Thursday, January 17, 2013

LAKA-LAKA

"apa kebaikannya kalau kita ada portfolio diri, kelas?" soal aku pada murid-murid tahun 3 Gigih. bisu semuanya tak ada suara keluar. mungkin ada jawapan namun bila kotak suara bergetar jawapan hanya keluar di hujung lidah tanpa ada bunyian yang membawa makna perkataan.

"ada jawapan tak,  berani sikit, jangan risau cikgu tak makan orang," cuba aku dorong supaya ada cambahan jawapan keluar dari mulut anak anak kecil ini. mungkin mereka masih belum biasa atau kenal dengan aku. mereka murid transisi dari sesi petang yang bersekolah pada sesi pagi apabila masuk ke tahun 3. tak hairanlah mereka sedikit janggal tambahan pula baru 3 minggu bersekolah. mungkin juga dimomokkan oleh abang kakak mereka yang cikgu fakrull ni garang.

"siapa dapat jawab, cikgu bagi 50 sen!" ganjaran umpan terbaik untuk mendorong sumbang saran jawapan. sah, berderet jawapan tanpa perlu angkat tangan. baru terdengar suara anak-anak ini riuh beri jawapan! "supaya orang senang kenal kita cikgu!" jawab stephanie chanda anak michael. "pandai pun," aku sambut ringkas. dan begitulah berjela-jela huraian tanpa arahan diberikan oleh yang lain.

"bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta kan?" seloroh ringkas. "kalau dah cinta baru boleh; pen merah pen biru, u marah, i......?" soal aku lagi dalam atmosfera santai kelas 3 gigih.

" i love u la cikgu," jawab anak-anak ramainya 27 orang ini. "salah!" cepat aku potong. "dahtu kalau bukan i love u, apa cikgu?" tanya yang lain.

"pen merah pen biru, u marah, lantak lah u! hahahaha," kata gua sambil tergelak kecil! "alaaaa apa laa cikgu ni. hahahaha," ada ketawa berderai dalam kelas bahasa melayu yang santai itu.

"cikgu ni laka-laka la!" kata afiq. "bukan laka-laka la afiq, kelakar. kelakar!" aku betulkan afiqq yang bermata bulat kadang-kadang pelat itu.

kah kah kah. gua tahan ketawa. berderai juga akhirnya. laka-laka ye nak? pun boleh la laka-laka!

1 comment:

♥ tinta mayah ♥ said...

yeay ! chegu reb0rn and dah tulis blog balik !