Monday, September 8, 2014

KARAM

resah hati,
ku kemam dalam rasa pahitnya;
sorok rasa kelat,
bawah tinta kalam yang kaku,
cuba aku sorokkan getar bibir yang tak menzahirkan sebarang nahu,
tiap patah bait yang berlegar dibenak; tak terluahkan jua,
paksa pejam semua gusar,
agar hilang dalam bayangan,
atau perlu saja semua aku tinggalkan seketika di luar kelambu,
biar dapat aku lena; lenyap dalam kalimah tauhid,
binasalah bersama resah,
dan lenyaplah dalam kalimah laillahilallah,
dan karam ditelan likat malam.