Wednesday, September 2, 2009

Istiqamah



Agak lama tidak menulis apa-apa entri sepanjang ramadhan ini. bukan apa, cuma kembali sibuk dengan urusan dunia. sudah mulai kembali belajar di kelas, bukan lagi mengajar di dalam kelas. tiada lagi masa dihabiskan bersama anak murid yang comel, kini banyak bersama pensyarah yang?__________________ sila tulis sendiri.

dalam bulan ramadhan ni, aku sedar sesuatu pelik yang berlaku pada diri aku sendiri. kebelakangan ini aku rasa macam mudah sangat hati tersentuh. maksudnya aku senang benar merasa sesuatu yang sayu. paling mudah, bersama ibu ketika selepas bersahur berborak kosong di dapur. hati tiba-tiba sebak bila mendengar ibu berkata-kata padahal perkataanya bukanlah suatu yang menyedihkan. air mata bergenang dihujung kelopak mata. tak tahu kenapa.

aku berdoa agar tuhan berikan kekuatan untuk aku terus beristiqamah dalam ibadah sepanjang ramadhan ini. moga semua mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dengan amalan yang dikerjakan. Selamat Meniti 20 Ramadhan yang tinggal.

11 comments:

sharamli said...

mak s0h kawen ke?

giGGLe said...

dtg bulan ke cikgu??

Paan Ovrtd said...

Sbb x dapat pegi gig ke?

Khaleeqa Idrus said...

Kdg kdg aku pun rasa mcm tu. Ntah kenapa bulan ramadhan kali ni agak sayu. Mungkin sbb pemergian nenek aku ke alam barzakh.

Shahrul Tanaka said...

hoi paan gig mane ada time bulan2 puasa!

Ikan Manis said...

salam ramadhan.

demang said...

heh
gua sengih2 bace
xleh nak komen ape
mmg true entri ni

faqhrule said...

sha:
kalau mak i suroh kawen i hepi sangat

oyen:
bulan ramadhan dah datang

paan:
mak gua tak kasi, gua x pegi

khaleeqa:
takziah atas pemergian nenda tercinta

saruk:
ada je gig. lepas isyak di setiap masjid, gig ke syurga

daffodil:
salam ramadhan jugak

demang:
sengih je? sengih kantoi ada megi celah gigi

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

oh~

hati sudah tersentuh~

keinsafan menular?

faqhrule said...

zara:
bukan insaf, tapi rasa hati pelik yang buat mudah nak menitiskan air mata

Anonymous said...

dah makin tua, memang makin sensitip.
;D