Tuesday, December 13, 2011

SATU PETANG DIRIBAAN BONDA

aku berbaring di ribaan mak. aku minta mak urutkan kepala. pening kuat melanda jembala kepala satu dua hari ini. mak gumpal rambut aku dengan dua belah tangannya. sebelah kiri dan sebelah kanan. kemudian mak tarik dengan daya sederhana kedua-duanya pada arah yang berlainan. dua tiga kali mak ulang. kemudian dilumurnya kepala aku dengan air perahan daun durian belanda dan daun bunga raya. sejuk benar rasanya. mak picit-picit dahi dan seluruh kepala sehingga tegang pening kuat aku hilang.

aku nikmati saat-saat indah tidur di ribaan mak sambil mak pasang radio klasik nasional dari telefon bimbit yang aku belikan untuknya. seleksi petang-petang macam ni memang mendayu lagu malar segar lama-lama ni.

"kalau tak ada apa aral dalam hujung bulan ni semua siap mak,"aku bersuara. "alhamdulillah baguslah. tapi bulan satu ni kena habiskan apa yang belum lengkaplah," sambung mak lagi. aku cuma diam. "janji tau!" sambung mak, ditekan nada suaranya. "yelah, baik." jawab aku ringkas.

sebelum mak tanya lain-lain soalan aku dah lena diriba mak. kalaulah aku boleh cerita dekat mak semua apa yang aku tanggung dalam benak kepala ni. tak sanggup nak bebankan mak dengan hal hal sama yang pernah mak nasihatkan aku dulu. tak sanggup nak lihat mata mak berkaca-kaca tahan air matanya. sumpah aku sebak.

angah sayang mak. angah minta maaf mak.

:'(


5 comments: