Tuesday, September 15, 2009

MINTA MAAF. INI NOMBOR TELEFON SIAPA?

Tadi, selepas zohor aku ambil sedikit masa untuk berbaring. Mata tepat mamandang syiling, terkadang terkebil-kebil. Bunyi bilah kipas berputar jadi nada latar yang sungguh menggamit kantuk mata untuk lelap. Hari ini, seperti hari biasa aku, tiada pun yang indah selain ke kelas dan pulang kebilik. Pusingkan badan ke kiri, aku peluk bantal stawberi. Tak juga lelap. Paling ke kanan tidak juga lelap.

Aku capai telefon bimbit. Pasangkan earphone dan mainkan senarai main kegemaran aku. Aku letakkan telefon bimbit sebelah sisi. Pasangkan lagu pada nada semaksima mungkin. Tiada masalah mendengar deathgrind sambil tidur. Nah aku lena! Kali ini tiada pula mimpi yang mampu aku ingatkan. Letih barangkali.

Sedar dari tidur yang tidak berapa menyeronokkan. Aku tidak puas tidur. Terasa macam makan tanpa beerkuah. Macam makan megi, megi tak empuk. Atau makan air batu campur tiada sirap, atau sate tanpa kuah kacang. Tak ada nikmat! Hurgh! Aku capai telefon bimbit. Tertera senarai kontak dari kad sim. Aku lihat betul-betul. Terpapar nama dan nombor ini:

JAHANAM 013274****

Siapa ini? cari semula dalam carian kontaks telefon bimbit. Sah! Tiada yang bernama JAHANAM. Atau aku sudah gantikan nama itu dengan JAHANAM? Aku buntu. Aku tidak mengingat nombor itu. Bahkan aku juga tidak suka mengingat nombor!

Jadi, engkau semua ada yang bernama JAHANAM? Kalau Epool Jahanam, tak mungkin sebab aku tak pernah ambil nombor telefon dia. Aku lagi bertambah pening! Malas hendak fikir siapa. Aku padam terus nombor itu dari memori telefon. Jadi lepas ini kalau ada mana-mana bernama JAHANAM yang hendak hubungi aku, sila beritahu nama ya!

14 comments:

faqhrule said...

SEBENARNYA AKU TIADA IDEA NAK TULIS APA!

Shahrul Tanaka said...

sendiri tulis sendiri komen?macam jahanam!

giGGLe said...

hahaha...
Naik nama JAHANAM btol ke kt skrin tuh?

qishie said...

hampeh betul cegu neh..

faqhrule said...

saruk:
aku lupa nak taruk dekat entri tu.

orange:
betul la memang kuar dekat skrin!

qish:
aik kenapa plak?

Miea said...

heh sindrom gatal nak menaip.
jahanam 2 laki ke pompuan?
bak sini foward no dia klu laki :P

faqhrule said...

mia:
tu la pasal, tak tau dia ni laki ke pompuan. entah bila ada no dia pun xsedar

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eh, kalau aku, aku sembur2 kan sikit~

maksud aku, bertanya dengan nada yg baik~

kalau pastu org nya berkelakuan tak senonoh, harus aku tibai dia~

sharamli said...

cekgu nk n0 telef0n sy x?

Daffodil D said...

call jelah jahanam tu balik. pastu die angkat ko tnye jele sape. kan setel. haih

Pais Mais said...

weh itu no ketua kampung aku!!!

qishie said...

adik cegu kot yang save num tu.

faqhrule said...

zara:
malas nak tanya lah

sha:
wek tak mau

daffodil:
malas la menjahanamkan

pais:
oo kau la dari kampung jahanam tu?

qish:
adik saya ada telefon sendiri lah

Nurul K said...

jgn angan2 nak jadi 6 jahanam sudah.