Tuesday, May 5, 2009

ADA SEDIKIT KEMUSKILAN DISINI.

Aku bukanlah seorang ustaz jauh sekali bijak pandai agama. Ya aku akui, hari-hari kehidupan aku sibuk dengan mengejar duniawi, sehingga terkadang terfikir bekalan di sana nanti. Namun sebagai seorang moralis yang masih percaya kepada institusi agama yang aku anuti sejak lahir, aku rasa bertanggung jawab untuk menjadikan blog aku ini salah satu cara untuk aku salurkan da’wah melalui medium ini. biar aku mulakan dengan bertanya. Kerana bagi aku dengan bertanya sesuatu persoalan yang timbul itu dpat dirungkai.

Begini:

Ada seorang teman bertanyakan hukum mengadakan majlis doa selamat dan tahlil yang diadakan di rumah sewa perempuan yang tiada lelaki muhrimnya tinggal disitu (hanya perempuan-perempuan sahaja tinggal di situ). Jemputanya pula adalah lelaki dan yang hadir ke majlis itu juga terdapat lelaki dan perempuan (sahabat handai tuan rumah tersebut). Mereka juga mengadakan solat berjemaah serta bacaan yasin dan tahlil tanpa hijab. Aku mohon jawapan/pendapat dari kamu-kamu yang memahami hukum hakam agama.

minta sebar luaskan persoalan ini, biar kita dapat rujuk banyak sumber ok.

6 comments:

Paan Ovrtd said...

Hukumnya harus. Kerana pertama kita melihat pada niat si tuan rumah, atas tujuan apa dia mengadakan keramaian. Lagipun apa yang difahami di sini (menurut apa yang ditulis), bukankah majlis sebegitu selalunya bersifat terbuka, yakni jatuh pula hukum sunat mua'qad yang mana memerlukan pimpinan. Setakat apa yang saya baca dan faham.

Harap membantu chekgu.

joegrimjow said...

hehe
tanpa hijab?
apa maksud tu?

klu pendapat ku, selagi niat betul n tiada maksiat. ok kot
tpi klu buat camni timbul fitnah orang, bek elak je

Anonymous said...

Salam alaik...

Tidak ade masalah asalkan tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan...

Perempuan perlu duduk di satu tempat dan lelaki di suatu tempat yang lain...jangan duduk menghadap antara satu sama lain coz ia dapat menjadikan kita lebih menjaga pandangan...

ShahBasfaryalmesry said...

Bismillah..
Allahumma solli 'ala Muhammad..
begini ya..
tiada haram padanya untuk mengadakan majlis seperti itu.ini adalah kerana melihat pada majlis yg ingin dilakukan itu tiada padanya unsur2 maksiat dan solat tanpa hijab itu juga tiada masalah padanya.ini adalah kerana ada perempuan itu berada di belakang di mana lelaki tidak dapat melihat mereka..jadi kesimpulannya apa2 pun yang perlu diawasi dan dititik beratkan adalah tiada berlakunya pergaulan dan percampuran yang tiada batas antara lelaki dan perempuan..wallahu ta'ala 'alam.. (maaf jika tidak jelas, boleh berbincang di masjid ) =)

Putera_Addin said...

asslamualaikum...diri yg menulis bukanlah seorang yg begitu arif dlm agama,juga xterlepas dari calitan dosa dan noda..tetapi sekadar sedikit ilmu yg mampu di kongsi..

bagi diri yg naif ini berpendapat,hukumnya harus dan perlu diingatkan niat utama diadakan majlis tersebut..

walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
"Dan ucaplah kata-kata yang makruf."
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia."

• Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya."

• Menghindari tempat syubhat
Sabda Rasulullah SAW:
"Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu..." (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita

• Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah:
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka."
Dan firmanNya lagi:
"Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj."

• Serius dalam ucapan
Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Alla :
"Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu."

• Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:
"Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan."
pergaulan perlulah dijaga terutamanya pendangan..

sharamli said...

tu putera_addin dah kasi jwpn padat tu...

nnt bgtw kwn tu erk..