“ Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku, bisa tak terkata,
Terumbang rasa diriku,
Oh aduhaii.
“ Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku, bisa tak terkata,
Terumbang rasa diriku,
Oh aduhaii….
***
“Ohhhh HAAIIIIIIiiiiii…. Bina mahligai bina mahligai bina mahligai dari tadi! Semak lah telinga! Dari tadi melalak tak tentu pangkal hujung!” suara abah yang parau garang menempelak penyanyi yang sedang asyik dan syahdu menghayati lirik lagu dan penyampaian vokal dengan begitu yakin.
Tak semena, aku perhatikan muka penyanyi tadi berubah terus. Lesi! Tidak! bukan lesi. Cuma merah padam keliru sama ada malu tau marah barangkali. Lagunya terputus, lirik syahdu mahligai air mata tidak lagi berkumandang di udara rumah batu yang masih belum siap sepenuhnya. Mata penyanyi berkaca-kaca. Mungkin ada air jernih yang bakal tumpah mengairi kelopak mata yang lebat panjang alisnya itu.
“Engkau dah kenapa dari tadi menyanyi angah tengok?” aku bersuara menghidupkan suasana yang sunyi dari tadi. “ minggu depan ada pertandingan bakat tahun 6, isi masa budak lepas UPSR,” suara itu keluar dari mulut kecil tuan penyanyi. “ sekarang mana ada orang nyanyi lagu macam tu, pop cintan tak main dah sekarang, budak budak layan indie!” aku sampuk kata-kata dia.
“ dah ramai nyanyi bunkface, hujan, high school musical semua tu, Kamil nak buat benda lain,” katanya beri hujah. “ kalau kamil rasa boleh, cubalah mana tahu kan. Cuba dengan lagu yang rancak sikit tak mahu?” aku cuba beri bantuan. “ tak nak lah. "Nak cuba lagu balada la ngah,” katanya lagi. "Tapi kalau nak lagi gempak nyanyi lagu kumpulan ni!” aku tunjuk baju kugiran hardcore yang aku sarung. Extreme Decay. “tu gila! jerit warghhh tak sudah-sudah!” balasnya. Aku ketawa!
Kamil sbenarnya adik aku yang keempat. Baharu sahaja menghadapi UPSR. Sangat aktif dalam kokurikulum. Bermain hoki untuk Negeri Sembilan di MSSM sejak dari tahun empat lagi. Fizikalnya kecil cuma, tapi semangat dan minat mampu bawa dia pergi jauh. Menjadi tekong boria, bertanding sampai ke Kelantan untuk boria anti dadah kebangsaan. Dalam belajar pun dia bagus, mungkin mewarisi bakat abang dia yang pandai blogging ni!
“ elok lah masuk tu,” suara abah kedengaran mencelah sambil menonton warta berita. “Masuk la apa pun acara puas-puas” kata abah lagi. “Nanti keputusan UPSR keluar, abah nak hantar kau mengaji pondok. Biar jadi ustaz ke al-hafiz ke. Sambung belajar pergi Arab Saudi!” kata abah. “Dah puas main dah kan!”
Kamil terus lari masuk bilik. Dia sempat capai selimut baru basuh pagi tadi atas meja mak sudah lipat cantik-cantik. Masuk bilik dan hempas pintu. Sayup-sayup dengar dia meraung. Aku pandang abah. Abah senyum nampak gigi. Mak dan kak long pun begitu. Ketawa! Aku terus melagukan;
“ Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku, bisa tak terkata…..”
Kah kah kah kah kah kah. Makin kuat dengar Kamil meraung.
11 comments:
0k la tu kal0 kamil jadik ustad..
abgnya cekgu..
heee
sha:
hehehe harap-harap
suh dia nyanyi lagu Kangen Band ar..
menangis juri dgr.. haha.. :D
ikmal:
kangen band yang mana?
kamil layan wali band skarang
lagu mynightville kamil dah hafal belum?
suruh kamil besar cepat sket. Akak miea nak duet ngan dia ni.
saruk:
gua tak mau dia ikut gua dengar grindcore
mia:
haha tahun depan dah tingkatan 1, dah kira besar lah tu
nasib xdgr cikgu nyanyi
mao lebat ujan
sue:
sekarang pun memang musim hujan
buli budak ke???
pais:
ni mesra mesra adik beradik
Post a Comment