Miggu ketiga : 15 FEBRUARI 2010 – 20 FEBRUARI 2010
Tarikh | 18, 19, dan 20 Februari 2010 |
Tajuk | Latihan Rumah Sukan (7.45 – 10.00 pagi) |
Peristiwa | Minggu latihan rumah sukan menjelang sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai. |
Bisikan hati/ Perasaan | Saya telah dilantik sebagai guru penasihat rumah sukan untuk rumah Hijau. Saya amat berbesar hati dengan tugas yang diberikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum. |
Menganalisis / Menilai | Memandangkan guru penasihat rumah Hijau sesi pagi terdiri daripada majoritinya guru perempuan, sudah menjadi tanggungjawab saya yang menjadi tenaga pengajar dalam melakukan pengajaran, penerangan dan tunjuk cara bagi acara seperti lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan acara pecut. |
Kesedaran Baru / Harapan | Saya amat bersyukur dengan ilmu yang telah dipelajari semasa latihan di IPG dimana segala teori dan pengalaman dalam subjek Pengurusan Olahraga dapat diguna pakai sewaktu latihan rumah sukan dijalankan. Pengetahuan tentang olahraga yang dipelajarai juga mampu disalurkan sewaktu latihan rumah sukan. Saya juga berpeluang untuk melakukan demonstrasi serta tunjuk cara dalam melatih rumah sukan Hijau untuk menghadapi kejohanan sukan tahunan yang bakal berlangsung. Saya berupaya mempelajari bagaimana untuk mengurus murid dalam bilangan ramai dimana semua murid tahun satu, lima dan enam terlibat serentak dalam latihan rumah sukan. Pendekatan serta kaedah dalam melatih murid dalam aktiviti fizikal merupakan suatu pengalaman baharu yang saya pelajari dimana ia merupakan situasi yang berbeza dengan pengajaran dalam bilik darjah. Saya juga turut berasa gembira dan berbesar hati dengan sumbangan yang saya mampu berikan terhadap rumah Hijau dalam latihan rumah sukan. Secara tidak langsung saya dapat membantu guru yang majoritinya perempuan dalam melicinkan lagi perjalanan latihan rumah sukan dimana saya berpeluang mengendalikan aktiviti pemanasan badan, regangan, konsep serta cara perlaksanaan aktiviti yang bakal dijalankan. |
Cadangan / Tindakan | Dalam tempoh menjelangnya sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, saya akan sedaya upaya untuk membantu murid terutamanya yang mewakili rumah Hijau untuk berjaya dalam setiap acara yang dipertandingkan. Latihan serta motivasi yang perlu akan saya cuba terapkan dengan baik. Saya juga harus memperbaiki teknik penyampaian, penerangan serta kepelbagaian aktiviti bagi menjadikan latihan rumah sukan menjadi suatu aktiviti yang menarik minat murid dan murid mampu memperkembangkan potensi diri mereka tidak hanya terhad dalam akedemik namun juga dalam aktiviti sukan di luar bilik darjah. |
9 comments:
chegu..kat sek0lah sy dulu..rumah hijau selalu main kec0h..benci!!
maksu:
rumah hijau memang baik punya pun
If i had a teacher like you back then when I was still schooling, I would not miss curricular activities, not even once! Haha! :D
khaleeqa:
hahaha
really?
i wonder why?
saya rumah merah dulu haks . haha
jgn time praktikal je smgt, time da posting 6t x wat lak sukan kt skul
fezal:
rumah merah semangat je lebih. hahaha
alan:
alah lu, buat rph pun belum pas lagi nak cerita praktikal.
Ni dah apa jadah dah ni? Parah, parah...
Hahahaha! Bendahara!
paan:
hoi ingat zaman melayu melaka ke?
Post a Comment