Monday, February 15, 2010

INI SOAL RASA HATI GUA.

Buat sekian kalinya perasaan hati gua rasa dicarik-carik lagi; setelah beberapa kali disiat-rabak. Gua kecundang lagi. Gua pun tak tahu kenapa hati gua ni macam kertas tisu tisu muka ke tandas; senang benar cariknya. Kena air pun boleh tiris, apatah lagi disiat-koyak. Gua terkadang tewas, tewas dengan perasaan hati gua sendiri. Kenapa gua masih tak boleh move-on kata bahasa PPSMI, gua pun tak tahu.

Gua sedar, gua ni pemurah, baik hati kata mak gua. Berapa kali orang buat salah besar dengan gua pun, gua tetap maafkan. Gua pasti beri peluang punya. Biarpun kadang-kadang gua kentalkan hati ini; supaya jadi lebih tepu, lebih tegar dan kejam barangkali, tapi hujungnya pasti gua kalah juga.

Kadang-kadang gua senyum; tampal senyum dan ikat muka kata cikgu mata hitam. Tapi dalam sini (tepuk dada kiri) tak semua tahu apa yang gua pendam dalam sini. Sakit dia, luka tak nampak darah. Rasa sayu dia, macam kita berdiri atas bangunan tinggi dan pandang kebawah. Sedih dia, macam menangis paksa keluar air mata yang dah habis. Gua sendiri tak tahu nak definisikan rasa hati gua sekarang macam mana.

Mungkin ada orang cakap, benda macam ini tak payah ambil serius sangat. Benda tak pasti dan jangan mengharap. Betul gua setuju, tapi apa yang kita lihat tak sama apa yang kita rasa. gua tak reti macam mana nak buang rasa yang gua sendiri dah bina dan rasa itu sesuatu yang buat gua rasa bahagia. Dan pula, orang yang buat gua rasa macam tu, boleh wujudkan rasa tu pada orang lain. Pening bukan?

Gua sebenarnya keliru dengan rasa hati gua dan keputusan yang gua ambil. Soal rasa hati ini kadang-kadang boleh buat hidup ini jadi tak tentu arah. Kusut, serabut dan semak samun. Gua pun tak tahu bila masalah KEY EL EM JEY gua ini akan berakhir. Haih..

Jangan sayang gua sebab kasihan dengan hidup gua yang sorrow kata PPSMI. Gua tak perlu simpati dan kasihan orang. Yang gua nak Cuma rasa dicintai seseorang. Seseorang yang boleh terima kekurangan pada diri gua ini. itu je gua minta. ITU SAJA. Tak banyak.



22 comments:

Cik Chuie said...

faham...faham...
rasa terpakse mencintai org pon tak setanding sakitnya kan...tabahlah. =)

faqhrule said...

sue:
tengah cuba tabahlah ni

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

chegu mata choklat.

hidup ini kadangkala kita perlu bunuh diri sendiri banyak kali.

tapi, kesakitan itu takkan mampu buat kita goyah di hadapan mereka yang lain bukan?

biar sakit, biar derita, kita akan tetap diri dengan megah, gagah.


cikgu mata hitam.

yana lyana said...

syahdu rasanya jadi kamu.

tak semua dalam dunia seindah dalam mimpi kita.
berdoalah semoga apa yang kita mahu, kekal milik kita.

bertabahlah cikgu.

faqhrule said...

cikgu mata hitam:

chegu mata choklat cuba jadi gagah cuba jadi kuat,
sebab itu yang mereka mahu.
semampu boleh cuba untuk jadi begitu.
doakanlah.

butterlyana:

andailah boleh yang kita mahu itu kekal, kan baik macam itu.
terima kasih yana.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Chegu mata choklat :

Dan bila saat metamorfosis tiba, kita akan tunjukkan pada mereka.

=]

faqhrule said...

cikgu mata hitam:

mentafora tahap kompleks itu.

