hari ini khamis 31.01.2013. tarikh cantik bagi penggemar nombor-nombor unik. selalunya tarikh-tarikh sebegini menjadi buruan dan tumpuan bagi dimeterai untuk acara acara bersejarah; perkahwinan contohnya. tak hairan juga ramalan ramalan pelik berkaitan nombor dan tarikh unik sebegini. pada aku secara jujurnya tarikh itu nombor dua, yang utamanya momen itu sendiri, apa yang essential pada peristiwa berkenaan itu sendiri.
sebut tentang januari, teringat masa sekolah menengah dulu. aku ada berkenan dengan seorang kawan perempuan. seorang kawan perempuan yang sebenarnya aku pun pernah pendam rasa pada dia. namun rasa hati tak pernah terluah cara langsung melalui verbal dan non verbal sehinggalah tamat skolah menengah.
akhirnya tindakan paling gila, aku tulis emel pada dan aku jelaskan semua tentang rasa hati. namun dia lebih selesa menjadi sekadar teman. kecewa. biasa berlaku dan sudah dijangka. telan hadam dan cerna. mungkin menjadi teman lebih baik dari menjadi seorang yang istimewa antara kami.
nak jadikan cerita kawan baik perempuan aku ini pun bercinta dengan kawan aku juga. pusing-pusing satu sekolah juga jalannya. dipendekkan cerita, krisis berlaku, cinta sekolah menengah bergoyang, retak menunggu belah dan akhirnya berpisah. sebagai teman baik bagi kedua baik lelaki dan perempuanya aku menjadi neutral. berada diatas tembok atas angin dan tidak menyebelahi semuanya. sesuai dengan frasa teman baik.
dan perpisahan dibulan januari mereka itu menjadi suatu yang perih buat kawan perempuan ini tadi. lagu Glen Fredly - Januari sebagai lagu tema cerita mereka.
sebenarnya setelah sekian lama tak mendengar cerita kawan perempuan dan kawan lelaki aku tadi tak semena dalam perjalan pulang dari tempat kerja, berkumandang lagu ini. tersengih sendiri aku melewati senja menuju ke desa skudai. cerita kisah lama zaman seluar hijau sekolah menengah. misai baru-baru nak tumbuh. rambut sikat tepi dan mendengar OAG, ACAB, SUBCULTURE dan banyak lagi. sekarang masing-masing dah berumah tangga. tapi bila terkenang kisah lama sekolah-sekolah dahulu buat aku terkekek kecil.
tersengih. apa benda la aku merapik ni! hahaha. eh februari dah masuk!