Selang antara kertas peperiksaan akhir selama beberapa hari memungkinkan aku untuk pulang ke kampung di Serting, Negeri Sembilan. Jarak masa dari Bangi ini untuk ke Serting cuma memakan masa aku selama dua jam setengah menaiki tunggangan empat lejang jenama honda gelombang 125 hijau aku ini. Selamba, pagi sebelum matahari tegak di atas kepala, aku redah lebuh raya utara-selatan menuju tol Senawang, terus ke Kuala Pilah dan pastinya belok ke Serting.
Aku balik ke kampung sebenarnya sekadar untuk memuaskan nafsu bermain sepak takraw. Sukan yang menjadi cinta hati aku. Untungnya, aku balik ke kampung dengan langkah kanan; ada majlis untuk diraikan! “Angah balik tak minggu ni? Kamil nak bersunat.” Begitu yang tertera pada paparan telefon mudah alih ini. waahh adik lelaki aku yang paling kecil (aku cuma ada seorang adik lelaki dari lima adik beradik) ni mahu berkhatan! Hahaha aku jadi teruja untuk cepat sampai ke rumah. Dalam kepala aku bermain-main segala macam perkara berkenaan berkhatan!
Dalam kepala, aku mereka reka cerita yang bakal buatkan adik aku akan meraung kuat, sambil cuba melepaskan diri dari dikhatankan! Haha siaplah kau! Sampai di rumah, semua tengah sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis yang akan berlangsung pada esok harinya. Adik aku tak ambil peduli langsung, masa-masa kecederaan sebelum dikhathankan digunakan sebaiknya. Dia hilang entah kemana, mungkin pergi ke kolam ikan pak Wahab, berenang bersama-sama rakan atau pergi memancing atupun merayau bersama rakan sebaya yang juga turut berkhatan bersama esok. Hari petang baru nampak susuk tubuh kecil yang agak nakal dan selalu jadi bahan buli aku.
Malamnya aku duduk bersama emak, cuma memerhati emak membuat karipap untuk dibawa ke jamuan esok. Adik aku mula kelihatan gusar, lebih banyak berdiam diri. Abah pula sibuk menguruskan persiapan esok. Kesempatan itu aku guanakan untuk menyakat adik aku. Aku cerita semua cerita yang “gore” tentang berkhatan. Sekejap aku lihat, matanya berkaca-kaca, haha takut barangkali. Tapi dia berkali kali menafikan ketakutannya. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku menyuruhnya tidur. Entah lena atau tak tidurnya aku pun tak tahu. Siaplah esok!
Hari yang ditunggu pun tiba, adik bangun awal pagi lagi menyiapkan diri dengan baju melayu lengkap bersampin. Aku dikejutkan oleh emak kerana terlalu liat untuk bangun pagi. Setelah bersiap-siap aku bersama yang lain menuju ke sekolah tempat majlis berlangsung. Kelihatan ramai yang telah datang meraikan anak-anak, adik ataupun cucu mereka yang bakal melangkah ke alam yang baru.
*bersiap-siap
YB bagi angpow
Majlis bermula dengan ucapan, seperti biasa majlis yang dianjurkan di sekolah. Kehadiran YB semestinya dalam majlis sebegini. Berucap lebih kurang panjang lepas tu rasmikan majlis berkhatan beramai-ramai. Semua yang bakal berkhatan dapat angpow dari YB, bab dapat duit takut berkhatan semua hilang. Semua budak-budak yang bakal berkhatan dikompangkan berarak semacam pengantin menuju ke padang sekolah. Di padang, sebuah kolam kanvas telah siap disediakan untuk merendam budak-budak sampai kecut!
Budak-budak tu bla dah Nampak kolam air, semua macam dah paham. Sampin, songkok dah tanggal siap-siap sebab semua tahu aktiviti berendam akan bermula. Tanpa disuruh, budak-budak ni semua terjun dalam kolam air yang disediakan. Haha memang seronok mereka mandi dalam kolam kanvas tu. Sedang mereka seronok-seronok, seorang teman yang adiknya juga turut serta dalam acara berkhatan ini menjerit kearah budak budak yang sedang asyik mandi manda. Teman ini menunjukkan isyarat gunting dengan tangan kanan dan telunjuk dengan tangan kiri, dan menggayakan isyarat seolah-olah menggunting sesuatu dengan mimik muka yang menakutkan. Hahaha semua budak yang mandi manda tadi terus senyap!
bomba kasi siram sama dia!
