tadi aku mengajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan kelas 4 dedikasi. aku beri penerangan, tunjuk gambar dan bersoal jawab dengan anak-anak mengenai topik yang dipelajari. setelah yakin mereka ini dapat menguasai objektif pembelajaran, aku berikan mereka kerja. salin jadual dan lengkapkan dengan maklumat yang betul.
satu kelas tekun menyalin dan menyiapkan kerja masing-masing. bila kelas mula sunyi aku keluarkan telefon bimbit. aku pilih tetapan muzik dan putarkan lagu. niat asalnya sebagai terapi supaya anak-anak ini tidak bosan semasa aktiviti pengukuhan -menyalin jadual dan lengkapkannya.
hinggalah pada satu lagu, INSYAALAH- MAHER ZAIN versi bahasa melayu. anak-anak ini ada yang mula tersengih-sengih bila intro lagu berkumandang. ada yang hafal, semua bait lirik meniti dihujung suci mereka. terdengar suara-suara kecil menyanyikan lagu ini.
hinggalah pada bahagian korus;
INSYAALAH, INSYAALAH, INSYAALAH ADA JALANNYA...
satu kelas bergema dengan alunan suara korus lagu ini. yang paling meruntun hati aku, bila bukan pelajar muslim turut sama menyanyi bersama. insyaallah, semoga allah beri hidayah islam pada mereka. mata aku berkaca-kaca, ada titis-titis air jernih bakal gugur. aku gagahkan supaya ianya tidak kelihatan depan anak-anak kecil ini.
***
aku mengharapkan adalah jalan dan sinaran baharu yang menerangi hidup aku untuk umur yang meningkat; 24 tahun ini. kerana aku sentiasa percaya allah sentiasa mebantu kau, aku, mereka; semua hambanya. insyaallah.
"Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu"
1 comment:
sangat mendalam..errmmm
Post a Comment