Sunday, May 10, 2009

HOT BABEH..

Sekarang ni memang aku tengah panas. Panas dengan engkau orang yang baca entri ni. Panas dengan keadaan sekeliling aku sekarang. Panas dengan pelbagai hal. Buka baju masih panas. Pasang kipas sampai tahap 5 maksimum pun panas jugak. Duduk dalam tren komuter pun panas jugak. Haarghhh panas! Ini bukan entri panas cerita panas artis yang tengah panas kepanasan itu. ini enrti pasal panasnya hidup kita sekarang.

Perasan tak sekarang ni, pukul sebelas pagi lebih panasnya dah macam pukul dua petang? Petang pulak pukul enam matahari masih terik memanas. Perasan? Kalau tak perasan baik engkau pergi klinik chek apa yang patut, mungkin sensory dalam badan kau dah tak boleh bertindak balas dengan perubahan suhu sekarang ni bukan?

panas-panas macam ni, aku mula terkenang dinginnya air sungai di kampung, sejuknya air terjun dijeram dan kecutnya jari tangan dan kaki sewaktu berendam dalam sungai, ‘mengoca’ atau bahasa suratnya mecari ikan dalam lubuk-lubuk sungai. pergh..kan best kalau bangi ni ada sungai yang bersih.

panas-panas macam ni teringat cendol makcik depan kilang sony tu. tapi bila time aku datang confirm penuh dengan pecandu cendol yang kepanasan. huh lambat datang cendol habis! panas-panas macam ni senang je dapat sakit tekak. minum air banyak bergelen pun cepat je hausnya.

ah malas la aku layan kau orang semua. baik pergi mandi. hilang sikit panas badan aku ni. huh

* kau orang pernah minum air cap badak melegakan panas badan tu?

14 comments:

Paan Ovrtd said...

Jom pergi Alaska?

Anonymous said...

sjk duk kat kem, panas dahh takk de ape2 mkne pon.
rlax2 sudehh.
hahaha
(;

sharamli said...

kt neraka lagik panas kan?

ke x?

faqhrule said...

dik aan:
batu kikir turun salji kan?

Fifa:
plkn lagi panas kan hehehe

sha:
hehe maha panas..nak masuk neraka?

Anonymous said...

betul betul betul
cilakak betul.

faqhrule said...

fifa:
alah tinggal sebulan je lagi plkn tu

Shahrul Tanaka said...

neraka dah ada sistem perpaipan jgn risau ;)

faqhrule said...

saruk:
sistem perpaipan di neraka; air dalamnya tu macam lava gunung berapi badol

Anonymous said...

Jom Melihat Peristiwa ni dari sudut pandang Agama agar kita dapat menambah iman :

http://tintadaie.blogspot.com/2009/05/tarbiah-dari-allah.html

Anonymous said...

mane ade sebulann.
3 minggu jekk.
;D

khucaie said...

air cap badak tu bukan buat minum.. buat mandi bagus!

faqhrule said...

kuchai:
larat pulak nak beli berbotol-botol air cap badak tu buat air mandian

ikmaLisme said...

ko tido bogel.. ada bran??

hahaha.. :P

faqhrule said...

ikmal:
tido bogel?tak mau ah..nanti masuk angin!