Mereka diarahkan untuk berada di bilik persalinan. Muka sudah mula berubah. Ada yang putih pucat macam mayat akibat takut berkhatan. Kelihatan adik aku tenang bila namanya dipanggil. Aku bersama abah berada dalam bilik berkhatan untuk menemani adik dan tolong pegang dia,mana tahu dia lari pulak nanti! Bius pertama dia tenang, tapi bila doktor melakukan sedikit ‘adjustment’ adik aku mula menagis sambil menekup muka. Kebetulan ada cikgu yang mengajar adik aku dalam bilik itu “Ala rilek la, sakit sikit je. Main hoki boleh sampai kebangsaan, ni kena sunat pun menagis. Kena kayu hoki lagi sakit,” katanya disambut gelak tawa semua yang ada dalam bilik berkhatan itu.Setelah ditenangkan, doktor menyelesaikan tugas untuk mendewasakan adik aku selama 20 minit sahaja.
Hehe berkhatan merupakan tradisi yang sangat seronok! Sakit? Memang la sakit, tapi itulah kenangan sepanjang zaman buat seorang lelaki. Dari situlah bermulanya perjalanan untuk menempuh alam remaja seterusnya alam lelaki dewasa. Ia akan jadi satu kenangan yang tak mugkin dapat dilupakan! Kepada adik aku; Kamil, sekarang barulah kau betul2 kamil. Sempurna untuk jadi seorang lelaki! Selamat memasuki alam remaja! Nanti aku balik kita makan ayam goreng syarikat multinasional tu. Aku makan kau tengok je, kalo kau makan nanti gatal camne?. Nasib la..
ni geng adik aku berlagak dah sunat padahal ni miming je
muka takut lepas menagis

21 comments:
alah ciannyer si kamil...
terus teringat zaman berkhatan dulu2...
si abg nie pun jahat gak...
kena khatan lagi skali baru tau...
jahat2 pun nampak caring jerk...
untung sapa dapat si abg nie...
hahahaha...
lepas exam gi balik jage adik...
mana tau takut bentan...
hahahaha...
tak ajak pun balik kg...
huhuhuhu...
hehehe balik ni nak layan dia lawan game bola. dia siap dah spare duit sunat nak beli joystick controller..haih..
sunat pun dapat duit kan...
tulah namanya rezeki..
yang selalu kecoh pasal elaun tue..
nak duit tak?
kalau nak apa lagi...
gi lah...
gi sunat banyak kali...
lagi banyak dapat duit...
tak yah bising sal elaun lagi...
hhahahahaha...
haha..ingatkan ko tu yang bersunat..
mmg best la majlis berkhatan kat tempat ko..sronok ramai2 ni..tringat zaman aku dulu...tp ktorg xmandi dalam kanvas..tok mudim kata xbgus utk kelakian..hehehe...so biarkan jer...sunat atas batang pisang..hehehe..rasa mcm gerun plak..tp bila pikir2 mmg sronok...
aku dulu pun sunat ramai-ramai 38 orang. budak yg nombor 1 boleh pulak menjerik mintak tolong! yang lain apa lagi gelabah la. risau tahap dewa macam mana doktor tu potong! haru satu majlis!
Kamil dah boleh pergi gig.
haha seronok baca cite ni..sian kamil ek kne buli ngn abg die. teringat masa zaman adik2 sy sunat dulu..
tp suasana nye mmg beza..xde pakai baju cantik2 ni..main siram2 apatah lagi..biasa la idup kat bandar.. tradisi2 cam ni dh semakin terhakis..bukan x nk buat..tp banyak kekangan nye..paling senang, wat appointment kat klinik..then sediakan katil kat umah dengan cadar n selimut yg baru...bg die ade feel skit..tu je..
skrg ni kamil dh jd lelaki la ek..nk ngorat kamil la..^^
kamil sgt comel :DD
(ouhh gatall!)
lepas ni boleh la skendel dgn dia pulak..
ngehhngehh ;))
aku dlu pakai tok mudim...tak sampai la 38 orang...yang paling best masa sampai orang yg last tu pisau tok mudim dah xbrapa tajam..meraung la orang yang last..cian dia..sampai kena bwk g hospital sbb pendarahan tak henti2 sampai ke malam..tp part yang paling memalukan ialah diusung ke batang pisang yang letaknya dipintu dalam keadaan tanpa seurat benang pun kerana diperhatikan oleh semua orang tak mengira jantina...warrggghhhhhh...maluu...
