Thursday, February 11, 2010

AMARAN KERASti



saya cikgu fakrul. saya garang. saya letih sekarang, emosi tak stabil. penat balik kerja tak hilang lagi. tekak kering haus pulak lagi. bibir dah mengelupas cuaca panas sangat. tak ada masa nak tulis entri baru. rancangan pengajaran harian esok belum tulis lagi. jangan buat pasal! saya panas baran. jangan sampai saya cepuk kamu. saya bukan rockstar indie.

Tuesday, February 9, 2010

ABANG-SAYANG TIDUR LEWAT

jam dinding sudah 2.30 pagi. suasana dini pagi sunyi amat. tanpa ada bunyi cengkerik seekor pun. semunya gelap, tiada bewarna.

"nanti baju kahwin abang nak warna apa? tanya si dia. "ikut sayang lah, abang ikut aja," balas ringkas pendek jawapan. "betul ke ni abang nak kahwin dengan sayang ni?" tanya dia bersungguh. "hehehe kalau dah jodoh, abang on je," sambil senyum meleret-leret. "hehehe sayang nak buat macam-macam, jadi kalau macam tu, abang kena ready duit lah," perbualan nikah kahwin makin rancak.

"kena kongsi la macam tu, sayang sikit abang sikit," balas kata-kata si dia tadi. " kalau macam tu, sayang nak baju kahwin warna biru. ha chop dulu hehehe," gurau manja berebut warna macam anak kecil berebutkan mainan. "biru lembut ke?" aku tanya untuk kepastian. "yup," jawab dia ringkas sambil senyum.

"okey, kalau dekat rumah abang nanti, baju warna cream tau," cerita nikah kahwin makin panjang. "okey jugak tu bang. nikah nanti warna gold, tunang pun sayang nak warna gold juga," yakin jawapannya. "cantek," jawabku ringkas. aku dan dia merenung jauh kehadapan. entah kemana jauh sayup benar penglihatan. iris mata semakin mengecil. mata terkatup.

***
bangun pagi tadi 5.50 kepala aku rasa berat sangat. memang hampeh!! tidur 3 jam boleh pulak mimpi nak kahwin. mimpi kahwin tak apa lah jugak, ni mimpi berebut nak warna baju kahwin. apa punya mimpi ni? ini semua Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Pendidikan Seni visual punya hal. tak pasal-pasal gua kena tidur lewat. mimpi rebut warna baju kahwin pulak tu. hampeh!

GUNA ABANG-SAYANG YANG TAK BOLEH TAHAN TU!

tak pasal-pasal mata gua stim buat rancangan pengajaran harian kat sekolah tadi!

GUA KENA TIPU HIDUP-HIDUP.

kehidupan aku dalam dua minggu ini memang agak celaru. bangun seawal 5.50 pagi bertolak ke hulu langat 6.40 pagi tiba semula ke di bilik sekitar jam 2.30 petang. malam pula tidur lewat pagi menyiapkan tugasan sekolah esok harinya. semua macam serabut dan tidak normal. tambah pula cuaca sekarang gila panas memang buatkan badan jadi letih.

hari ini mula mengajar. 2 kelas kajian tempatan tahun lima. tiada masalah, semuanya berjalan seperti dalam rancangan mengajar yang telah disiapkan. cuma, tempoh masa yang lama tidak mengajar membuatkan tekak berada dalam keadaan selesa, dan hari ini peti suara, kerongkong, anak tekak semua bekerja keras. tambah pula cuaca panas sekarang betul-betul mencabar kejantanan suara.

penat hari ini aku basahkan dengan mandi. biar luntur segala penat dan lelah ganti dengan segar nyaman bau wangi sabun lifebouy. lepas mandi aku ambil masa sikit untuk tidur. kepala rasa berat semacam, kelopak mata pun kuyu keletihan. pasang kipas dengan putaran maksimum- aku lena.

buka mata aku jadi gelabah. jam dinding sudah pukul 5.30. cis aku kena turun training takraw petang ni! bingkas bangun terus mandi. berwudhu' dan kembali kebilik bersiap solat asar. kepala masih separa sedar biar badan agak segar. bentang sejadah dan solat. solat pun tidak berapa fokus bilangan rakaat hilang hitungnya. sampai tahiyyat akhir dan salam, syukur tertib semua cukup. tadah tangan dan berdoa agar yang maha esa tabahkan hati dan mudahkan segala urusan. amin.

selesai menekup muka mengaminkan doa, sayup-sayup azan jauh bergema. maghrib kah? kenapa masih terang. cepat-cepat capai telefon bimbit, lihat paparan jam baru 4.50 petang. demmm. bateri jam dinding dah kong! aku capai kopiah dengan kunci motor, terus pergi masjid. dalam hati rasa bengang ditipu jam dinding mati!

Sunday, February 7, 2010

SOLUSI

saya tak pasti,
samaada tadi;
sungai gombak atau sungai langat,
deras arus yang menderu laju,
menjadi saksi berwakil wali,
kepada ijab dan talaq,
simpulan tindih kasih cinta kita.

bukit-bukit bangsar,
jauh terlopong memerhati,
mana hujungnya diskusi hati,
soal saya, soal perasaan, soal awak,
soal cinta kita.
lama berkecamuk kian membarah.

hujungnya masih persis,
gagak terbang - pulang kembali,
atas ranting cinta yang kian sekah,
tanpa konklusi.

