Thursday, April 7, 2011

FIRDHAUS

dari aku mengajar kajian tempatan kelas 4 Gigih. tajuk faktor kepadatan penduduk mempengaruhi pembinaan rumah. aras kena rendah untuk mengajar anak-anak ini. panduan kena diberikan sepanjang pengajaran. contoh perlu dijelaskan sejelas jelasnya baharulah anak-anak ini mampu betul-betul untuk menguasai kesemua objektif pembelajaran.

lepas buat aktiviti kecil, aku arahkan mereka menyalin latihan yang diberikan. semuanya patuh dan buat seperti yang diarahkan. ssatu kelas sunyi sepi khusyuk lakukan tugas menyalin. aku kembali duduk menulis sesuatu di buku persediaan mengajar.

tiba-tiba di suatu sudut aku lihat susuk tubuh seorang anak, firdhaus sedang tertunduk. sangkaan awal aku, anak ini mungkin mengantuk ataupun letih. aku sedia maklum anak ini mengalami masalah semput. aku biarkan dia tanpa ada sebarang provokasi.


tidak semena ada suara teresak-esak memecah suasana hening sunyi kelas. semua mata mencari mana datangnya suara. makin lama makin riuh suara anak-anak mencari punca datang suara hiba. semua tertumpu pada sudut belakang kelas. meja sebelah tingkap. meja firdhaus.

firdhaus yang tadi terdunduk aku sangkakan keletihan rupanya empunya suara hiba. aku tenangkan kelas dan anak-anak ini kembali menyambung kerja. aku dekati firdhaus. "kenapa firdhaus?," aku tanya lmbut. "tak ada apa cikgu." jawabnya laju sambil kesat air mata yang menjurai. aku tahu dia sembunyi sesuatu yang membuat kelopak matanya banjir seperti itu.

aku pengang bahu firdhaus. aku usap belakangnya. "ceritalah dekat cikgu, mana tahu cikgu boleh tolong," aku cuba pujuk fidhaus. "tak ada apa cikgu," balasnya semula. tapi aku tahu dia masih menyembunyikan dukanya. jurai air mata makin ketara. "kalau firdhaus tak mahu cerita, macam mana firdhaus nak ok kan? mari cerita cikgu nak dengar," kata aku sambil mencangkung.

"saya rindu ayah," kataya ringkas. "nanti balik jumpalah ayah," aku balas ringkas. "ayah dah bercerai dengan mak. saya dah tak tinggal dengan ayah," katanya menekup muka. "sabarlah firdhaus, cikgu pasti ayah firdhaus pun macam itu juga, rindu dekat firdhaus, cuma ayah sibuk cari rezeki tu. nanti bila senang, firdhaus telefon ayah kata dekat ayah firdhaus rindu dekat ayah ye," aku cuba memujuk. "sekarang jangan menangis, firdhaus buat kerja ya," aku tinggalkan firdhaus di sudut belakang kelas. jauh dalam hati aku luruh dengan rasa rindu seorang anak pada ayahnya.


penceraian ibu bapa kesannya pada anak-anak inilah. rasa rindu tak terluah pada tempat bermanja dan bergantung nasib. bayangkan kau berada di tempat firdhaus, apa yang kau rasa? sedih juga bukan. sungguh aku begitu tersentuh dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. jauh disudut hati aku berdoa agar jika aku ada keluarga dan berzuriat kelak, aku dapat beri kasih sayang sempurna pada keluarga seisinya. semoga allah kurniakan aku jodoh yang mampu memberikan kebahagiaan padaku dan seisi keluarga.

15 comments:

silent reader said...

kesian firdhaus...

faqhrule said...

silent reader:
sangat. mangsa penceraian. sunyi dari kasih sayang ibu ayah

akmal hakim said...

takpe firdhausss...cikgu fakhrul kan ada.

hmm. saya simpati. =(

akmal hakim said...

eh nie kc tau. terguna email mal pulak.

sI tEDI said...

nice entry.
TouchinG!
datang dari FB maksu. =))

Semoga berjaya cikgu!

faqhrule said...

KC:
chegu pun sebak gak tadi tengok dia nangis ;(

tedi:
kasihan anak kecil rindu kasih sayang seorang ayah

sharamli said...

firdhaus belajar rajin-rajin.
jaga mak baik-baik jugak!

faqhrule said...

maksu:
nanti chegu pesan-pesankan dekat dia esok

alien said...

firdaus jangan tinggal mak tau !!

You know who said...

got that same feeling long time ago..

just be strong! he still have the 'father'. anak yatim lebih sedih :')

Khaleeqa Idrus said...

Saya meremang baca, menyentuh perasaan. Kadang-kadang, ibu bapa lupa perasaan anak-anak mereka. Jangan sangka mereka yang kecil dan mentah tiada perasaan. Mereka miskin dengan pengalaman tapi kaya dengan kasih sayang. Sekali sayang, selamanya insan yang disayangi tu bermahajalela di hati (:

Cahaya Senja said...

penceraian..anak2 jadi mangsa..sabar ye firdhaus..

Redup Pemikiran said...

cakap kat Firdaus jangan KLMJ sangat, belajar rajin2 ok!

timmy said...

apa pun. lu kuang ajo sebab sempat amek gambo dia nanges. tak sopan!

intanurulfateha said...

im touched! :'(