sesi kedua kursus pun bermula. penceramahnya wanita umur hujung 50-an. statusnya seorang guru besar cemerlang di Ledang. sebelum dia mula berceramah, kata-kata aluannya sedikit ketat tegak dan monotous. gambaran kepada ciri seorang pemimpin tegas di organisasi sekolahnya; dan sesuai dengan baju yang disarungnya- guru besar cemerlang.
"baik, sebelum saya mula ceramah. kita dengar dan nyanyikan sebuah lagu yang pada hemat saya rakan-rakan guru biasa dengar. hayati liriknya dan selami kata-katanya dan sesuaikan dengan profession perguruan kita," katanya serius.
pembantunya, seorang wanita muda dengan cekap, memasang alatan bunyian yang membolehkan lagu itu berkumandang segenap dewan banquet hotel pelangi, muar.
dengar saja rentak awalnya, aku sudah boleh mengagak lagunya. PELANGI - BIARKU MENJADI LILIN! getus hati dan disertakan dengan lirik senyuman dihujung bibir. lagu celah gigi. bait mula dan korus memang aku boleh pukul lagu ni!
habis sahaja intro, ini bahagian awal. notasinya perlu sedikit tinggi. aku ikut tempo. sedia untuk lontaran suara. baik, gua pukul! - getus hati berkobar riak!
"biarku menjadi lilinnnnnnnn..." selamba aku tarik tinggi.
tak semena, muzik berhenti, masalah teknikal. yang kedengaran cuma.....
*****
****
***
**
*
suara garau aku memecah hening.satu dewan terpana. semua mata mencari dari kerongkong mana keluar suara parau tadi.demm. pucat! aku rasa muka aku dah jadi merah padam. ada hilai tawa menggelakkan aku. apa punya musibat la sistem bunyi dewan ni boleh berhenti masa aku tengah tarik! aku sorok muka, buat macam tak ada apa berlaku.
hoi, macam tak pernah tengok orang salah nyanyi ke woi!
3 comments:
suara kau ke rupanya? nk tergolek aku gelak tadi tapi tak tau suara sape. hahahaha
hahahaha xpe rilek la.
kenangan indah kawan! :P
Post a Comment