Wednesday, January 28, 2009

Aku Bengang la Bangang!

Aku memang tengah emosi sekarang. Bukan emosi kerana bekas kekasih datang dalam hidup aku semula, atau tertekan dengan pembinaan soalan isu dalam sukan secara kumpulan yang hanya aku sendiri siapkan; tetapi aku begitu emosi dengan keputusan mesyuarat kolej kediaman tempat aku belajar sebentar tadi (malam tadi).

Terdahulu, aku telah dilantik menjadi ketua blok asrama lelaki disini. DAMN! WTF? Aku tak hingin langsung dengan jawatan ini. aku dicalonkan atas sebab aku dikenakan semula setelah mencadangkan nama orang yang aku rasa jauh lebih layak memegang jawatan ini, tambahan lagi dengan kejayaaannya menaikan nama asrama ini.

Aku seorang yang percaya pada solidarity/equality atau kesamarataan! Semua kita sama. Bukankah itu yang diajar oleh agamamu dan agama aku juga? aku suka bekerja tanpa paksaan dan tekanan. Aku suka bekerja secara kolektif dan kebersamaan. Aku bukan seorang yang percaya pada system hirarki. Pada aku system hirarki ini yang menjadikan orang diatas (seperti aku sekarang) hanya mengarahkan kerja, namun orang bawahan yang melakukan semua. Tapi tak tahulah jika mereka (yang mengundi aku sebentar tadi) akan bekerja apabila disuruh nanti. Atau hanya menjadi pak turut seperti sebentar tadi melihat beberapa pandir mengundi aku, lantas mengangkat tangan tanda setuju. Huh.

Mungkin kau akan berkata, Tuhan telah memilih kau untuk jawatan ini. Sesuatu yang klise; muak! Aku sendiri menolak untuk menjadi ketua! Aku memang tak biasa memimpin. Aku lebih suka berkerja bersama bukan mengarah atau diarah.

Mungkin esok, aku mula melanggar prinsip ini dan bakal mengarah dan mengerah orang dibawah aku. Aku terpaksa; dan mungkin ada yang bakal kecil hati dengan aku nanti. Nasiblah! Dan aku mula perasan ada suara-suara sinis yang sumbang sedang mentertawakan aku. Jari tengah untuk kalian! Tahu?

*kadang-kadang ada benda kita kena hadapi seorang diri. Orang hanya tahu nak lepaskan diri masing-masing sahaja. Huh.. aku marah ni!

13 comments:

Anonymous said...

salam....
sabar2 cik abg oi...
nape nk mrh2 ngn amanah yg telah dipertnggungjwbkan...
kuya pn pnh ade perasaan mcm 2...
kdag2 blh da pegang jwtn ni jd cm hipokrit je..
pas 2 mst ade lak suare2 sumbang kt belakang kte...
ckp keje xbgus r, pape tah n nk cmpare2 ngn org lain...
tp sabar 2 mendidik kte tuk jd lbh baik....
itu kn tarbiah...
pape pn kuya wishing u the best of luck...
keep up the good work...
peace!!!

faqhrule said...

kuya;

bukan marah pada amanah yg dipertanggungjawabkan, cuma bengang dengan pandir-pandir yg tahu dan mahu menyelamatkan batang leher mereka sahaja..

Shahrul Tanaka said...

sabar je la beb!
jari tengah tak best!

dzulhakim baharom said...

ya, mungkin aku seorang pandir kerana memilih orang yang aku rasa lebih NGAM utk aku BEKERJA BERSAMA.

.maaf.

ikmaLisme said...

ala jang, jadi je ketua asrama..
hehehe..
kira ok la tu..
blum jadi JPP lagi..
hehehe..

Paan Ovrtd said...

Apa lagi? Diktator la beb. Hohoho...

* Tapi muka serius.

Passerby said...

kalau gua,gua rosak kan bdk2 hostel lu ,kasi dgr discharge. semua jadi punk. hbs citer.hehe

faqhrule said...

borhan;
aku tak pandai nak pimpin orang..

shahrul;
sabar? separuh dari iman?

ikmal;
nanti aku calon hg jd jpp ok?

paan;
aku nak jadi autokratik! mengarah saja tahu!

aizu;
aku nak bagi dengar d-beat/crust la budak2 ni..ada suggestion band bagus tak?

dark_eky said...

ko terkorban..
takziah aku ucapkn..
tp tahniah jgak..
haih..

Anonymous said...

ha3...sbr la chegu...
neway tahniah hah..
*make sure y mencalonkan 2 dpt keja lbey nt..

Cik Chuie said...

sabar?
mesti chegu dah bengang ngn pekataan sabar ni...
hm...xtau nak ckp pe...
jadikan satu cabaran =)

Anonymous said...

kalau gua la..gua soh budak2 tu makan byk2 ps2 soh dorg berguling2 kt padang..kompem muntah2..

Shahrul Tanaka said...

sabar sebahagian daripada iman
bukan separuh!