Wednesday, January 21, 2009

Sedang Kita..



Sedang kita duduk ketawa;
Mereka sedang meratap hiba.

Sedang kita makan berselera;
Mereka makan tiada apa.

Sedang kita tidur lena;
Mereka lelap kerap terjaga.

Sedang kita bersama keluarga;
Mereka resah ibu ayah entah kemana.

Sedang kita bermain kejar-kejaran;
Mereka berlari mencari perlindungan.

Sedang kita menyanyi berpesta;
Mereka menjerit tak keluar suara.

Sedang kita main perang-perangan;
Mereka sedang diancam pembunuhan.

Sedang kita lena tidur malam;
Mereka sedang disembelih kejam.

Sejauh mana hati kamu tersentuh melihat saudara kita ditindas disana? Apa sumbanganmu? Jangan lupa, kita akan disoal nanti “siapa saudaramu?” apa jawapan kita disana nanti? Sedangkan saudara kita sedang ditindas, disembelih, dibunuh kejam. Hey aku juga punk bukan aku manusia seperti kamu, tapi aku masih berpegang dan mempercayai tuhanku, agama peganganku, saudara seagamaku. Kamu hanya berkompang dengan hak asasi kebebasan yang kononya kamu perjuangakan, tapi kamu hanya melihat tanpa sebarang aksi, apa sumbanganmu? Ptuihh..aku benci kamu. Kamujuga tak ubah seperti zionist itu.

8 comments:

budak jahat said...

media perdana memang sial, kononnya giat berkempen menentang zionist, tapi iklan2 kapitalis bangsat seperti McD dan KFC semakin galak dipaparkan.

Bodoh kan?

faqhrule said...

betul Add..
yang lain please react!

ikmaLisme said...

mmg jahat..
nafsu aku mmg suka McD..
wat masa skrg aku boikot sehingga diorg terasa tntg boikot nie..

p/s : aku mkn ayam goreng rempah kat cafe je skrg..

rambutan said...

syukur dgn apa yang ada...
kebencian dan sifat kemarahan perlu wujud dalam hati setiap umat islam dalam menunjukkan persepakatan dalam menentang rejim zionis ini...
tapi, jgn pula kita lupa dan alpa...
perlu kita juga bersedia dalam mengahadapi apa jua onak duri yg bakal berlaku...
sematkan hati... cintai Illahi...
kukuhkan iman... selamatkan teman...
teguhkan jiwa... jangan terus bergelora...
ingatlah... persediaan diri juga perlu... keprihatinan perlu lahir dalam hati... bukan pada lahiri dan fantasi...
muhasabah diri, bentuk jati diri, jaga sahsiah diri, ukhwah dijalinkan sesama saudara dengan penuh keikhlasan,....
moga kita semua dapat ambil iktibar dan jadikan pengajaran agar kita tidak melatah di kemudian hari...
teruskan langkah... jangan gundah... Allah sentiasa bersama-sama org yang benar dan berada di jalan Allah...
matlamat tidak pernah menghalalkan cara...
semua boleh berusaha...
berusahalah dengan berpandukan akal kurniaan Illahi semoga Allahurabbi sentiasa merahmati dan merestui langkah yang dihajati...
perjuangan masih belum selesai...
salam...

pEJaL oNly said...

budak jahat: weh...btol laa...ckp nak boikot tp tiap2 ari kuar iklan kfc n mcd kat tv...pastu camner nak boikot

Shahrul Azry said...

hadkan pemakan us je la!

Poison Flower said...

gua tk cosume mcd dgn kfc. gua cosume ayam restoran hakim je.

kalau restoran hakim juga israel,kompon gua goikot gak.

dark_eky said...

jgn tgk tv..
time iklan jer trus tutup..
hehehe