slamat masa tu kau kecik lagi mus. kalo la besar panjang cam skarang aku mesti gelak nak pecah perut tengok kau!hahaha
cm best jek..
kamil cute la..huahuahua..
adik oyen dlu,b4 sunat mcm pondan..smpai ktaorg gso tkut dia lembut n bjiwa pmpuan..
tp afte bsunat,jantan abes...
muahahahaha...
saya dulu khatan kat klinik jerk...
tue pun tak nak saper2 teman dalam bilik doktor...
ramai2 yang ada saya yang volunteer nak dulu..
tapi yang kelakarnya, org lain datng pakai kain saya datang pakai seluar jeans...
habis khatan keluar bilik doktor pun pakai seluar jeans..
terkejut semua orang..
yelah budak moden...
dah tak minat pakai kain pelikat (kata arwah ayah)...
masalahnya bukan tak minat tapi tak pandai, n malu nak blajo...
kat umah baru mak tolong...
tapi sepanjang tunggu baik, memang hidup macam anak raja...
minta jerk aper semua dapat...
hahahaha...
kenangan sangat...
tq Dr Tarmizi...
adik beradik ader 5 oarng lelaki...
semua Dr yang sama khatankan...
sampai sekarang bila jumper dr tarmizi masih malu lagi...
huhuhu...
rambutan, mesti Dr Tarmizi teringat kat rambutan yang meraung masa nampak picagari kan? tak pun terpaksa main kejar-kejar dengan rambutan masa nak sunat sebab rambutan takot nak bersunat kan?
hahahaha
amboi...
sori ckit...
dont judge a book by its cover...
hahahha...
tak takut pun sebab Dr ajak berbual...
bab bercakap memang melalaikan...
alih2 dah siap...
so tak rasa aper2 sangat...
alah...
entah2 cikgu yang lari2...
yelah... angah kan...
anak kedua nie org kata manjer dia lebih ckit...
tue org katalah...
rambutan tak kata...
nanti ader masa rambutan ceritakan lgi sikap anak kedua dalam keluarga terutama lelaki...
lebih2 lagi yang sulungnya perempuan...
hahaha...
cikgu takut hahaha...
aku tak merasa berkhatan ala kampung.
aku berkhatan kat klinik je.
klinik dr syukur,
bapak kawan aku rupenya kat sek. izzuddin dulu.
masa aku sunat tu doktor pasang cerita chempiang kat tv.
so, masa kena potong tu aku tonton la tv.
hahaha..mcm aku je orang kg ni..tok mudim masa nak kerat tu dia suruh baca bismillah...baca surah 3 kul...tgh2 duk baca tu tibe2 je rasa pedih..lps tu siap...hahaha..trus kena usung kat tempat tido..aku amik masa dekat seminggu br bleh berjalan...ada byk lagi nak cite tp malu r...nanti perempuan baca..mcm2..betullll...mcm2....
betul tu mus..aku nak cerita berkhatan aku kat sini nanti kena tangkap isa plak..hehehe malu pon ye gak yang baca pun ada perempuan kan..
huwhuw..kowg ney...ape da...owg len ea.. xsme spesis ngan kowg so...ttup kes..yg nk cite sal owg nyakat spupu owg khatan..huwhuw...bkn pe cian kat atuk owg yg jga dowg nie..da cam raja lak duk ngarah2 owg..last2 owg dtg g tayang mkn best2 kat dowg...padan muke..sume bengang..pastu cite kat dowg g jln2..hohoho..tp lepas dowg tu baik mmg naya la...kne buli blk..huh..
jang nnt kem slm kat kamil ek...nnt ley la join abg die neh..welcome to da club kamil...
sekarang dah start musim cuti sekolah, musim orang kahwin takpun musim budak-budak masuk jawi! ha yang mana ada adik belum berkhatan tu boleh la sarankan pada keluarga kan?seronok!
Kamil banyak dapat duit khatan x?Gua nak try usha dia belikan gua LP rare byk2 guna duit dia ah...boleh tak?Kamil,abang Paan ada band.Dari pandan indah.Meh abang ajar gi gig meh..
welcome to da club, kamil!!! jom join abg jang g gig
Post a Comment