Assalamualikum. Ramadhan kareem!
Mak datok!
Sawang sini sana. Berhabuk kalau istilah bloggers 2008/2009 dulu. Inilah realitinya bilamana teknologi mengikis sifat dan sikap rajin kita dalam kehidupan seharian. Hampir setahun juga tanpa ada sebarang tulisan di medan ini. Kalau suatu masa dulu disinilah tempat mencurah rasa, tidak lagi kini.
Mahu kembali menulis, tapi mata tintanya makin tumpul. Tidak sekreatif dahulu. Klise bukan alasan? Haha.
Entahlah, sebabnya kerana terbelek semula koleksi catitan peribadi disini kelmarin. Tak banyak input positif boleh aku rungkaikan dalam blog pojok ini, cuma banyak darinya pengkisahan personal. Matang gaya penulisan pun masih juga tahap rendah. Respon pada tiap tulisan pun yang sama juga.
Tengoklah nanti, kalau rajin. Selamat berpuasa. Ada dua fasa Ramadhan yang bersisa lagi, dimana kita?
No comments:
Post a Comment