***

*mencarut bahasa kesat*

karya asal disini:

http://hatibisu.blogspot.com/

Thursday, February 4, 2010

GUA, BIBIR DAN DANIEL CRAIG.

tajuk: sesi perkenalan dengan cikgu kajian tempatan baru (praktikum)
lokasi: tahun lima amanah
period: kajian tempatan.

cikgu: baik semua, saya cikgu kajian tempatan kamu yang baharu. mulai minggu depan saya akan mengajar kajian tempatan untuk tiga bulan ini. sebelum itu saya nak berkenalan dengan kamu semua. nama saya mohammad fakrullah bin abdul razak. kamu semua boleh panggil saya cikgu fakrul.

murid: alaaa cikgu, dah ada cikgu fakhrul azam yang baru masuk tahun ni. takkan nak panggil cikgu fakrul juga?

cikgu: awak boleh panggil saya cikgu fakrullah kalau macam tu.

murid: macam panjang sangat la cikgu.

cikgu: dah macam tu kamu nak panggil saya apa?

murid: cikgu nabil la.

cikgu: eh apa pasal panggil saya cikgu nabil?

murid: sebab muka cikgu macam nabil la. bibir cikgu pun serupa nabil jugak. hahahaha
(ramai murid ketawa, mengiyakan)

cikgu: okey, kamu boleh panggil saya cikgu Craig, Daniel Craig. yang berlakon james bond tu.

murid: eh kenapa pulak cikgu?

cikgu: sebab bibir daniel craig tu macam bibir saya.

murid: elehhhhhh...

***

murid: cikgu dah ada awek belum?

cikgu: tak. saya tak ada awek ke teman wanita ke isteri, tak ada.

murid: elehhhhh.. tipulah. takkan cikgu hensem macam ni tak ada awek?


gua terkedu sekejap.

MENGULIT MIMPI DALAM BILIK JQAF

cuaca pukul sebelas setengah memang panas sekarang. lokasi sekolah dekat dengan tanah tinggi dan kawasan bukit bukau hulu langat ini pun tak mampu nak menyejukkan cuaca sekarang. perut separa kenyang. tadi aku isi dengan lapan puluh sen atau dua bungkus cucur udang. air milo panas RM1.50 aku minum habis-tak tinggal apa.

sementara belum dapat jadual kelas yang akan diajar, aku dengan lima orang ustaz dan seorang cikgu semuanya berpraktikal disini pilih untuk duduk di makmal jQaf disini. ruang bilik guru yang terhad tidak memungkinkan kami untuk boleh sama turut serta dalam kelompok guru sekolah.

bila semua perut dah diisi, tiada kerja yang membebankan dan duduk dibawah kipas laju dan diluar pula cuaca mula terik; mata jadi mengantuk. ada yang sudah gugur di medan mimpi. ada yang tersengguk menahan kelopak mata yang berat. aku pun terlayang juga dengan tidur ayam dek pengaruh persekitaran.

"assalamualaikum. nak ambil barang sekejap ya," ustazah muda baru kerja masuk bilik jqaf meluru. semua macam kena letrik, bangun betulkan duduk. takkan nak baring pula kan? mana la sopan tambah-tambah depan ustazah cun tu. bila ustazah cun dah keluar, semuanya terkulat kulat; menahan malu dan segan mungkin.

aku bangun, sarung kasut dan berjalan menuju bilik air. tak boleh jadi macam ni. kalau biar lama-lama memnag tak jadi kerja. asyik duduk layan mata karang tidur pulak. lagi parah kalau guru besar ronda-ronda nak tengok guru praktikum. aku mahu basuh muka. repo kena baik praktikum ni. senyum mesti melekat hujung bibir. biar plastik sekalipun. aku nak basuh muka, kasi segar semula.

aku kuak luas pintu bilik air yang separa terbuka. sunyi. mesti tak ada orang dalam situ. langkah longlai dapatkan sinki dengan cermin depannya. menguap dua tiga kali memang tanda aku mengantuk sangat. pulas pili dan tadah air paip yang meluru keluar dengan tapak tangan. aku masukkan dalam mulut dan kumurkan dua tiga kali. kemudian tadah lagi, basahkan muka dua tiga kali. haaaaaaaahhhh...lega.

aku sudah segar. anak mata kembali membesar. atas sinki ada pencuci muka jenama Avon. bila masa pulak cikgu sini sempat cuci muka kat tandas guru aku pun tak tahu. pencuci muka? Avon?


DEMMMMMMMMMMMMMM... gua masuk tandas cikgu perempuan!


cepat-cepat aku keluar. selamat waktu tu tak ada cikgu-murid pun tak ada. lega keluar tandas buat muka selamba. kalau la ustazah cun tadi nampak. huhuhu kantoi...

Monday, February 1, 2010

RAMBUT SISIR BELAH TEPI


kelmarin dulu masa balik kampung, aku selongkar almari lama kain baju. selongkar punya selongkar jumpa balik macam-macam khazanah lama yang aku ada sejak kecil lagi. ada juga sebahagian yang sudah lapuk teruk dan ada juga yang masih elok dalam simpanan.

aku nak kongsi satu gambar yang sekarang buat aku tersengih-sengih kalau tengok balik. gambar dekat buku rekod pendaftaran darjah satu. yang pasti gambar ini gambar masa tadika dulu. zaman kecik-kecik banyak buat aku rasa nak balik jadi kanak-kanak riang. tak payah fikir pasal masalah.




comel kan aku? hahaha rambut aku masa kecik memang lebat tak macam sekarang dah jarang dan ada potensi botak bila umur meningkat tua nanti. zaman kanak-kanak aku penuh dengan cerita gembira. seronoknya kalau dapat jadi kecik-kecik macam dulu.

kamu ada gambar masa kecil? mari kongsi lah!