Tuesday, February 17, 2009

Mari Berpantun

Setelah agak lama tidak ‘update’ blog kerana agak sibuk dengan kegiatan harian serta tahap malas yang melampau, akhirnya aku tergerak untuk menghasilkan satu entri baru. Baru-baru ini aku menyertai pesta pantun peringkat istitusi pendidikan guru kampus aku. Kerana sudah tiada lain yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, aku secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi pemantun kelas. Tanpa sebarang pencarian maklumat yang khusus ditambah dengan persediaan tahap akhir, pasukan pantun kelas pun turun ke gelanggang pantun bertemu dengan kelas junior pada pusingan awal.

Keputusannya? Sudah diduga. Pasukan kami kalah di tangan junior yang ternyata bukanlah pucuk hijau yang kami sangkakan pada awalnya. Haha. Bukanlah itu yang ingain aku coretkan disini, tapi aku dapat rasakan aku semakin tidak kritis dan puitis dalam mereka prosa klasik sebegini. Mungkin kerana telah terlalu lama ditinggalkan semenjak sekolah menengah dahulu, ataupun kali terakhir aku menyertai aktiviti sebegini hanya pada beberapa tahun yang lepas betul-betul membuatan aku agak lembab dalam mereka pantun dengan kritis, kreatif, puitis dan cantik jasad, roh dan jiwa pantun itu.

Mungkin toksik-toksik dari idealisme pemikiran, bahan audio atau pembacaan resistensi membuatkan aku agak tersiampang jauh dari benda-benda sebegini. Aku bukanlah seorang yang berjiwa sastera, tapi aku ada minat kearah itu. Jadi aku tinggalkan kamu semua dengan pantun dibawah. Kalau rajin atau pandai mwnjawab pantun, silalah beli. Tapi harus puitis tahu?


Hendak ke hutan mencari madu,

Sayang terlupa membawa kunci;

Bila berjauhan terasa rindu,

Bila berjumpa mengapa benci?



Pergi ke kota bawa belati,

Beli petai atas pengkalan;

Janji bercinta sehidup semati,

Mengapa bercerai di tengah jalan?



Hari senja menebang balak,

Ambil mancis nyalakan sumbu;

Bila ketawa terbahak-bahak,

Mengapa menangis tidak berlagu?



Nah. Kalau handal balas pantun diatas. Jangan hanya tahu jawab TAG mengarut sahaja. Cuba sesuatu yang sebegini; sangat seronok sebenarnya. Oh lupa; kamu hanya tahu mencarut memaki sahaja, berpantun mana kamu reti bukan? Sigh…

11 comments:

Budak Panjang said...

Penatnya diri tidak terperi,
Muka pun masam seperti cuka;
Bila tiada sibuk mencari,
Bila dah ada diludah pula.

Belati dibeli dari Pak Abu,
Petai dibeli dari Mak Siti;
Naluri manusia memang begitu,
Sering sahaja berubah hati.

Balak ditebang kerana kayu,
Kian hari bumi pun layu;
Menangis bukan tidak berlagu,
Tidakkah itu lagu nan pilu.

*Mengarut, mencarut atau mengarut di TAG hanyalah escape from boring and tiring life. Tidak lebih dari itu. Sekian*

faqhrule said...

budak panjang bahasanya santun,
sungguh cantik kata di karang;
penulis lain marilah berpantun,
cara baru kita bersembang.

Budak Panjang said...

zaman kini bertambah maju,
zaman dahulu dijajah jepun;
rebellion kini di dalam lagu,
rebellion dahulu bersama pantun.

Paan Ovrtd said...

Budak-budak di ambang neraka,
Aaa, lu pikir la sendiri!!!

Hahaha!

Anonymous said...

ta tauu
penah masuk, tapi, dah lupa
haha
tlong aja cekkguuu!
(;

faqhrule said...

orang jahat masuk neraka,
panas terbakar tidak terperi,
sungguh malang paan tanaka;
suruh berpantun dia tak reti.


buah mangga jatuh melantun,
ambil sedikit buat kerabu,
wahai fifa cubalah berpantun;
belum cuba belumlah tahu.

dark_eky said...

panas berdiri di petang hari..
tunggu berkumpul seluruh isi..
hari ini aku main hoki..
mlm krang nk main voli..

hahaha

Shahrul Tanaka said...

hari2 pegi jb
singgah sebentar di kedai dvd
kalu cikgu masih sudi
mau tak kita trade cd??

yes berjaya siak!

faqhrule said...

eky;

fikri suka mengumpul guli,
guli banyak berwarna merah'
malam tadi bermain voli,
pasukan ayam memanglah mudah.

sharul;
budak kelang menjual roti,
perutnya lapar lalu dimakan,
bertukar cd memanglah jadi;
cd mynightville saya sediakan;

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Balak diambil dibuang dahannya,
Mancis dinyala daunnya dibakar,
Begitulah sikap manusia,
Dah tak boleh nak diajar.