidder tu hapa benda woi? feeder la! bahasa surat orang panggil apit kiri!

faqhrule said...

syafiq:
okey jepun anatara team kental yang semakin hebat. ada satu dokumentari pasal takraw jepun survive sampai hari ni. sangat kental sanggup duduk kat thailand semata-mata nak maju dalam takraw