Sunday, November 2, 2008

Exam Mode

Minggu ni minggu tensyen. budak-budak tempat aku belajar bangun pagi ramai yang muka ketat sebab waktu tidur dah dikorbankan untuk stay up sampai malam. kesannya kalau waktu subuh terutamanya time mandi, masing-masing akan ketat. jangan la cuba buat hal silap-silap ada yang telan berus gigi.aku malam tadi pun payah nak tidur, dos kopi jantan berlebihan diambil untuk sengkang mata menyebabkan aku sedikit payah diulit mimpi! demmit!

aku macam biasa, study tak banyak mana. aku ni biasa-biasa je.tengah-tengah. nak kata pandai sangat tu tak juga nak kata bodoh tu lagi la tak. cuma kadang-kadang tu aku buat lawak bodoh adalah. memang aku ni jenis pelajar yang study masa-masa kecederaan. atau masa tambahan. aku akan study sampai aku rasa dah tak boleh masuk,lepas tu aku berhenti. kalau terus sumbat, aku rasa takkan masuk satu apa pun.

minggu-minggu macam ni nafsu nak blogging rasa sedikit menurun. tak tahu kenapa.aku lebih banyak baca blog orang dari post topik baru. salah satunya yang dapat aku quote adalah ini; dari blog teman aku yang dah bekerja, kuchai aku panggil dia.

Kepada kawan2 yg akan menduduki final exam aku nak ucapkan...
"korang tak habis blaja lg ke?"

Hahahaha!

Selamat Maju Jaya!

*nota kaki - blaja kasik pandai weh!

yang ni pulak aizu;

wish me luck my friend for my final exam!
Kali ni atas usaha sendiri!
Takde bantuan dari alam lain!
Betul,aku tak tipu !
Aku start study bersungguh-sungguh dari esok!
Janji!


huhu, semua orang tensyen time macam ni. aku jadi keras time macam ni. nak blogging pun idea macam xboleh keluar je. idea tak bercambah la. bahasa yang cantik pun aku rasa payah nak reka. kejaP Lagi exam teknologi pendidikan. aku harap otak aku tak keras nak keluarkan apa yang aku belajar malam tadi..adoiyai..


nota kaki: mia,orange, onek, must prudential, bam, atikah, studen, paan, kuchai, al bahanji, dan semua yang tengok blog gua, terima kasih banyak sebab buat gua dapat feel nak blogging!

10 comments:

Poison Flower said...

hahaha,siak je .berjuang demi masa depan! haha

miss najaa.. said...

good luck 4 exam..
do the best k ;)

istima_88 said...

pape pun gud luck...
man jadda wa jada...

Mieaa said...

yeahh
wishing you in the best of luck :)

OranGe said...

wah....ckgu ltk nama orange...tharu...kata x moh kwn..hahahaha....

Kucaie said...

woi..ape siak blaja lg!!!hahaha

dendo said...

aku yakin nasir akan berjaya jadi cikgu yg berjaya. nasir aku doakan kau berjaya.hahahha..sebab dia basis band aku.

cactus biru said...

walaupun rancak memfolow aliran muzik bertaraf "monster", namun jgn dlupa tuk memenuhkan ilmu didada..
usaha!!

footnote: dewan itu milik kamu!!happy study!!best of luck!!

:: murasaki :: said...

xpyh study le wehh....nnt jd chekgu gak wehh...hahahaha...esh2...xptt aku ckp cm ni kn?kn?
hahaha......gewd luck exm!!

istima_88 said...

murasaki...
jangankan jadi cikgu gak....
pointer walaupun berbeza....
elaun pun tetap sama jerk semua org...
hahahha...
aku lagi jahat....