Thursday, March 15, 2012

APA NAK LETAK TAJUK NI?

assalamualaikum.

sedang berbahagia dengan seminggu kelepasan cuti yang diberikan. tiada yang paling indah bersama dengan keluarga tersayang.

okey, secara jujurnya mood untuk menulis sesuatu yang indah dari sisi hidup aku semakin berkurangan. semacam kalau makan nasi tak bertambah, masih ada sisa yang tak habis. lauk sedap tapi nafsu makan tu dah berkurang. boleh kalau gua analogikan begitu?

sedang meneruskan kehidupan seperti biasa, jatuh bangun, sakit pening sekarang dengan emak abah, adik beradik sahaja. senyum terukir dan tidak aku palingkan dengan sugul air muka lagi. akan aku sembunyikan semuanya.

eh, mungkin aku lambat bab-bab hiburan tanah air ini, tapi satu ketagihan baru yang buat aku kecanduan adalah ini:


serius karya dia sedap, walau semuanya versi saduran, tapi memang buat aku kecanduan. cubalah!

carian saluran youtube disini : AJEK HASSAN

1 comment:

Anonymous said...

Letak tajuk: Lauk Sedap, Nasik Tak Habis.