Wednesday, March 25, 2009

Macam-macam la..Haihhhh

semalam, aku berkesempatan untuk masuk ke kelas untuk rilief guru yang tidak hadir. relief untuk subjek pendidikan islam untuk setengah jam. pada hemat aku, kalau nak mengajar memang tidak berkesempatan, lagi pula ini bukan bidang yang aku pelajari di institut perguruan. jadi aku mengambil keputusan untuk berkenalan dengan mereka dan memberi nasihat. takut mengajar ajaran sesat pula nanti!

terus la ke kelas yang tertera pada borang guru ganti itu, sedikit berdebar, biasalah hari kedua menjadi guru praktikum. sampai sahaja aku terus memperkenalkan diri. suruh semua murid bersihkan lantai, pungut semua sampah dan buang ke dalam tong sampah. arahan mesti jelas beb!

setelah siap, semua murid duduk di tempat masing-masing. kebanyakkan buat muka gerun sebabkan aku memang buat serius; muka ketat.haha tapi ada jugak yang buat tak endah dengan aku. dan aku suruh mereka bangun sorang demi seorang;memperkenalkan diri masing. aku mulakan dari belakang sekali. semuanya nampak berjalan baik, mereka bangun, beritahu nama, tinggal di mana, cita-cita dan hobi. sehinggalah sampai pada yang seorang ini.

che'gu: kamu,giliran kamu sekarang kenalkan diri.
murid 1: nama saya .................... (tak mahu dikenali) cikgu.
che'gu: tinggal dekat mana?
murid 1: seksyen ..... tambahan. alah dekat-dekat sini je cikgu
che'gu: cita-cita kamu nak jadi apa bila besar nanti?
murid 1: saya nak jadi pemandu lori simen cikgu!
che'gu: kenapa nak jadi pemandu lori simen?
murid: ayah saya pemandu lori simen cikgu.
che'gu: bagus, tapi kamu mesti jadi pemilik syarikat lori simen. baik, hobi kamu apa?
murid: rahsia cikgu!
che'gu:kenapa rahsia pula?semua orang bagitahu kelas hobi mereka
murid: tak boleh cikgu sebab hobi saya mengorat budak perempuan!
che'gu: haih..macam-macam la kamu ni. duduk
che'gu: bagus semua, semua orang mempunyai cita-cita yang baik. untuk berjaya dalam hidup kita perlulah berilmu. kena belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cemerlang. jadi kelas, apa yang penting?
semua murid: KERJASAMA!!!
che'gu: haihh...banyak sangat tengaok WONDERPETS kamu semua ni!! (aku geleng kepala) yang penting kita kena berilmu lah!
murid-murid: oooohhhhhhh...Justify Full

9 comments:

orange said...

cikgu:kamu besar nanti nak jadi apa?
pelajar:mat rempit cikgu...
cikgu:eh,knp nak jadi mat rempit?
pelajar:best cikgu,boleh angkut awek.
hahaha..t'diam cikgu...
*budak2 skrg....

faqhrule said...

oren:
hahaha pengaruh sekitar tu

Shahrul Azry said...

cikgu: dah besar kamu nk jadi ape??
aku: nak jadi punk rok!

cikgu gua lempang gua secara rok sekali!
sedih siak!

faqhrule said...

sharul:
cikgu tu ajar subjek agama, memang la kena lempang..haha

ikhmas_86 said...

huwhuw..sengal ley tahan cam ckgu die gak..hehe..

Mieaa said...

ahh muka nak garang saje..

DIK AN said...

Cikgu : Cikgu nampak dalam diri kamu ada bakat superstar yang terpendam...

Dik An : Well...

safwanarsad said...

haha...aku rase ni kisah kau mase budak2 dlu..

ikmaLisme said...

Cikgu prasekolah...

Meoww...

hahaha