dalam menuju kehidupan yang lebih baik dan sempurna, kita tidak lari dari persoalan yang kerap muncul dalam setiap langkah kehidupan. persoalan yang jawapannya kadang kala tersurat dan kadang kalanya suatu yang samar. persoalan tentang kehidupan yang lebih baik, menuju yang kehidupan yang lebih baik contohnya mungkin merentasi jalan-jalan yang lengkok dan seloknya sedikit berliku. kiri dan kanan ranjau berduri hadapan rintangan tinggi yang menyukarkan melewati jalan-jalan kehidupan. mungkin semalam kita terpijak duri-duri jalanan yang samar dengan hijaunya damai kebahagiaan, kita akan berhati-hati pada hari depan, siapa tahu mungkin duri yang kita alihkan itu bakal diberi ganjaran akhirnya kelak? itulah kehidupan dan semua itu cabaran.
kehidupan adalah suatu cereka yang dinamik. plotnya berubah ubah. ada pelbagai episod dan pelbagai rencah dapat dirasa. dan kita watak utama cereka kita sendiri. dan kita bakal menemui pelbagai persoalan dalam menerusi kehidupan. semoga jawapan yang bakal diterima adalah positif dan jika sebaliknya mungkin itulah ketentuan Maha Kuasa. yang penting usaha, doa dan tawakal.
persoalan kehidupan hari-hari mendatang hanya Allah Maha Mengetahui. semalam adalah sejarah. hari esok adalah misteri.
p/s:
bagi yang sedang menunggu jawaban. hik hik hik
2 comments:
i loikeeee.. =D
lagu 2 saye sukee..
:)
Post a Comment