Monday, January 19, 2009

I Feel No Pain...

Betul kata orang tua-tua, benda yang sedap kalau berlebihan akan mengundang parah. Itu yang terjadi pada diri aku sekarang. Sakit. Ya. Berjalan tehincut-hincut; sedikit terabur atur langkah seperti orang kena sakit angin pasang. Sigh!

Petang kelmarin, seperti biasanya aku akan turun memenuhi nafsu petang. Melakukan sesuatu yang menjadi ‘passion’ aku semenjak dari sekolah rendah. Aku letakkannya seperti isteri pertama. Memenuhi nafsu bersamanya jauh lebih nikmat berbanding benda-benda lain yang mampu memberi kepuasan tahap maksima! Sehari tidak berasmara dengannya memang membuatkan aku tak senang duduk. Biarlah penat sekali pun, aku memang puas dapat bersamanya.

Tapi petang semalam baru aku tahu betapa nikmat itu memang memudaratkan jika berlebihan dos ambilanya. Mula dengan seorang ‘brader’ kolej aku yang baru seminggu berdaftar disini datang untuk mencuba kehebatannya. Aku lihat di bersungguh-sungguh petang semalam. Aku mula terbakar. Setiap kali aku junamkan, pasti brader tu buat hadangan. Satu, dua, tiga kandas dengan hadangan brader itu. Aku dah mula jadi panas, aku ambil keputusan untuk ‘mandikan’ brader tu setiap kali dia buat hadangan.

Tapi aku sedar yang peha kiri aku belum sembuh sepenuhnya. Tapi brader ni dah berlebih, asalnya Cuma nak keluar peluh; sudah menjadi serius! Muka dah ketat; bakar-membakar dah bermula. Aku tak hiraukan peha yang sakit ni. Aku membeli kalau orang beriya-iya menjual. Aku terpaksa memerah tenaga untuk betul-betul hempuk sekuat hati , tunjuk dekat brader ni yang aku betul-betul memang kecanduan dengan benda ini!

Dan kemuncaknya, Alan orang yang mengapit aku hantar bola betul-betul di bahagian paling sukar; dimana aku kena gulung! Ya aku terpaksa gulung bola tu, terpaksa menggunakan kudrat peha kiri yang sedang sakit ini. memang aku hentak betul-betul bola tu dan memang aku puas. Bangun dari jatuhan akibat gulungan tadi peha kiri terasa berdenyut. Laju denyutnya. Pangkal peha mulai bengkak. Demmit. Baru dua hari berehat,peha ni kembali cedera. Pangkal peha kembali bengkak ototnya. Arghhh. Sangat sakit. Aku biasa rasa sakit tapi tak pernah sakit macam ni. Sekarang aku terima padahnya. Sangat sakit.

Almez yoko-yoko sekarang jadi teman. Ais juga begitu, dituam di pangkal peha sehingga cair membuatkan peha aku kebas. Dan petang ini aku ragu. Aku sentiasa bernafsu untuk turun memuaskan nafsu itu. Ketagih. Kerana aku memang terbiasa bersamanya. Itulah nafsu aku. Nafsu kepada SEPAK TAKRAW!

*engkau ingat aku kecanduan apa hah?

8 comments:

Paan Ovrtd said...

Gua sangap nak kawin je ni. Ngeee....

faqhrule said...

paan;
lu mana reti main takraw!

Paan Ovrtd said...

Eh, reti beb... dulu selalu team ngan pais. Gua tekong beb. Pais killer.

faqhrule said...

paan;
lu main wakil mana?
kampung peladang tu sayo je gua layan.
tanya pais la gua main camne..

Shahrul Tanaka said...

he3 nnt gua bawa team gua plak oke? :P
lu gulung abis-abisan oke?
nnt petik ja gulungan lu 2 ;)

Anonymous said...

ceraikan aje isteri pertama chegu ni...
memudaratkan...
hahaha

ikmaLisme said...

btol tu..
ko ceraikan je..
watpe nak penuhkan nafsu tp badan binasa..
hahahahaha...

baik maen PES 2009...

ada bran??

Anonymous said...

teruskan dengan kepuasan diri...
hanya tuan empunya jerk yang tau kenikmatannya...
pedulikkan apa org nak kata...
kita susah bukan org dtg tolong pun...
masing2 nafsi binafsi...
hahaha...
tapi suka gak tgk che gu main takraw dengan semangtnya...
kadang2 terbakargak nak bersukan nie,...
bagus sangat... teruskan biar jadi asbab kepada orang lain untuk menjaga kesihatan diri..
besar pahalanya...
semoga cepat sembuh dan boleh beraksi kembali...
balik nie bwk moto elok2... jangan ikut hawa nafsu semata-mata...
bnykkan berehat... kem salam kat kamil yang dah dewasa tue...
kalau ada kuih apam jgn lupa bawak... lagi satu kucing kat umah tue bagi makan bnyk2 sampai gemuk...
salam...