Tuesday, March 24, 2009

Selamat Pagi Cikgu Fakrullah



patutnya aku tulis ini untuk refleksi harian aku. tapi tak apalah aku post dalam entri ini saja. mungkin kebelakangan ini ada yang perasan jika aku sudah tidak rajin menulis pos pos baru untuk entri dalam blog ini. Mungkin ada mungkin juga tiada bukan. Aku tak sehebat Mia, Dik An, Add, Sharul, Aizu, Kuchai, Jimbo (sekadar menyebut nama beberapa rakan yang aktif dan ramai yang mengikuti blog mereka) dalam padang blogging ini. Aku menulis sesuatu yang bukan ada isinya; sesuatu lang lampung macam kelapa tua tak boleh di pakai santannya. erk boleh ke analogi aku pakai tu?

aku sedikit sibuk kebelakangan ini, tambahan sekarang aku sedang menjalankan pratikal mengajar di sekolah di kawasan bangi ini. masuk hari ini, sudah dua hari aku masuk mengajar dan bakal mengharungi 28 hari mendatang sebagai guru praktikal di sekolah ini. aku tak mengharapkan sesuatu yang baik tapi aku akan berusaha menjadi guru yang baik. cukup skema tak ayat untuk menjadi seorang cikgu. mengawal kelas bukanlah suatu perkara yang mudah. aku sendiri menghadapi masalah untuk mengawal murid dalam kelas terutamanya murid murid yang tidak gemar dengan aktiviti pembelajaran. murid hanya memberi fokus dalam 5 - 10 minit pertama dalam pembelajaran kalau mereka tidak minat, alamatnya macam tongkang pecahlah kelas jadinya. tambahan pula cikgu praktikum, memang siap kena buli dengan mirid-murid jika tak kena gayanya.

aku harap hari-hari mendatang dalam aku menjadi guru praktikum sebulan ini, aku dapat menimba sesuatu yang berguna untuk diri aku dan dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid aku.nanti jika ada cerita menarik aku akan post dalam entri baru okey?

11 comments:

faraeira said...

woho!
praktikum dah?
haha..
bes2..
me tahun depan =p

BECK"NOBITA"BUKOWSKI said...

didik la mereka kearah jalan yang benar!!heheheheheh!!!

:P

faqhrule said...

hana;
1st praktikum..
lain la dgn sbe!

beck;
haha jalan sehala buleh?

Miea said...

seronok?

Shahrul Tanaka said...

ha3 didik mereka kearah anarkisme :P

Anonymous said...

lu da merotan budak2 lom?

faqhrule said...

kuchai;
gua cikgu baik gua tak rotan budak..
gua guna reverse psikologi,
bukan abnormal psikologi..

Anonymous said...

yeah..cayok2.."saya bangga menjadi guru" ah..windu nye nk tny arinie ada isl tak.....bkn sng nk jd ckgu..tp yg best ble murid2 ckp -slamat pagi ckgu -salam ckgu-terima kasih ckgu-slamat pulang ckgu..huww..ckgu je yg ley dpat nie sume taw..

Paan Ovrtd said...

"Cikgu!!! Si polan bin si polan berak dalam seluar!!!" - macam mana Abang Cikgu nak berdepan dengan mehnah sebegini???

sliparbiru said...

dah praktikum ea..
best of luck cikgu fakrullah!

diba said...

jgn tensen2 prktikm..huhu