Paan Ovrtd said...

In order to become indestructible, first you have to be destroyed.

Benda mcm ni fakhrul, lu kena tau dia punya pro dan kontra. Mcm mana nak saing, macam mana nak tapis. Gua bukan sehari dua lalui hidup mcm ni. Almost hari-hari, tapi gua get used to it. Sometimes gua rasa macam bosan pulak kalau x rasa mcm ni.

faqhrule said...

paan:
ini dalam proses get used to it lah ni paan. its hard to swallow brudder!

Anonymous said...

hoi bodoh,
takkan kau tak nampak lagi dengan mata kasar kau tu? pompuan tu tak nak dekat kau. macam-macam lah alasan dia bagi. semua tu takkan kau tak nampak?
buat apa kejar benda yang tak pasti. nak kejar benda yang memang nak lari dari kau. kau tak nampak ke cara kau tu macam paksa orang biar get along dengan kau?
ingatkan pandai, bodoh jugak kau ni.
wei mat, banyak lagi perempuan lain bersepah kat luar tu, yang kau terhegeh-hegeh nak kat perempuan tu apa hal?
desperate sangat ke kau ni?
dah la mat, kadang-kadang aku naik bosan tengok kau ni.
dah macam perempuan dah, sikit-sikit jaja cerita cinta tak sudah dalam blog kau ni.
meluat tau tak?
lagi pun blog kau bukan best mana.

faqhrule said...

anonymous?
whoaaaaa...
middle finger dude!

sharamli said...

semua 0rg akan rasa camni..
tapi chegu kan laki..xleh la nak jadik hati tisu cam p0mpuan..kena la kuat sikit..kena kuat..kal0 xleh kuat p0n..kena belak0n wat2 kuat..barula kamil jadikan c0nt0h..
eh macam tesasar lak kan..
nway..amek kata2 an0n tu dari segi p0sitif wal0pun macam xde yg p0sitif kan..

:)

cud the ★ said...

KLMJ tu ape??
kureng ngerti..
hehe

hurmm
abaikn je anonym tu.,,
hati dy made by stone kot//

faqhrule said...

maksu:
yela maksu. terima kasih.

cud:
cuba tengok entri lepas-lepas

Anonymous said...

hahahaha ramai penyokong nampak. kau ingat ramai sokong kau macam ni kau bagus ke? kau tu ada big L atas dahi. tau tak big L tu apa?
LOSER la bodo!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Chegu mata choklat.

Mungkin ia metafora tinggi, tapi cikgu mata hitam tahu suatu hari nanti chegu mata choklat akan mengerti.

Chegu mata choklat, bila ada serangan daripada luar yang tidak faham akan manifestasi diri, biarkan angin badai menghembus ia keluar dan berlalu pergi.

Tidak guna mencurahkan minyak yang penat digali pada api.

Senyum chegu.

Kita berdua layak senyum.

CHEKGU ALAN said...

lebih bek kita sygi org yg syg kite
bkn nk rendahkn kaum pompuan
tp gua rase la kn
elok cri gurl yg btol2 syg kite
dr kite yg syg gurl 2 lebeh2
xde niat nk sakitkn hati kaum hawa

Rajuna said...
This comment has been removed by the author.
Rajuna said...

abang/kakak anonymous sedapnya bahasa awak..

rileks rul.ceh aku pandai cakap seh. the higher yr expectations the harder you fall. ini pepatah jawa. ya. nak buat macam mana. yang penting kita calm down dan sesekali boleh la layan break down hardcore kerana setiap henjutan mampu meredakan amarah.

fifa said...

ape mslh si anonymous ni
die tu yg big L kat kepala weyy!

CHEKGU ALAN said...

anonymous:
insurans full body kot

Anonymous said...

bia ape org nak kate.
kite je yang taw ape yg kite rase.
so..take ur time.
k?
klmj2 jgak..ksihatan mao jaga.
ok chegu?
*wink wink*