Sunday, April 19, 2009

Chegu Dan Sesuatu


Hai.

Sejahtera semua kamu.

Agak lama tidak mencoret disini. Rindu sungguh pada tulisan-tulisan sampah yang tidak ilmiah di laman ini. Apa khabar kamu orang semua ha? Setelah sebulan dengan praktikal mengajar di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, aku kembali semula ke ruang lingkup alam hidup aku seperti dulu.

Tiada lagi rancangan pengajaran harian atau bahan bantu mengajar untuk dihasilkan pada lewat-lewat malam. Boleh juga aku kembali untuk mengulit mimpi di awal-awal malam, bukan dinihari seperti sebulan lepas. Huh.

Sebulan sebagai seorang guru praktikum (praktikal mengajar) banyak memberikan aku pengajaran untuk menjalani rutin sebagai seorang guru kelak. Bukan mudah sebenarnya menjadi guru. Bukan seperti yang kamu lihat dari perspektif orang ketiga; guru hanya mengajar dari 7 pagi hingga 2 petang. Silap kawan!

Jadi seorang yang dipanggil cikgu bukan mudah sebenarnya. Macam-macam benda kita perlu tahu. Eh aku tak mahu cerita pasal menjadi seorang guru disini. Cuma aku nak beritahu, aku mula rindu dengan murid-murid sulung aku.


Aku mengajar Kajian Tempatan tahun 4&5. Satu kelas 43 orang, kalau 5 kelas jadinya 215 orang anak murid aku. Macam-macam kerenah aku jumpa. Seminggu aku cuma mengajar sepuluh jam sahaja. Itu pun cukup mencabar bagi aku.


Aku belajar bagaimana untuk memahami dunia mereka, keluarga mereka, emosi mereka, makanan mereka, pandangan mereka, suka dan benci mereka serta bercakap dan berfikir pada aras dan perkembangan mereka. Sebulan ini aku sempat mengajar tentang bagaimana pentingnya menjaga alam sekitar, fungsi rumah kepada manusia, kasih sayang terhadap tumbuhan dan hidupan liar dan kepentingan hidup secara kebersamaan tanpa prejudis. mengajar mereka menjadi seorang moralis. ya moralis!


Kamu paling ingat cikgu siapa pada waktu umur kamu 10 dan 11 tahun dahulu? Mengapa kamu suka pada cikgu itu?

6 comments:

Shahrul Azry said...

sedih gua cikgu!
gua dah lupakan cikgu2 gua yg lam!

DIK AN said...

My greatest teacher is my experience. I give up society as I've been through betrayal, misguided and torments, especially from a teacher that used to be my hope. I dont give a damn about who's who favorite teacher. I just dont care anymore.

faqhrule said...

sharul:
derhaka punya anak murid!

paan:
alam raya itu sekolahku-marjinal.
anda juga dikecewakan oleh seorang guru bukan?

ikmaLisme said...

cikgu tipu..

ajar 5 jam je, tulis 10 jam..

mcm hareeemm.. :p

Shahrul Azry said...

paan: lu bercinta ngan cikgu itu jadinya!
lu ingat lu dapat MFST?? :P

faqhrule said...

ikmal;
salah tulis 10 masa 5 jam
ahaks...