Tuesday, July 21, 2009

Stop Violence Against Women



Selalu kita dengar tentang keganasan terhadap perempuan. Aku sudah lama ingin menulis tentang ini. Terlintas pula untuk tanya pendapat kamu tentang perkara ini. Beberapa kali mendengar cerita teman tentang perihal mengasari perempuan ini. Aku sangat tidak bersetuju dengan tindakan mengasari perempuan dengan apa juga betuk kontaks tak kiralah fizikal atau mental.

Okey mari tanya apa kata survey. Aku mahu tahu pendapat kamu tentang;

1. Lelaki yang mengasari kekasihnya? Contoh aksi: tampar, pukul, tempelak, marah-marah?

2. Kenapa ada perempuan yang masih sayang / tidak tinggalkan lelaki yang mengasari perempuan terbabit (atas dasar cinta)?

3. Perempuan yang masih stick pada teman lelaki yang sebenarnya hanya mempergunakan perempuan itu semata-mata untuk keseronokan sahaja?

4. Kalau engkau berada di posisi perempuan yang dikasari oleh teman lelaki yang cemburu tak tentu pasal, sebab ada gambar bekas teman lelaki dalam computer riba, dan kamu dilempang, rambut ditarik kemudian computer riba itu dicampak. Reaksi kamu?

Aku cuma ingin tahu reaksi kamu tentang ini. Tak kiralah apa jantina kamu. Ini soal kemanusiaan.

20 comments:

DIK AN said...

Sejujurnya, saya cukup setuju dengan kempen semacam ini.

Tak tau nak cakap apa dah.

sharamli said...

tiba2 rasa takut nak amek kusus kawen

faqhrule said...

paan:
jawab la survey gua dol!

sha:
jawab survey tu! bukan kursus kawen!

sharamli said...

macam mana nak jawab..

yang terjadik pada diri saya sekarang adalah sebaliknya..

Lionel Azry said...

1. no komen..tapi mahu romen :P

2. mungkin kene ugut?

3. no komen jugak

4. gua buang pic KLMJ gua..setel!

boleh diterima?

faqhrule said...

sha:
bagi pandangan je la..

saruk:
terima kasih atas komen dan pandangan lu

dark_eky said...

1-tak gentle lgsg..

2-tue law of attraction..

3-haih..pikir baik, dier nk ubah prangai laki tue..heh

4-laki tue makan kasut tumit aku yg saiz 11 nie la..huh

sekian..

DIK AN said...

1. Kena tengok reason. Kalau suami atas tujuan menasihati pasangannya yang melanggar hukum hakam suami-isteri, itu x dinamakan seksis pada saya.

2. Sebab dia bodoh.

3. Jawapan seperti di atas.

4. First, report. Second, break. Lantak la jantan tu nak cakap apa pun. Dayus.

khucaie said...

1. gua tampar balik lelaki tu..
2.cinta itu buta
3.cinta itu membutakan
4.gua dgn x segan silu akan terajang telur dia sampai die mandul dan gelap masa dpn.

faqhrule said...

paan:
haa macam tu baru jawab survey. tqvm ea..

eky:
kasut kau saiz seblas ea? bapak gedang kasut kau!

kuchaie:
kasar jugak lu sbenarnye ea chaichai

sharamli said...

0k..nak jawab..ad adiah?

1---->baru jadik kekasih da nak tunjuk belang..nnt macam mana nak kawen..ni mesti amek kusus kawen pakai 0rg dalam

2--->mungkin ad baby dalam perut perempuan itu..nnt sape nak jadik bapak..s0 dy teruskan pura2 sayang

3--->sekurang2nya perempuan itu tumpang keser0n0kan juga walaupun tidak ser0n0k

4--->mintak gantirugi utk beli k0mputer riba baru sbb k0mputer riba tu beli guna duit ptptn.bukan jpa.macam mana nak tarik rambut?aurat.

b0leh x jawapan yg saya berikan ni?

Nur Mariaminul Amalina said...

kalu 'mereka' thu istimewanya wanita..

kan bagus.

=)

giGGLe said...

1) Laki tu DAYUS!
2) Pempuan BUTA HATI!
3) BODOH pya pmpuan...
4) Ketawa...~lelaki 2 mungkin sakit jiwa~

qishie said...

1.perempuan tu salah sebab tak belajar tae kwan do tem skola dulu

2.sebab dorg rasa dah jodoh kot.huhu

3.mungkin dia pun merasa nak gunakan laki tu sbg keseronokkan?

4.aku buat laki tu pengsan,disect n jadikan spesimen experiment aku.

hehehe...ok tak?

ZARA 札拉 said...

Aku sangat setuju!

Sangat bacul siapa yang buat camtu, tapi kadang2 ada je wanita yang buat camtu pada lelaki~

ZARA 札拉 said...

1. Aku mahu terajang kepala orang itu, rasa mahu terajang laju2.

2. Hati perempuan kadang2 amat lemah, terlalu cinta.

3. Sangat tak tahan dgn kes camni...

4. Aku lanyak lelaki tu semula. Lanyak kuat2...biar dia rasa derita~

P/s : ganas sangat ke aku?

http://shafaza-zara.blogspot.com/

LuVidA^^ said...

1- nasib x pnh kene.
2- ats dasar cnte? no way.
3- due2 gatai
4- repot. abah :P

Kasut Pink said...

Tumpang sibuk jgk..

1) Bls blk perkara yg same. Dunia byr cash.Tak sesia mak bapak kuar duit kelas silat gayung,inilah masanye!

2) Perempuan itu budus!

3) Sile rujuk jwpn no 2.

4) Bangga dowh bf tu syg giler same itu perempuan. Tp sblm dilempang & rmbut ditarik si perempuan harus melempang & menarik rmbut bfnye terlebih dahulu.

.sekian.

Azri Rotten said...

ntah kenape rase nak sebok gak kat sini.

1. marah ade sbb. mcm yg dituntut dlm islam tu ok ar. sepak terajang x punk ar. aku ade gak denga berite bini pukul suami pakai kuali.

2. ni aku x penah faham nape. penah skali classmate aku mate ala2 kene tumbuk. aku tanye. "what's wrong?" die reply "fell down" aku jwb balek "buto fell down. ur bf did this aite?" balek tu bf die tegur aku ckp "brudder,x yah masuk campur"

3. ni pon aku x penah faham. belajar tinggi2 tp zero.

4. hanta anger management ar pe lagi.

kalau kes langgar lari amacam?

fachrule said...

azri:
thanxs react dengan post gua ni. haha itulah yang jadi isu sekarang, baru jadi bf dah pukul and buat fizikal kontaks yang tak patut. shit this is penindasan man.thanxs anyway azri for ur concern!