cuaca pukul sebelas setengah memang panas sekarang. lokasi sekolah dekat dengan tanah tinggi dan kawasan bukit bukau hulu langat ini pun tak mampu nak menyejukkan cuaca sekarang. perut separa kenyang. tadi aku isi dengan lapan puluh sen atau dua bungkus cucur udang. air milo panas RM1.50 aku minum habis-tak tinggal apa.
sementara belum dapat jadual kelas yang akan diajar, aku dengan lima orang ustaz dan seorang cikgu semuanya berpraktikal disini pilih untuk duduk di makmal jQaf disini. ruang bilik guru yang terhad tidak memungkinkan kami untuk boleh sama turut serta dalam kelompok guru sekolah.
bila semua perut dah diisi, tiada kerja yang membebankan dan duduk dibawah kipas laju dan diluar pula cuaca mula terik; mata jadi mengantuk. ada yang sudah gugur di medan mimpi. ada yang tersengguk menahan kelopak mata yang berat. aku pun terlayang juga dengan tidur ayam dek pengaruh persekitaran.
"assalamualaikum. nak ambil barang sekejap ya," ustazah muda baru kerja masuk bilik jqaf meluru. semua macam kena letrik, bangun betulkan duduk. takkan nak baring pula kan? mana la sopan tambah-tambah depan ustazah cun tu. bila ustazah cun dah keluar, semuanya terkulat kulat; menahan malu dan segan mungkin.
aku bangun, sarung kasut dan berjalan menuju bilik air. tak boleh jadi macam ni. kalau biar lama-lama memnag tak jadi kerja. asyik duduk layan mata karang tidur pulak. lagi parah kalau guru besar ronda-ronda nak tengok guru praktikum. aku mahu basuh muka. repo kena baik praktikum ni. senyum mesti melekat hujung bibir. biar plastik sekalipun. aku nak basuh muka, kasi segar semula.
aku kuak luas pintu bilik air yang separa terbuka. sunyi. mesti tak ada orang dalam situ. langkah longlai dapatkan sinki dengan cermin depannya. menguap dua tiga kali memang tanda aku mengantuk sangat. pulas pili dan tadah air paip yang meluru keluar dengan tapak tangan. aku masukkan dalam mulut dan kumurkan dua tiga kali. kemudian tadah lagi, basahkan muka dua tiga kali. haaaaaaaahhhh...lega.
aku sudah segar. anak mata kembali membesar. atas sinki ada pencuci muka jenama Avon. bila masa pulak cikgu sini sempat cuci muka kat tandas guru aku pun tak tahu. pencuci muka? Avon?
DEMMMMMMMMMMMMMM... gua masuk tandas cikgu perempuan!
cepat-cepat aku keluar. selamat waktu tu tak ada cikgu-murid pun tak ada. lega keluar tandas buat muka selamba. kalau la ustazah cun tadi nampak. huhuhu kantoi...

8 comments:
chegu mata coklat~
macam mana boleh masuk salah tandas ni?
cikgu zara mata hitam.
=]
cikgu zara mata hitam:
mata coklat chegu mengantuk, jadi irisnya mengecil, tak perasan pulak tulisan depan pintu
chegu mata tak biru
nsb la xde cikgu pompuan masuk
kalo x dorank dpt tgk free show je
hahaha
faqhrul
aku harap kau tak berenti tulis pengalaman kau praktikum. terus terang aku terpaksa menjadikan blog kau sebagai antara bahan rujuk aku. sapa cakap budak dpli tak suka budak ijazah sarjana muda pertama (ismp)? memang aku pernah mengajar tapi jadi cikgu GSTT memang aku berlagak macam cikgu otai. pung pang pung pang keluar kelas berlenggang! kali ni masak.
terima kasih sudi kongsi pengalaman.
ustazah cun tu mesti bc bl0g ni kan..
oh..cikgu prasekolah ade toilet sendiri..ade dapur...ade katil...haha...best tak?
baik ko ckp best..
len kali basuh muka kt sinki kantin jelahhh..
sha:
ustazah tu tak tau chegu ada blog lah
k.anim:
hehehe best2..
ko mmg x semonggah
Post a Comment