Friday, July 3, 2009

Saya Tidak Tinggal Di Bangi Lagi, Tapi Di Cemara!

hari-hari aku tidak lagi seperti dahulu. tidak lagi menghirup udara segar hutan bukit sungai merab separa botak yang diratah pembangunan. tidak lagi mendengar deruan sibuknya lebuh raya utara selatan yang tidak pernah lengang. tidak lagi mendengar bahasa kias angkat bakut sendiri ayahanda kampus tempat belajar. tidak perlu takut motorsikal tercinta dirantai oleh abang jaga.

nyatanya aku kini bernada jauh dari bangi. jauh dari orang-orang tersayang. jauh dari mereka-mereka yang aku kenali. kini berada dekat dengan lebuhraya kajang silk. dekat dengan semnenyih. hari-hari aku membelah dingin semilir pagi menuju ke saujana impian. berkali juga sesat di cheras. terlepas simpang lebuhraya juga meredah arus songsang lalulintas yang sibuk.

hari-hari bakal berubah. dua bulan akan bersama kanak-kanak mendidik mereka mengenai kesedaran sivik disamping mendidik anak-anak ini tentang pentingnya aktiviti fizikal dan kesihatan. 2 bulan bakal sibuk dengan telatah hampir 240 anak kecil bakat berinteraksi langsung dengan aku.bakal dicerap oleh mereka-mereka yang arif tentang dunia belajar ini. harapnya agar semua yang aku bakal lakukan bukanlah plastik sahaja, bukan hanya untuk dinilai untuk abjad hujung peperiksaan.


maafkan aku jika aku terlalu sibuk sekarang. aku harap kamu percaya aku betul-betul sibuk. keletihan bakal aku gendong diatas bahu semasa membelah lebuhraya yang penuh dengan pemandu kereta yang ego. yang memandang sinis aku ketika digigit lahar mentari sewaktu berhenti di persimpangan jalan.tak mengapa. aku sudah pilih jalan ini. aku akan redah. doakan aku berjaya.


12 comments:

Shahrul Tanaka said...

selamat menjadi pendidik!

Huzai Mansor said...

Dah boleh buat band - Cikgu yang Hardcore- Dengan Rajuna siak.

Paan Ovrtd said...

Kerja apa je yang x penat kan? So, enjoy your job, dude! Nothing's gonna change if we still whining.

p/s : Kesumat dah record.

faqhrule said...

lionel saruk:
terima kasih

huzai nafsu:
haha aku carik cikgu yang hardcore lain yang nak buat band

paan:
dah rekod? auww teruja

Anonymous said...

selamat memimpin anakanak kecil menuju puncak dalam arena hardcore punk brotha!
haha.

khucaie said...

jgn lupa ajar subjek anarki skali ok! :p

sharamli said...

jgn wat ajaran sesat

fachrule said...

fifa:
ishhh mana ada hadko la

kucaie:
gua ajar makan tempeyaki skali

sha:
ishhh ingat ajaran kahar ke?

Freeviolence said...

budak2 tu kalau nakal pukul jer bontot diorang dengan selipar huhu

faqhrule said...

akhdan:
haha mana nak carik selipar time mengajar tu? kena bawak siap2 la camni

Anonymous said...

ak juga mendidik sivik pada mereka-mereka...
*penat
*pening
*manis dalam igauan ngeri.

-nurulkornain-

Unknown said...

bangi bukan jauh sial.cipet betol.igtkan bukit kayu hitam ke....