"cikgu, nah," kata seorang anak murid aku sambil tangannya yang kecil muluS itu menghulur sekeping kad buatan tangan dari kertas lukisan. atasnya ada corak renda lakaran bebas bermotif belon-belon berikat dengan tali. ada riben, ada kuning, biru, merah dan ungu. di tengah kad tersebut tertera "selamat hari guru".
"eh hari guru kan isnin," kataku sambil menyambut kad yang dari tadi dihulur tepat kepadaku. anak kecil itu cumanya tersenyum meleret-leret. "tak apa, awak dah bagi cikgu ambil jugalah. terima kasih banya tau." kataku sambil mengukir senyuman balas kepada anak murid yang seorang ini.
sang pemberi kad, anak murid yang aku didik di tahun 5 bestari. aku mengajar pendidikan jasmani dan pendidikan sivik untuk kelas itu. yang seorang ini amat pasif di dalam kelas. jarang bercakap. interaksi dengan guru juga amat minima. cumanya berkata dengan aku jika mahu memohon izin ke tandas. berselisih di jalanan juga jarang ada kontak mata ataupun ucap selamat. murid perempuan, malu mungkin.
aku buka lipatan kad yang kreatif itu. dalamnya tertera seperti ucapan. tulisannya kemas. aku amati tiap kata yang tertulis baris demi baris. tidak ada satu perkataan yang tidak aku fahami. semuanya jelas dan nyata. habis ayat terakhir ucapan ringkas. aku benar-benar tersentuh. benar-benar buatkan aku merenung kembali niat sewaktu melangkah keluar dari ruamh untuk ke sekolah; dengan perbuatan aku di sekolah. selarikah dengan niat. aku terkedu merenung hari-hari lepas.
"cikgu, saya sayang cikgu. saya mintaa maaf sebab tak dengar cakap cikgu. walaupun cikgu garang, marah saya, maki saya, saya tetap sayangkan cikgu. cikgu telah menyedarkan saya selama ini tentang kepentingan pendidikan jasmani. cikgu terima kasih kerana telah mendidik saya." - ringkas ucapannya.
ya, mungkin kebelakangan ini personaliti aku sedikit berubah. murid makin takut dengan aku. itu yang aku kesalkan. kalau dahulu bila murid nampak aku situasi akan begini " yahuuu cikgu fakhrul ganti kelas kita!" tapi situasi kini berubah - "wei duduk tempat masing-masing cepat, senyap! cikgu fakhrul datang!"
aku tak mahu jadi guru yang ditakuti oleh anak muridku, aku sayang mereka. aku mahu mereka senang untuk dekat dengan aku. boleh bergurau, boleh menghormati aku dan bukannya takut dengan identiti cikgu fakhrul -cikgu garang.
sedikit pun tak pernah terlintas dalam jiwa kecil aku ini untuk jadi seorang guru sebegitu. sebolehnya aku mahu menjadi guru yang disentiasa dekat dihati anak muridnya. semua guru pun aku pasti mendambakan sebegitu juga.
4 comments:
go go jia you cikgu fakrul... selamat hari cikgu....
selamat hari guru cikgu fakrul
terima kasih semua ;)
yeah.,,, right..! PJ itu penting ..! :-)
Post a Comment