Wednesday, February 29, 2012

RATAP MAGHRIB

hujung doa maghrib tadi sangat sayu. lembab cuaca di luar seolah bersama dalam ratap kepadaNya dihujung solat. ada sendu dalam bait-bait doa, ada pengadu berbicara soal berat dugaan yang diiterima, ada pemohon meminta agar dipermudahkan segala urusannya.

dah sekali lagi, sendu doa diiring air mata.

allahumma ya allah, permudahkanlah segala urusan ku dunia dan akhirat, kasihanilah mereka yang mengasihaniku, lindungilah mereka yang melindungiku, Engkau yang menurunkan dugaan, aku mohon petunjuk jalan menempuhi dugaan, Engkau yang menurunkan rasa cinta, engkau jualah Maha Berkuasa menariknya semula, Engkau pemilik hati yang luka, sembuhkanlah hati ini dengan kebaikkan, Engkaulah pemilik sekalian rasa, hilangkanlah rasa gundah resah ini pada suatu rasa yang terbaik untukku ya Allah. ameen ya rabb.



aku syukuri nikmat umur yang ke25 ini.

Tuesday, February 28, 2012

DUAPULUHLIMA

bertambah umur maka, bertambah dekat jarak kubur dalam hidup kita.

setinggi-tinggi ucapan terima kasih pada semua yang mengingati ulang tahun kelahiran ke 25 gua. moga allah mengangkat doa kalian dan makbul lah hendaknya. allah sahaja yang mampu membalasnya tak kira lah ia cuma ucapan di telefon, di dinding facebook, pesanan sms atau apa jugak mediumnya, terima kasih banyak.

gua dah 25 tahun 2 hari hari ni. tak ada apa yang berbeza, sama macam hari hari gua yang biasa.


uh lupa, call free yang selkom bagi untuk hari lahir tu ada tak terpakai pun. gua cuma kerap call mak dan abah gua, ada banyak lagi nombor tak diisi ni. siapa nak PM gua okey?


bab semoga panjang, murah rezeki, berbahagia selalu, cepat-cepat kahwen dan semoga dapat jodoh yang sekufu dan baik gua tak pernah ambik mudah. gua sentiasa aminkan!


;)

Tuesday, February 21, 2012

25th WISHLIST

pre birthday present. can't be seen, still, a heartache something.


for last 3 years, i never celebrated my birthday moments with someone special. i guess it will be the same moments for this year. the upcoming 25th years of gasping air of life.

happy birthday in advance fakhrull.

happy forever alone.

Sunday, February 19, 2012

SIGH

kata orang hidup adalah permainan.

dipermainkan?

dah biasa.

gua?

gua terima.

bukan sekali ini saja, banyak kali dah.

tak kan la tak cukup tuli lagi fakhrull.

sigh.

Thursday, February 16, 2012

REMINDER

"love is not a competition where when you hurt your partner you got an increasing point. mengalah tak bermakna kalah. ego tak selalu menang. yang penting ikhlas. when we starts declaring a relationship we should think as "we" instead of "me". i've learnt my lesson n i shared. its a reminder for all of us as well as myself."

qoute from - Jen Azmy

Tuesday, February 7, 2012

SWEET REVENGE

gua: awak, tau kelmarin saya mimpi awak tau. tup tup hari ini kita jumpa.
dia: hehehe kata orang kan, orang yang kita mimpikan tu yang sebenarnya rindu.
gua: hehe ye ke? bukan sama-sama rindu ke?
dia: mungkin jugak hehehe.


***

dan tadi semuanya hancur. sekali lagi.

***

hehehe

adakah ini balasan atas setiap kesalahan saya dulu?

kalau inilah balasannya.

saya redha dengan ketentuan dan

hukuman awak.

kata inggerisnya.

SWEET REVENGE.

ke macam mana?

Sunday, February 5, 2012

SEBALIKNYA

sedang berpura-pura stabil, hakikatnya sedang rapuh. sedang berlagak kuat pada hakikatnya sedang menghancur. sedang bergaya kental pada hakikatnya sedang tenat. sedang cuba senyum lebar pada hakikatnya sedang menangis dari dalam.

mampukah kau lihat semuanya dalam kegembiraan sedangkan apa yang kau lihat di depan mata itu semuanya suatu yang menyakitkan.

aku sedang 'menikmatinya'.


:(