Setelah agak lama tidak ‘update’ blog kerana agak sibuk dengan kegiatan harian serta tahap malas yang melampau, akhirnya aku tergerak untuk menghasilkan satu entri baru. Baru-baru ini aku menyertai pesta pantun peringkat istitusi pendidikan guru kampus aku. Kerana sudah tiada lain yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, aku secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi pemantun kelas. Tanpa sebarang pencarian maklumat yang khusus ditambah dengan persediaan tahap akhir, pasukan pantun kelas pun turun ke gelanggang pantun bertemu dengan kelas junior pada pusingan awal.
Keputusannya? Sudah diduga. Pasukan kami kalah di tangan junior yang ternyata bukanlah pucuk hijau yang kami sangkakan pada awalnya. Haha. Bukanlah itu yang ingain aku coretkan disini, tapi aku dapat rasakan aku semakin tidak kritis dan puitis dalam mereka prosa klasik sebegini. Mungkin kerana telah terlalu lama ditinggalkan semenjak sekolah menengah dahulu, ataupun kali terakhir aku menyertai aktiviti sebegini hanya pada beberapa tahun yang lepas betul-betul membuatan aku agak lembab dalam mereka pantun dengan kritis, kreatif, puitis dan cantik jasad, roh dan jiwa pantun itu.
Mungkin toksik-toksik dari idealisme pemikiran, bahan audio atau pembacaan resistensi membuatkan aku agak tersiampang jauh dari benda-benda sebegini. Aku bukanlah seorang yang berjiwa sastera, tapi aku ada minat kearah itu. Jadi aku tinggalkan kamu semua dengan pantun dibawah. Kalau rajin atau pandai mwnjawab pantun, silalah beli. Tapi harus puitis tahu?
Hendak ke hutan mencari madu,
Sayang terlupa membawa kunci;
Bila berjauhan terasa rindu,
Bila berjumpa mengapa benci?
Pergi ke kota bawa belati,
Beli petai atas pengkalan;
Janji bercinta sehidup semati,
Mengapa bercerai di tengah jalan?
Hari senja menebang balak,
Ambil mancis nyalakan sumbu;
Bila ketawa terbahak-bahak,
Mengapa menangis tidak berlagu?
Nah. Kalau handal balas pantun diatas. Jangan hanya tahu jawab TAG mengarut sahaja. Cuba sesuatu yang sebegini; sangat seronok sebenarnya. Oh lupa; kamu hanya tahu mencarut memaki sahaja, berpantun mana kamu reti bukan? Sigh…