Friday, August 19, 2011

KAD RAYA


hari lebaran bakal menjengah tidak lama sahaja lagi. hari kemenangan buat setiap muslim dalam bulan barakah dan cabaran dalam mentarbiyyahkan diri untuk menjadi muslim yang baik dengan pelbagai amalan yang dilipat gandakan. semoga beroleh keberkatan dan istiqamah dengan apa yang dikerjakan.

persiapan raya juga bagaimana? aku masih belum ada langkah untuk persiapan raya tahun ini. yang cuma sudah disediakan sepasang baju melayu putih mutiara untuk majlis pernikahan raya keempat nanti.

suatu hal yang mencuit hati aku dalam pening memikirkan hari besar yang bakal tiba nanti adalah perihal kad raya. tradisi lama menyampaikan ucapan raya dan juga medium perkhabaran serta kemaafan yang makin hilang ditelan arus modenisasi.

teknologi hari ini menghakis budaya ini - hipotesis aku sendiri. oh, baru-baru ini aku dikejutkan dengan sebuah kad raya yang diberikan oleh seorang anak murid. suatu yang buatkan aku tersenyum sendiri. kad raya biasa-biasa saja, tak ada lagu dan lampu elektronik bila dibuka.




yang dapat duit raya tu aku tak tahan. ni amaran ke sindiran ni?

4 comments:

Kc Kasedah said...

amaran tak amaran. kene bagi satu kelas la woi! hahah :DD

faqhrule said...

KC:
1 kelas 40 orang. kalau dah 5 6 kelas? hadui

Bazzstary said...

wah mmg untung,dapat kad raya dan duit raya tu

Anonymous said...

Kalau dah sorang 20sen, apalah sangat kalau dah 5 6 kelas chegu :D