tak semua orang dapat peluang banyak kali untuk merasai pengalaman dikafankan sewaktu masih dada berombak; bernafas. kalaupun ada, mesti orang tu rasa bertuah kerana dapat rasa pengalaman dikafankan sewaktu hidup, dimana aku sendiri percaya tak ramai yang mahu jadi sukarela untuk dikafankan.
mulanya atas dasar tiada orang mahu sukarela untuk tawarkan diri jadi model mayat, aku rela jadi model untuk kursus pengurusan jenazah islam untuk pelajar semester 7 hari itu. pengalaman menjadi jenazah banyak beri input berguna bagi aku yang cetek ilmu fardhu kifayah ini. bila jadi model macam ni, rasa aku lebih boleh faham dengan jelas cara dan pelaksanaan pengurusan jenazah.
semuanya berjalan lancar, bermula menguruskan jenazah yang baharu saja meninggal dunia, memandi, mengafan dan menyempurnakannya, semua diajar dengan teori dan praktikalnya.
jadi model memang kena banyak tahan gelak. kata penceramah, kalau mayat diuruskan, mungkin tiada masalah kerana namanya pun mayat, berbeza dengan model seperti aku. kena tahan gelak dan geli diperlakukan sebagai mayat.
namun semuanya berubah, bila sampai bahagian mengkafankan aku. paling aku rasa lain, bilamana bahagian terakhir mengafankan mayat; menutup muka mayat dan diikat hujung kain di atas kepala.
tak ada lagi gelak besar, cuma yang bermain dalam benak aku, macam mana bila aku betul-betul jadi mayat nanti? bila penglihatan aku sudah dilitup dengan kain, dimana aku tidak lagi tinggal bersama-sama dengan orang-orang sekiling hidup aku, berseorangan dalam bungkusan kain yang ketat sebegitu, diusung ke kuburan untuk ditempatkan di dalam rumah sempit yang bakal dikambus tanah padat menyesakkan nafas.
masyaallah.
sudahkah kita sedia menghadapi mati? mungkin esok, lusa, atau sebentar lagi lepas kamu pangkah untuk tutup blog aku ni, siapa tahu?
*bila gua mati nanti pandai-pandai lu orang semua bawak diri, gua tak ada nak update blog lagi. jangan rindu gua tapi sedekahkan gua al-fatihah ya!

10 comments:
waa...masih ada lagi anak muda yang cenderung untuk mendalami ilmu2 sebegini.Alhamdulillah.
mati itu pasti.cuma bila kita tak pasti.
qish:
kena la belajar kan, bukan kira tua muda :)
sy pernah jadik jenazah time f3...
wuwuwuwuwuwuwu~
hilangnya seorang krasti di bahau!
bagus anak muda yang satu niiii
xmo ckp cmtuh..i love u. ;-)
sha:
wahhh lagi awal jDI mayat eh maksu!
saruk:
bakal, tapi tak tau bila
fifa:
ke macam bagus?
kentut kecil:
erk...???
insaf dibuatnyer..hurm..sayu lak jadinyer..
shafuana:
memang insaf tambah-tambah bila kita sendiri rasa kena kafan tu
alhamdulillah..
;)
Post a Comment