Wednesday, November 23, 2011

MUSIM

ada nada cemas terpancar pada riak anak-anak lelaki yang 38 orang sekempulan itu. degup jantung berdetak laju. tidak seorangpun antara mereka yang tidak cuak dengan situasi yang dialami. cumanya, ada dua tiga kerat yang cuba menenangkan diri, bibir mulus terkumat kamit dengan ayat-ayat qalam quran; menenangkan hati.

diluar, pelbagai cerita. bermacam bunyi cereka yang dituturkan tiap yang ada. makcik dengan makciknya, pakcik dengan pakciknya, yang remaja dengan remaja dan anak-anak kejar-kejaran tanpa ada rasa seperti yang 38 orang ramainya anak-anak didalam sana.

berdiri seorang urusetia dengan sehelai kertas ditangan. dibetulkan songkok tinggi gaya pemuda parti politik sokong kerajaan. dibacanya nama satu persatu anak-anak yang 38 orang tadi. kesemuanya dibahagi kepada empat kumpulan. kuat dan jelas tanpa ada sebarang celah suara; kesemuanya tekun mendengan pengumuman urusetia tua tadi. habis nama terakhir disebut, suasana ruang menunggu hingar dengan suara hadirin dan hadirat yang ada disitu. penama-penama yang disebut tadi bingkas bangun beratur dalam barisan dan bergerak ke bilik kumpulan masing-masing. tiap seorang diberikan nombor giliran. kemudian semuanya duduk diam. debar. jantung berdegup laju.

seorang pak tua dengan gaya pandai agama datang berdiri dihadapan anak-anak itu. mula bicaranya dengan pujian kepada allah taala dan rasulnya. disambung dengan ayat-ayat suci al quran panjang. kemudian, ditiupnya kedalam sebuah jag air besar lalu dituang dalam cawan kecil dan diagih-agih kepada anak-anak tadi. jangan lupa bismillah dan selawat! ingatan pak tua.

zizul kareem. nama pertama dipanggil, (dia anak manja keluarga). dipimpin oleh bapanya masuk kebilik nombor 2. gaya langkahnya longlai. erat bahunya dipimpin ayah kesayangan, acik kareem. yang lain cuma mengekor mata memerhati susuk longlai itu masuk kedalam bilik. kemudian pintu tertutup rapat. kadaan kembali sunyi. tiada satu suara yang memecah ruang legar menunggu giliran.

"TOLONGGGGG! SAKITT! TAK NAKK!! AYAHHHH TOLONG, ARGHHHHH. TAK NAKK. SAKITTTT!! JANGANNN TOLONGLAH TAK MAHU! SAKITTTTT. AARGGGHHH."

zizul! itu suara zizul! tidak lagi kedengaran! gamam semua yang berada diruang legar. pecah hening dengan tempikan kuat dari bilik tadi. semuanya tertumpu pada bilik zizul tadi. apa yang dah jadi? ada anak-anak tadi yang masih menunggu dengan debar berpegangan tangan. erat genggaman pada ibu dan bapa yang menemani disisi. ada percik peluh terbt dihujung kening. takut.

pendingin hawa yang tadi sejuk dirasa bahang sekitarnya. zizul didalam apa keadaan tak siapa tahu. semuanya ingin bertanya, semua curiga apa yang sedang jadi. inilah yang paling dityakuti oleh anak-anak tadi. mimpi ngeri yang tadinya didamba kini menjadi nyata.

"itu tak lain. kalau tak pisau dia tumpul, mesti dia punya liat. itulah orang tua-tua dah pesan jangan makan kulit ayam banyak-banyak. ha merasa la kau orang semua kejap lagi. kapak entah apa dia pakai karang," suara garau dari belakang. tak ada seorang dari anak-anak tadi menoleh.


*******

musim cuti sekolah tiba lagi. tiap anak anak lelaki pasti akan melalui satu peristiwa bersejarah dalam hidup menjadi lelaki dewasa.

No comments: